Wednesday, December 19, 2012

Saja menyibuk.

Assalamualaikum.....

Fuh..fuh.. boleh tahan jugak malas aku nak update blog ni. Kesian rupenya. Blogwalking pun dah lama benar aku tak buat. Habis dah segala cerita korang yang aku terlepas-lepas. Takpela, mungkin satu hari nanti aku catch up balik.

Sebenarnya aku baru balik induksi. Dalam induksi tu macam-macam cakap, dok tegur pasal bukak FB, Twitter, Blog ke hape ke untuk urusan peribadi adalah dilarang sama sekali. keh keh keh. Aku ni konon-konon nak patuh arahan bila dia cakap camni,"kalau buat urusan lain selain urusan kerja di waktu kerja, rezeki yang kita dapat bagi anak-anak makan tu apa cerita". Berdesup terus menusuk kalbu gitu. Risau aku bila memikirkan. Sebab aku ni boleh dikatakan sepanjang hari on FB tu walaupun tak tengok selalu. Tapi kadang-kadang aku terlajak jugak buka FB n twitter time kerja bila dah takde kerja. Ala, make it easy jela, kalau takde kerja boleh je nak bukak sebenarnya. Lainla kalau kerja tgh melambak kerja pegi bukak benda bukan-bukan kat internet ni. Gitu dah salahla kan. Atau, dah tension dengan kerja, pastu nak release tension kejap. Tak salah kot nak cuci-cuci mata kejap. Kan kan kan.. Macam sekarang aku tengah stress tunggu student yang sibuk kata nak result URGENT tapi aku dah tercongok kat lab dari pagi tadi dia tak datang-datang lagi nih! Pastu kang kalau tak sempat siap, ko paksa-paksa aku soh siapkan. Hamboi, besar pangkat kau. Okay, aku dah mula buat rules sendiri. Macam cakap tak serupa bikin jek. Titik.


Sebenarnya bila baca last entri Aishah Rahim pasal keyword kat Nuffnang tu, aku pun rasa nak share jugak.  Bukak Nuffnang kejap. HAHA. Sibuk jekan, Nuffnang aku tu tgh ade BE lah, murah hati Nuff kasi aku BE walaupun tak aktif sangat tulis dalam blog ni. 


Haaa...silalah beranak sambil tidur. Terrer gile. Nanti sila turunkan ilmu kat saya pulak eh. Okay bai!

sori, entri tak berilmiah. 

7 comments:

  1. Kabinet dapur menyesal??

    Beranak sambil tidur???

    HAHAHA. Tapi kalau mmg ada ilmu utk beranak sambil tidur..DAN TIDAK RASA SAKIT, sila lah share kat aku jugak.

    :))

    ReplyDelete
  2. hahaha bengom2 je,
    aku dlu2 byk gak yg pelik2
    skrg xde dah
    semua psl resepi2 je. boringgg...huhu

    ReplyDelete
  3. akak tak pernah ada keyword list..untuk BE je ke? ke ada mana2 setting yang off. akak sometimes test type sendiri...erm...pelik2...

    ReplyDelete
  4. kerja macam kita ni fashya, boleh je nak bukak fb or blog semua.. yelah, buat kerja pastu tungguu, buat lagi dan tunggu lagi... bukan jenis kerja office nak kena key in data bagai... mungkin bolehlah baca journal or what so over, tapi tahan ke baca journal sepanjang masa? hehehe...

    tak fasyha, kalau utm tak benarkan, aku benarkan..eh?

    oh ye, congrates sebab dapat tetap! nak jugak kerje tetap kat situ..aku rindu johor ni...;P

    ReplyDelete
  5. td aku macam 'eh bukan aku bukak blog Fashya ke?? apsal lain ni?'
    dah renovate rumah rupanya.. new look for new year (:

    kalau dah xde keje boleh lah kot
    dr melanguk mcm org bodoh depan pc tak buat apa -mcm aku minggu ni-

    eh,entry tak bermanfaat adakalanya menghiburkan juga
    entry heavy2 selalu sgt nanti org stress (:

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ