Thursday, September 2, 2010

Tersenyum sikit arini

Bila tak banyak keje ni, mulalah tangan ni merawang aje nak click sana click sini.

Al-kisah hari ni saje nak jengah cik nuffnang saya. Biasanya kalau bukak cik nuffnang saya tu, takde ape yang menarik sangat. Earning pun takdela gempak sangat pun, setakat boleh beli baju Husna sepasang @ baju t-shirt ayah Husna sehelai @ tudung ibu Husna 2-3helai bolehla. Blog tak glemer, gitulah. Hihi..So, tak payahla berangan nak g cash outkan dia.

Tapi harini , walaupun earning still ditakuk lama jugak, ade penemuan baru yang agak best jugakla, yang buat saya happy sikit dan tersenyum hari ni.

ni keyword yang ntah sapa-sape taip dan keluarlah puan blog saya ni. Selalunya bile cek nuffnang, keyword yang keluar selalunya takde atau baju nikah. Boringla. Tapi harini lain. Ntah siapa yang dok taip www.fashya musa tu, haha..Wah, fashya ade world wide web sendiri ke? so, saya g gatal-gatal tangan g la search menda yang sama, mostly keluar blog ni, lagi apa-ape ntah lagi.

Bukan nak cerita keluar mende-mende ni, tapi saya nak cerita penemuan nama saya dalam INATEX 2010. Ape itu INATEX? Inatex ialah:

Pada 5-7 Ogos 2010, Industrial Art & Technology Exhibition (INATEX) 2010 telah berlangsung untuk kali ke-12. INATEX 2010 telah dianjurkan oleh Research Management Centre (RMC) UTM dan bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai.

Ianya dianjurkan sebagai pameran dan pertandingan inovasi dan reka cipta R&D dan terbuka kepada penyelidik-penyelidik UTM. Sebanyak 160 ruang pameran dan pertandingan disediakan untuk menempatkan produk-produk ciptaan penyelidik UTM termasuk pensyarah dan dibantu oleh pelajar.

Tema untuk kali ini ialah “Sustainable: Commercialization Through Innovative R&D”. Antara objektif pameran dan pertandingan ini diadakan ialah:
  • Menonjolkan inovasi reka cipta dan teknologi terkini yang dihasilkan oleh penyelidik UTM
  • Menggalakkan kreativiti di kalangan penyelidik UTM melalui inovasi penyelidikan
  • Menyediakan platform untuk interaksi dan menggalakkan perkongsian perniagaan antara penyelidik UTM dann industri untuk inovasi R&D
  • Menggalakkan rangkaian bermanfaat untuk akademik, awam dan industri
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya pameran dan pertandingan INATEX 2010 ini ialah:
  • R&D Competition
  • Business Matching
  • Technofun
  • Spin-off Company
  • IP Clinic
  • IP Mobile
  • Intellectual Property
  • Awareness Seminar
[kredit]

Okay, faham semua. Inatex ni dah lepas sebulan yang lepas. Em...nak cerita, masa Inatex ni, macam semua orang bizi, tapi saya tak. Orang ke hulu ke hilir, BZ..saya masa tu kurang kerja duduk aje. Cam sedih pun ada bila rasa perkhidmatan kita diperlukan ke? Cemana saya nak masuk, sebab saya takde product nak pamerkan, sebab saya buat analisis, kerja dengan instrument, tapi tak sangka jugak bila ada nama saya dalam list orang-orang ni. Saya ni pipit comel je kat sini, kadang-kadang sebelah mata pun org tak mau nak pandang, pekerja kontrak lah katakan. Lainlah kalau saya ni 'merak' ke, helang ke, enggang ke, ape-apelah. Yang saya paling sedih, bila usaha dari kita tapi orang lain yang dapat nama. Sapa tak sedih kan? Bak kata peribahasa "Lembu punya susu, sapi dapat nama". Tp takde kene mengena dengan susu ibu okay. Rasa macam kuli. T__T..Sedih sangat, dan orang tu tak nak tolong kita naik sama-sama dengan dia. Kalau boleh biar dia sorang je naik. Biar nama dia saje yang bersinar-sinar di atas usaha org lain, bukan diri sendiri. Kalau saya nak cerita, memang banyak sangat, banyak berkecik hati. Tapi nak buat cemanekan....Redha ajelah.

Tapi bila diberi penghargaan macam ni, rasa macam dihargai. Terharunya rasa...


Memang saya ada terlibat dalam penyelidikan yang dibuat oleh Syalwati dan diketuai oleh Prof. Ramlan ni, saya buat analisis content geranium oil untuk penyelidikan ni. Walaupun penglibatan takdelah besar sangat cuma dalam less than 20%, tapi bila org bagi penghargaan rasa terharunyaaaaaaaa.....(kali ke2 saya ulang ayat yang sama).

Kalau Kak Syal baca blog ni, thanks a lot!!!
Tersenyum sikit saya hari ni.. :)

3 comments:

  1. terharu klu org ingat kita kan. eventho sumbangan kecik, rasa sgt dihargai.

    kudos to all people yg ada heart baek =)

    ReplyDelete
  2. dulu2 pun slalu dapat keyword yg pelik2 nih.
    sapelah search yg cerita memancut susu tu ek?hehee..

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ