Thursday, September 30, 2010
Dalam dilema
So far saya macam takde mood nak berblog, macam takde bende menarik yang nak dikongsikan kat korang semua.
Saya tengah berkira-kira ni, macam ni. Saya kene g outstation ke KL minggu depan, pihak pengurusan dah bagi green light bagi bawak anak. Kat sana nanti suami boleh jaga.
Tapi saya kesian dengan Husna, mesti die penat asik travel je, badan dahla kecik. Kita pun kalau travel pun penat jugakkan. Lagi satu, nak mengangkut barang Husna nanti, stok susu dia lagi. hadoi...kang bawak assistant kang, baru tau. Sape sudi? bagitau eh, saya bagila upah..hehehe...
@ harus ke saya tarik diri. Kalau saya tarik diri, tahun ni maknanya SKT saya zero lah...tahun ni langsung takde g training @ mane2 seminar @ kursus. Dahla tahun lepas beriya2 nak participate event ni, tapi nama takde dalam list. Tahun ni nama dah ade, tapi ade komitmen anak pulak.
Pening seh!! Tolong pleaseeeeeeeeeee...
Wednesday, September 29, 2010
tak bersalah
Hmmm...mood blogging, sila ke mari.
Fullstop
Tuesday, September 7, 2010
Salam Eid Mubarak
“SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR & BATIN”
Selaku manusia biasa saya pastinya banyak melakukan kesalahan dan bersempena hari mulia ini saya mohon ampun diatas kesalahan, kesilapan, kekerasan dan dosa-dosa lain serta mohon dihalalkan segala yang di makan dan di minum. Hargailah keluarga, layanilah mereka dengan akhlak yang baik, pandulah dengan berhemah semoga Allah pertemukan kita semula dalam keadaan sihat dan baik.
Ikhlas dari kami:
Mohd Mokhtar Kassim
Nur Fashya Musa, Khalisya Husna
Monday, September 6, 2010
Wiken yang best
Malam sabtu dalam pukul 3 pagi, saya terjaga dari tidur sebab petir kat luar sambung-menyambung. Husna nyenyak tidur dalam buai, saya takut die terkejut, saya nak angkat dia dari buai tidur kat sisi saya, lagipun dari die tidur pukul12 dia belum menyusu lagi. Masa saya angkat dia dari buai, sekali petir kuat punya siap dgn percik api kat luar berdentum. Apelagi terkejutla Husna pastu menangis. Terus saya pujuk-pujuk dia dan menyusu. Selang 3-4minit lepas tu lagi satu petir yang lagi kuat dari tadi. Menangis lagi si Husna, kene tenangkan dia lagi. Selang lagi 2-3 minit, takde elektrik pulak. Hadoi...Dahla budak tecik ni kuat berpeluh, kena la tangan ni jadik kipas plak...Mendiva la pulak si Husna ni.
Dia sedap tidur, tangan ibu dia lenguh kene kipas dia. Wah, mendiva yek. Sampai nak bersahur saya mengipas dia, kalo tak berpeluh-peluh dia. Sampai pagi tak de elektrik, ingatkan row kawasan rumah takde elektrik, rupenya rumah kami je yang takde karen, bile cek, fius terbakar. Nak tunggu fius dibaik pulih, lepas aje si Husna bangun tidur, siap-siapkan diri dan Husna terus chow pegi Jusco Bukit Indah. Berdua saja okay. Terasa nervous okay nak bawak dia jalan-jalan berdua aje. Tapi Alhamdulillah, sepanjang jalan dia sangat behave. Dah masuk stoller pun dia senyappppppppp je, macam pelik, asik pandang kiri kanan. Mana lah ibu bawak dia jalan nih. Konon-konon nak jalan-jalan je, tapi terbeli jugak barang.
Best jalan-jalan kat Jusco sebab dia ade ni:
Saya dapat breastfeed Husna dengan aman n salin diaper dia dengan mudah dan senang. Kebetulan pulak Husna poo poo n nak susu, trus Zasss masuk bilik baby. Tenang.
Behave gile husna dalam stroller, sikit pun tak bunyi, bz dengan jari dia. Bila mata dia dah ngantuk, dia tidur sendri
Tak penah nak tidur sendri tanpa meragam-ragam.
At last, bila dia dah bagi signal soh balik, Ok, ibu done sayang, Jom kita balik. Hasil rembatan yang diperolehi, konon-konon nak jalan je.
Thursday, September 2, 2010
Tersenyum sikit arini
Al-kisah hari ni saje nak jengah cik nuffnang saya. Biasanya kalau bukak cik nuffnang saya tu, takde ape yang menarik sangat. Earning pun takdela gempak sangat pun, setakat boleh beli baju Husna sepasang @ baju t-shirt ayah Husna sehelai @ tudung ibu Husna 2-3helai bolehla. Blog tak glemer, gitulah. Hihi..So, tak payahla berangan nak g cash outkan dia.
Tapi harini , walaupun earning still ditakuk lama jugak, ade penemuan baru yang agak best jugakla, yang buat saya happy sikit dan tersenyum hari ni.
ni keyword yang ntah sapa-sape taip dan keluarlah puan blog saya ni. Selalunya bile cek nuffnang, keyword yang keluar selalunya takde atau baju nikah. Boringla. Tapi harini lain. Ntah siapa yang dok taip www.fashya musa tu, haha..Wah, fashya ade world wide web sendiri ke? so, saya g gatal-gatal tangan g la search menda yang sama, mostly keluar blog ni, lagi apa-ape ntah lagi.
Bukan nak cerita keluar mende-mende ni, tapi saya nak cerita penemuan nama saya dalam INATEX 2010. Ape itu INATEX? Inatex ialah:
[kredit]Pada 5-7 Ogos 2010, Industrial Art & Technology Exhibition (INATEX) 2010 telah berlangsung untuk kali ke-12. INATEX 2010 telah dianjurkan oleh Research Management Centre (RMC) UTM dan bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai.Ianya dianjurkan sebagai pameran dan pertandingan inovasi dan reka cipta R&D dan terbuka kepada penyelidik-penyelidik UTM. Sebanyak 160 ruang pameran dan pertandingan disediakan untuk menempatkan produk-produk ciptaan penyelidik UTM termasuk pensyarah dan dibantu oleh pelajar.Tema untuk kali ini ialah “Sustainable: Commercialization Through Innovative R&D”. Antara objektif pameran dan pertandingan ini diadakan ialah:
- Menonjolkan inovasi reka cipta dan teknologi terkini yang dihasilkan oleh penyelidik UTM
- Menggalakkan kreativiti di kalangan penyelidik UTM melalui inovasi penyelidikan
- Menyediakan platform untuk interaksi dan menggalakkan perkongsian perniagaan antara penyelidik UTM dann industri untuk inovasi R&D
- Menggalakkan rangkaian bermanfaat untuk akademik, awam dan industri
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya pameran dan pertandingan INATEX 2010 ini ialah:
- R&D Competition
- Business Matching
- Technofun
- Spin-off Company
- IP Clinic
- IP Mobile
- Intellectual Property
- Awareness Seminar
Okay, faham semua. Inatex ni dah lepas sebulan yang lepas. Em...nak cerita, masa Inatex ni, macam semua orang bizi, tapi saya tak. Orang ke hulu ke hilir, BZ..saya masa tu kurang kerja duduk aje. Cam sedih pun ada bila rasa perkhidmatan kita diperlukan ke? Cemana saya nak masuk, sebab saya takde product nak pamerkan, sebab saya buat analisis, kerja dengan instrument, tapi tak sangka jugak bila ada nama saya dalam list orang-orang ni. Saya ni pipit comel je kat sini, kadang-kadang sebelah mata pun org tak mau nak pandang, pekerja kontrak lah katakan. Lainlah kalau saya ni 'merak' ke, helang ke, enggang ke, ape-apelah. Yang saya paling sedih, bila usaha dari kita tapi orang lain yang dapat nama. Sapa tak sedih kan? Bak kata peribahasa "Lembu punya susu, sapi dapat nama". Tp takde kene mengena dengan susu ibu okay. Rasa macam kuli. T__T..Sedih sangat, dan orang tu tak nak tolong kita naik sama-sama dengan dia. Kalau boleh biar dia sorang je naik. Biar nama dia saje yang bersinar-sinar di atas usaha org lain, bukan diri sendiri. Kalau saya nak cerita, memang banyak sangat, banyak berkecik hati. Tapi nak buat cemanekan....Redha ajelah.
Tapi bila diberi penghargaan macam ni, rasa macam dihargai. Terharunya rasa...
Memang saya ada terlibat dalam penyelidikan yang dibuat oleh Syalwati dan diketuai oleh Prof. Ramlan ni, saya buat analisis content geranium oil untuk penyelidikan ni. Walaupun penglibatan takdelah besar sangat cuma dalam less than 20%, tapi bila org bagi penghargaan rasa terharunyaaaaaaaa.....(kali ke2 saya ulang ayat yang sama).
Kalau Kak Syal baca blog ni, thanks a lot!!!
Tersenyum sikit saya hari ni.. :)
Wednesday, September 1, 2010
NURULISM.COM - CONTEST DIALOG TIGA HATI
Cinta
Ku persembah cinta suciku
Buat insan yang ku sayangi
Ku ukirkan dalam hatimu
Jawapan cinta kepadamu
Hanya kau mengerti
Selamilah kasih sucinya cintaku
Tulusnya cintaku hanya kepadamu
Mampukah kau mengerti
Perasaanku kepadamu
Dan tulus kasih hanyalah untukmu
Mampukah kau selami
Jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi
Ku harapkan kau mengerti
cintaku seadanya kasih
Ku inginkan kebahagiaan
Bersamamu oh selamanya