Thursday, December 31, 2009

terajin pulak

Disebabkan arini ari terakhir 2009, terajin pulak nak buat 2-3 entri.....arini dah rase macam besday i pulak dapat adiah sume...

Pagi-pagi datang keje saya dapat souvenier dari egypt. Lecterur pelawat yang baru balik dari egypt ni, Dr.Hasan bermurah hati pula bagi souvenier dari negara dia...


I like, ada 3 saiz..jom zoom sikit....
Yang goodies bag tu dari andak, pengantin baru yang baru naik keje arini. Thanks andak, bahulu tu sedapla....ni tgh makan-makan bahulu ni, perut dah kenyang pon, makan jugak...huhu


cantikkan...suke sangat....

dan tengahari td dapat parcel dari cikgu meor, (photografer saya dulu) , dia bagi kurma, kismis, tasbih dan alas meja cantik. Actually parent dia baru balik dari mekah, dulu saya ada kirim kurma dan kismis aje, sekali saya bukak parcel ade 2 extra barang dri mekah. Thanks a lot cikgu zul. suka sangat!!



haaaaaaaaaaaaaa...ni lagi best, arini saya bawak bekal g keje, sebenarnya lauk pauk lebih masak semalam, tak reti nak masak budget untuk sorang, boleh terlebih banyak pulak, so saya bwak bekal g keje arini. Rasanya nak buat camni jela, save sikit duit saya. Tgh-tgh selera naik ni, sehari kalo tak cecah RM10 untuk makan mmg tak sah. Harini, duit saya tak luak pon, suka!!!

Lauk:
sup ayam, bayam goreng, kerang rebus ( nak tambah zat besi ni, hopefully minggu depan g check up, hemoglobin tak trun, tapi yang saya pasti berat badan komfem naik mendadak lagi...ekekeke), dan wajib ada ulam; kacang botol dgn kacang panjang, berselera sangat makan, sampai mengah dibuatnya. Sampai sekarang pun terasa mengah lagi..

Semalam kaki saya dah start cramp, rase nak nangis dibuatnya, tgh syok-syok mengeliat sekali kaki kejung sakit, saya pun mengerang sorg-sorgla..siannya saya....Sampai sekarang pun still rase sakit kat betis ni....uwaaaaaaaa...tulah, susu mmg saya tak minum, belakang badan ni pon dah lenguh-lenguh aje. Malam ni wajib kene minum.......

Ok dah abes merapu...esok saya nak cuti walaupon Johor tak amik cuti Awal tahun, nak rehat, rehat-rehat dengan suami kat seremban....hoyeh!!!!

hari terakhir dalam tahun 2009

Bye..bye 2009....this year sudah tentu banyak meninggalkan kenangan manis untuk saya kenang.

Antara yang manis sudah tentulah majlis perkahwinan saya yang diadakan pada 9 Ogos 2009 yang lalu, boleh dikatakan setiap tahun pasti ada perubahan status kepada diri saya.

2006- single (masih student lagi maa, tak leh cintun-cintun)
2007- dah abes blaja dah boleh ade bf...dah jadik double
2008- upgrade status jadik tunang orang.
2009- upgrade lagi jadik isteri orang.
2010- InsyaAllah, bakal jadik ibu pulak.
2011-????? too early nak predict ape-ape..huhu..

Saya rasa saya antara yang sangat bertuah dengan kehidupan yang saya kecapi sekarang, walaupun kadang-kadang kita terpaksa mengeluh, menyesal dgn takdir yang telah ditetapkan olehNya. Tak baik macam tu, kadang-kadang saya sering muhasabah diri, balik semula kepada Allah, pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hopefully, dalam tahun 2010 ni, saya dapat stay dengan suami, dapat kerja yang lebih terjamin. Saya nak upgrade kehidupan kami yang bakal bertambah tahun depan. InsyaAllah, doakan kami.

Apa yang penting, umur kita semakin lama bukan semakin meningkat, malah makin menurun dan semakin mendekati saat ITU. Saat nyawa dicabut dari jasad seperti yang dijanjikan oleh Allah. SubhanaAllah.

Hari ni jugak, sekiranya arwah ibu masih ada, umur arwah sudah mencecah setengah abad. Tapi Allah lebih menyayangi ibu. Ibu pergi dulu meninggalkan kami sekeluarga. Saya sudah lama redha dengan pemergian ibu sejak 6tahun yang lalu. Kadang-kadang terasa sangat rindu dengan arwah, saya sedekah kan Al-Fatihah. Semoga ibu dicucuri rahmat selalu. Lagi-lagi bila saya bakal menjadi ibu, ingatan pada arwah tu lagi kuat.

Esok dah masuk tahun 2010, rase cepat sangat masa berlalu. Semoga setiap perancangan yang dah dibuat diizinkan Allah untuk kita semua merealiasikannya. Aminn...



nota bawah lutut: Jangan ditanya apa azam tahun baru, kang saya jawap nak bagi nama anak AZAM je...hahahaha

Wednesday, December 30, 2009

setahun sudah

Bismillahirahmanirahim...

Sedar tak sedar dah setahun saya dalam dunia blog ni, macam mane ek mula-mula libatkan diri dalam penulisan blog ni, rasenya mula-mula menulis ni dalam blog kat friendster, tp ala-ala saje, tak sekerap lepas ade blogspot ni, lepas tu, mula sign up blogspot masa sibuk-sibuk carik hal-hal perkahwinan dulu kot...google-google hal-hal perkahwinan, masuk blog org, bace-bace, rase macam best ada blog sndri. Konon-konon macam diari, tp istilah diari tu macam privacy, org lain dilarang membaca, kalau bace dah dikira berdosa lah kan. Tp blog ni, sume org boleh bace, seronok sebenarnya ada blog ni, setiap idea, setiap pendapat, setiap pengalaman, setiap persoalan kita dapat kongsi sama-sama dengan readers lain.

Bermula dari cerita-cerita anak dara, lepas tu cerita-cerita hal pertunangan/perkahwinan, dah kawen, pregnant pulak dan tak lama lagi nak jadik ibu. Macam-macam dah saya lalui, semua tulis dalam blog, bila diimbas-imbas balik, seronok pulak baca. tp kadang-kadang macam kelakar pun ada.

Mula-mula tulis blog macam syok sendiri, takde networking, tulis sendri, bace sendri, agak-agak yang tersesat dalam blog saya ni, dah kira oklah kan...HIHI....lepas tu, mula bina networking dengan bride-to-be...dari situ mulalah bercambah sikit demi sikit networking saya. Berkenalan dengan blogger-blogger, boleh jadik kawan-kawan dah....skang ni ramai dah bride to be yang saya kenal dulu dah memegang status PUAN like me....dan yang cepat rezekinya tu, bakal menimang cahayamata like me jugak.

Lepas tu jumpe pulak blog kawan-kawan lama, dapat jugak saya update cerita diorg sume..Best sebenarnya ada blog ni, dah baru-baru ni pulak, saya dapat trace, sedara-mara, kawan-kawan opis dah tau kewujudan blog ni..HAHAHA, kadang-kadang rasa malu pulak dengan diorg. Tp xpelah, blog saya ni sekadar hiburan sahaja. Takde membincangkan hal-hal dan isu-isu yang berat-berat dan saya tak berminat pun.

InsyaAllah, selagi mempunyai masa, kudrat, kekuatan, memori, saya akan terus menulis blog ni...

Tuesday, December 29, 2009

Normal ke?

Normal ke ibu mengandung makan macam ni?

Pagi: Nasi lemak kerang + kuih 3keping (RM1) - (dimakan sebaik sampai je opis hingga dekat-dekat nak lunch area 11am)

Tengahari: Nasi satu senduk setengah + ikan + sayur 2-3jenis + ulam-ulam 2-3 jenis - (mmg nampak sebumbung dgn sayur-sayuran, and kalo makan WAJIB ada ulam)

Malam: Tak kesah, tp nak yang berat jugak. Kadang-kadang nasi dengan sup sayur@ bihun/kuewtiaw goreng @ nasi + sayur rebus + ikan. Kalau setakat roti 2-3keping tak kan jalan, malam tu gerenti perut masuk angin n muntah pagi-pagi.

Normal ke kuat makan cam ni?...ngeri pon ada, tp kalo tak makan kang masuk angin lagi payah. Tengah risau dengan kenaikan berat badan yang mendadak ni, kang g check up, nurse marah lagi sebab berat badan naik banyak sangat, abes tu dah selera makan tinggi menggunung...saya makan ajelah...HIHI, minggu depan ade check up lagi. Cek-cek berat badan dah naik 50.5kg, maknenye dah naik 2.5kg dari berat dulu..Phew!!!! fening kpala den....

Monday, December 28, 2009

Suami dan Neo

Kehadapan suamiku yang dicintai,

Ketahuilah b, bahawa kereta neo ini tidak sesuai bagi kita yang bakal mendapat cahayamata, jadik sya harap b xdelah memasang angan-angan yang terlalu tinggi untuk memilikinya, cukuplah adikmu yang brutal itu memilikinya. Jikalau b rasa nak bawak, pinjam ajelah kereta ini dari adikmu.


Walaupon dengan kereta b ni boleh bawak sampai 220km/jam, tp tak sesuaila kalau b nak bawak anak kite nti dengan kelajuan seperti itu kan.. Mau tak terbang isterimu dan anakmu nti. So sya harap b tak perlu tukar kereta yang sudah memiliki 4pintu kepada 2pintu ye...kalau b nak tukar sangat-sangat pun, tukarlah yang 4 pintu jugak. Sya bukan ape, takde lah anak kite tersepit nti kat blakang nu...huhu...

oklah, sekian saja coretan hari ni, esok kalo rajin sya akan tulis pasal perubahan yang dah berlaku dari tahun 2009 dan bakal berlaku pada 2010...
sekian.

Dari isterimu yang banyak songeh,

Fashya Musa m^o^m

Wednesday, December 23, 2009

Sayang, tengokla.............

Sayang, tengokla ibu dah temuk.......arini 1st time datang keje pakai dress mengandung.dress ni buat ibu tetemuk.....

i'm 21weeks in my ibu's womb....erk...malu!!!

Tuesday, December 22, 2009

Babymoon 2: Pulau Pangkor

Walaupun mood masih suam-suam kuku, menulis blog harus diteruskan. Lagipun dah lama biarkan blog ni bersawang.

Dah lama nak update pasal babymoon ni, jomla layankan aje..
Planning nak ke pangkor ni sumenya last minit punye rancangan. Suami lah yang bagi idea nak ke pangkor, lagipun dia bercuti pada hari Jumaat sempena hari keputeraan sultan Selangor. Dia jarang dapat cuti lama-lama camtu, so kami amik kesempatan lah cuti yang ada untuk pergi berjalan-jalan seperti yang dihajatkan mak yong ni. Hari selasa hubby cetuskan idea, hari jumaat nak pegi, bayangkan dalam masa 3hari je kami nak memikirkan segala hal dari penginapan, duit dan semua planning nak bercuti lah. Start survey-survey resort kat sana, call agen, tp diorg ckp resort banyak yang dah full, almaklumlah cuti sekolah. Resort yang kosong mahal pulak harganya. Akhirnya, kami fikir kita ke Cameron Highland sajalah. Lagipun kat sana ada makcik saya. tak payah nak fikir pasal tempat penginapan.

Tapi nak dijadikan cerita, hari khamis, hari yang saya nak pegi ke Klang, tengahari tu, hubby call bgtau dia dah dapat resort. Mmg ditakdirkanlah kami akan ke sana. So baju-baju sejuk yang saya dah packing siap-siap tu kene tukar dengan baju nak ke pantai.

11 Dis: Bertolak dari Klang ke Lumut pada pukul 5am, sampai jeti Lumut pukul 8 am.


Sampai aje kat pulau pangkor pada pukul 10.00am, kami terus sewa motor, supaya senanglah nak round-round satu pulau. lagipon saya dah ckp kat hubby awal-awal tak nak naik van sewa tu sebab van tu bawak macam ape je. laju gile. dah la jalan kat pangkor ni agak berbukit dan berliku. sebelum kawenkan penah g sini, so saya taula cemane pemandu van kat sini bawak van. SubhanaAllah, takut.

Terus check in kat Purnama Beach Resort. Resort so-so aje tp oklah, RM95 1malam. Tapi tak de sound proof, hentakan kaki dalam bilik pon dengar sampai kat sebelah. coz, sebelah bilik kami ada satu family sewa, so kami dengarla setiap perbualan, bapak marah anak, anak main lompat-lompat turn naik katil....huh!!xde privacy pulak. Hubby ckp, jangan ckp kuat-kuat, nti org sebelah dengar.ekekeke....

Tapi ade crite lucula pulak masa nak check kat resort ni, masa nak booking bilik ni, kami kene bagi deposit dululah, so saya bank in duit pendahuluan tu n simpan resit tu, agen tu ckp nti dah sampai resort tunjuk resit pembayaran tu kat kaunter. Oklah, kami ikut ape yang disuruh. Masa org kat kaunter tu mintak ic, en suami saya ni bagilah sekali resit n kad atm maybank dia. Saya perasan, receptionist tu macam blur-blur sambil belek kad atm dan resit tu, tp saya ingatkan dia carik no rujukan ke ape ke kat resit tu, pastu saya ckp kat suami,"kan sya yang bayar duit deposit tu, sambil hulurkan kat atm maybank saya kepada receptionist tu". Dia lagi blur, pastu agaknya en suami perasan dia ckp "eh, td mintak ic eh", sambil amik balik kad atm tu. Saya ape lagi, gelak- gelak sakanla kat situ sambil malu-malu sebab buat ape tunjuk kat atm tu kat receptionist tu. Dia pon senyap aje tak cakap ape-apa bila kami dah hulur kad atm tu. Nasib baik tak ramai org, kalo x malu kami berdua. Saya ty kat en suami; "berangan ke ape sampai org mintak ic b g bagi kad atm"...die sengih aje.


Rehat kejap, then kami jalan-jalan cari lunch n pusing-pusing keliling pulau dan bermandi-mandi. jom layan pic...



12 dis : Pagi-pagi lagi sudah bangun dan excited nak ke pulau naik boat, buat ape g pulau kalo setakat duduk dalam bilik aje kan..tak syioklah kan. seawal pagi lepas sarapan, (makanan kat sini mahal sikit, mungkin susah nak dapat bahan mentahkan) kami bertolak ke pulau kecik (tak pasti ape name pulau ni) untuk snorkeling dan menghitamkan kulit...kami sewa boat yang berharga RM15/person pegi balik. Hambik kau, laki den bantai berendam dari pukul 8 pagi sampai 3petang, mau tak terbakar kulit, sampaikan org yang hantar kami ke pulau tersebut pon dah mencarik-carik kami sebab lama sangat kat sini.

kat belakang tu kawasan snorkeling, 1st time snorkeling, best jugak dapat tgk ikan kaler-kaler dan terumbu karang, masa pegi dulu tak buat snorkeling sebab takut, air dalam. ni dah ada hubby, saya berpaut aje pada dia. takut lemas. dan ada life jaket pon takut gak.Hehe..nasib baik dia pandai berenang dan tinggi..ekeke..

ini nyonya nak g jual sayur..eh, bukan-bukan, ni saya, nak g snorkeling, tak sabar dah ni nak masuk air, silap pakai baju, pakai baju lengan 3quater..bukan setakat muka aje, lengan pon habis kene sunburn.

dah penat-penat snorkeling, si dia diatas carik port nak tido pulak. HAHA..pening kepala ye sayang. sian dia. kejap je tido tu, pastu kalo dah antu air tu (haha...ckp laki sendri antu air), xcukup kat situ aje, si dia ni sambung lagi mandi-mandi kat pantai. Ni lah aksi-aksi si dia bile dah jumpe air. dari pakai baju, tak pakai baju, then pakai baju balik.


saya pulak tak banyak aksi pon, setakat terkepak-kepak dalam air boleh la, lagipon matahari dah betul-betul atas kepala, muke dah perit kene air masin. perut pon dah macam krem aje, bile dalam air, perut den ilang, kempis aje.. mana ilang baby??? selebihnya saya banyak duduk aje kat atas batu sambil baring-baring sebab dah penat sangat sambil tunggu en hubby berendam lepas gian.


time ni Allah ajelah yang tahu betapa panasnya hari....Ish...takutnya.cemanalah akhirat nti yek, panas camni pun dah tak boleh tahan. Lepas si dia dah puas berendam, kami amik kata putus nak balik aje. saya dah tak tahan kepenatan dan kepanasan, kepala asik ingat katil dan bantal aje. Muka dah kepanasan rasa terbakar. Petang tu dah tak turun pantai sebab dah rase nak muntah pulak tengok air laut..sebab dah terlalu penat, kami lepak dalam bilik, petang tu kami jalan-jalan aje pusing pulau tengok kehidupan org pulau dan shopping makanan-makanan ringan n hasil laut yang banyak dijual kat sana. Malam, just round-round teluk nipah n makan-makan.


13dis: Pagi-pagi en hubby dah menyatakan hasrat nak mandi laut lagi. What?? mmg antu air lah kan, I dah kate...hehe..mintak ampun b. Lepas bfast, saya pon dari tak nak sentuh air laut pon terjebak sekali. Air pulak jernih sangat-sangat, kami boleh tangkap ikan guna tangan, saya boleh jumpe duit RM1 dalam air. Mmg jernih gile...

Dah puas sehati berdansa kat dalam air, kami naik sebab dah kene check out pukul 12. Sampai kat Lumut, kami amik kesempatan jalan-jalan lagi area Dataran Lumut. Yang bestnya, kami dapat tunggang dolphin. Best giler, new experience!!! Free lagi. Ada 3-4 ekor dolphin yang kiut-kuit kami boleh naik. Apa lagi, amik kesempatan lah. Free. Bukan senang nak dapat pengalaman tunggang dolphin ni. En suami lagilah happy, macam-macam aksi dia buat.HAHA..let me introduce the cute dolphin.


hehe...ampun-ampun, kalian sudah tertipu dengan den. Dolphin batu aje... :p

and this ikan todak...

kesimpulannya disini, we had great time together, thanks to hubby sebab sudi bawak isteri dia yang banyak songeh ni berjalan-jalan. Walaupun sangat-sangat penat, tp bestla sangat. Nanti kite pegi bercuti lagi k, tp nti bawak baby la pulak, dalam masa terdekat ni tak de plan lagi nak pegi mana.



sori if this entri sangat banyak pic, ada lagi pic, tp tak kan nak letak semua kan...ni pon dah naik muak upload pic banyak-banyak ni.nasib baik internet ok.....

Aku rase tak tahan, blog lah tempat aku mengadu

ARGGHHH!!!!

Rase down sangat harini....(tak baik untuk kesihatan).
Rasa sudah bosan dengan jarak jauh. bila agaknya kami nak tinggal bersama.


Jumpa seminggu sekali, bila nak balik, masing-masing kene ikut haluan sendri. seorg ke utara sorang ke selatan. ERM....


Kadang-kadang dah rasa sangat-sangat give up, sangat-sangat bosan dgn kehidupan sehari-harian, tp tak bolehlah macam ni, nak tak nak aku kene kuatkan semangat dan sekarang aku cube untuk mengagahkan semangat ni. Tambah-tambah lagi dengan keadaan perut yang makin lama makin membesar ni, aku kene tabah demi anak ini. Semoga dia pun akan menjadik seorg yang tabah juga bila dah besar, dan akan melalui kehidupan dia kelak.


Seriusly, i need sumbody rite now, agak-agak kalau tak kuat iman, tak kuat semangat, aku dah menangis saat ni. Yup, saya rasa sangat-sangat down. Hubby, saya ada hantar mesej bgtau saya sangat down hari ni, tp agaknya dia sibuk....mesej tu dia balas 2-3 kerat aje. then dibiarkan....its ok, saya cuba memahami, mmg time ofis hour ni dia bz lah kan, just think positive, tak boleh dilayankan sangat perasaan ni.


Kadang-kadang terfikir, aku ni anak yang baik ke? isteri yang solehah ke? bakal ibu yang penyayang ke? Jawapan untuk semua persoalan diatas aku rasakan TIDAK. Aku macam tak boleh nak jadik sebagus seperti yang diharapkan walaupon aku dah cuba.


Bila difikir-fikirkan balik, apa yang dah aku lalui sekarang, betul ke aku bersedia untuk pikul semua tanggungjawab tu semua. Sebagai isteri, ape yang aku dah aku buat untuk suami? Aku rasa apa yang si dia harapkan, tak ada pada aku. Aku tak tau nak buat macammana dan aku rasa aku macam tak berusaha pon nak lakukan apa yang diharapkan oleh si dia. But i'll try my best. Kadang-kadang bila kami berselisih faham sedikit (biasalah suami isteri), dia yang akan redakan keadaan, n dia minta maaf sebab pening memikirkan penyelesaian untuk kami tinggal bersama. Dia mencuba....Aku??? teruk nya aku...

Anak yang dikandungkan ni, dah 2-3 hari aku tak rase dia bergerak-gerak aktif. Knapa agaknya, sentiasa ada perasaan ingin tahu keadaan anak dalam rahim aku ni. Aku akui aku mmg jarang bercakap, bercerita, berbual dengan anak ni, seakan janggal. Cakap sorang-sorang, dulu macam excited nak dapat anak. Tapi bila memikirkan persoalan-persoalan yang masih belum terjawap, aku seakan malas nak fikir. Aku biarkan.............Vitamin-vitamin pun dah 2-3 hari aku skip, lupa. Badan-badan sekarang diserang gatal-gatal, habis merah-merah kaki tangan aku dibuatnya. Mungkin pembawakan. Tak ada aktiviti yang menarik ingin aku lakukan buat masa sekarang, nak pegi scan baby pun, tak nak, keseronokan melihat baby yang bergerak-gerak dalam perut ni tak dapat aku kongsikan dengan sesiapa. Even hubby. Cuma kadang-kadang bila jumpa seminggu sekali, aku bagi dia rasa baby gerak dengan meletakkan tangan dia kat perut aku. Jarang dia dapat rasa, sebab time hubby letak tangan baby tak nak gerak.

Bila org-org bertanya;

"Nak bersalin kat mane?"
"Nti nak berpantang kat mane?"
"Nti sape jaga masa dalam pantang?"
"Dah ada baby nti cemane duduk jauh-jauh dengan suami?"

Please la stop asking that question sebab aku tak tahu nak jawap ape. Setiap kali org bertanya, setiap kali tulah fikiran aku bercelaru, kalau ikutkan hati nak menangis aje depan org yang bertanya tu. Sumtimes nak bawak diri carik ketenangan, tapi tak tau nak pegi mana, tak tau nak mengadu kat siapa. Nasib baik ada blog.


Kadang-kadang terasa bosan dengan kehidupan aku ni, tapi tak baikkan macam tu, sepatutnya aku kena sentiasa bersyukur. Apapun, aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Ada ramai lagi hamba Allah yang banyak diuji oleh Allah.


Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini, sihatkan dan sempurnakanlah anak yang berada dalam kandungan ini. Kau sejahterakanlah suamiku, Mohd Mokhtar bin Kassim. Rukunkanlah rumahtangga kami.Amin......

Wednesday, December 16, 2009

Pre Babymoon 1: Melaka

Destinasi utama A' Famosa Resort, tempat dimana kami kene tipu dengan apek tua la....saya perasan, setiap kali kalau en suami nak ajak saya jalan-jalan mesti kat tempat yang boleh dia bermandi-manda, dulu, dia ajak g ulu bendul....memang dia suka sangat dengan air. Planning nak jalan-jalan kat melaka ni secara tak langsung saja, kebetulan seremban- melaka taklah jauh sangat. T First dia ajak pegi Pantai Pengkalan Balak, tp last minit dia ajak g A'Famosa Water World pulak. Oklah, saya tak kisah, ikutkan saja.




Biasalah kalau dah cuti sekolah, umat manusia punye la ramai, nak tak nak redah ajelah sebab dah masuk, bayar mahal pulak tu kan, HAHA...cakap dengan hubby, tak bestnye tempat ni, ramai sangat orang. nak masuk bilik air tukar baju pon lama. nak mandi-mandi pon cam xselera sebab dalam kolam tu ntah brapa ramai umat berendam dalam tu, tapi sebab nak layankan en suami yang suka sangat dengan air ni, redah aje.

Kami mandi kejap je, sebab tak best, trus naik salin baju dan jalan-jalan aje sekitar kawasan tu, rupa-rupanya ade lagi tempat gelongsor-gelongsor kat situ yang kami tak explore. HAHA, en suami yang mmg suka sangat tempat-tempat camni ckp, ala ruginya....ada banyak lagi tempat gelongsor-gelongsor tu, tapi kami dah salin baju, pandang ajela org main-main.

(saya rase macam bosan je entri ni sebab saya xde idea nak tulis ayat ape)

Next destination: Tempat peliharaan arnab

Dia suka arnab, dan bercita-cita lah nak pelihara arnab. Macam-macam spesis arnab ade kat sini, yang pelik-pelik pon ada...yang comel-comel tu saya timang-timangla...


Last destination: Pantai Pengkalan Balak.

On da way nak ke sini, lalu lah Matrix Melaka, owh, rindunya kat matrix ni...yang menyimpan banyak sangat kenangan. Sampai sini dah malam, kebetulan kawan-kawan sekolah hubby ada buat reunion, kami jengahla kejap, tapi diorg sume dah nak keluar bersuka-ria kat bandar melaka, kami dipaksa join, nak tak nak walaupon dah malam n badan dah penat, ikut jugakla, sampai bandar melaka, jalan-jalan sikit, saya dah tak larat n really tired Allah aje yang tahu. so, e decide balik ajelah dari ikut diorg semua beronggeng malam-malam. Tapi kami tak balik terus, en suami nak pulak jumpa kawan dia, borak punya borak, dah pukul 1am. mau tak penat n tak mengantuk saya time ni, rase nak pengsan. On da way balik, kami sesat nak carik jalan balik seremban. Gilos!! dah la lalu jalan yang mmg sunyi gile, xde kenderaan lain selain kereta kami, dah pukul 2 masa tu. Takut jugak time ni, en suami pon takut jugak kot, dia pon bukak la lagu-lagu nasyid kat dalam kete tu, saya ckp jomla kite ikut jalan highway, sebab dah brapa kali kami dok terpusing-pusing kat area situ je. uishhh!! takut ah tempat tu, cemane la umaisara boleh duduk dalam hutan 19hari sorang-sorang yek...tibe-tibe terpikir pasal umaisara pulak. tapi at last, kami jumpe jugak jalan nak ke highway, lega sangat, sampai umah dah pukul3, saya mmg penat super duper penat tak tau nak describe dah...terus pengsan lepas solat isyak...esok kami bantai tido sampai pukul 11. Nasib mak mertua i Ok, tp bila dah pukul 11pagi tu dia ketuk-ketuk jugak pintu bilik..Hehehe...sori mak, penatla mak.. :p anak mak ni bawak fashya jalan-jalan jumpa kawan dia dah tak ingat nak balik...hihi..


Ps: ntikan babymoon kami yang ke2 pulak di Pulau Pangkor.sekarang tiada mood nak berblog...tension tgk muka/ tangan kaki sendri sebab sunburn habis, ni sume gara-gara en suami yang pantang jumpa air tak nak naik...HUWAAAAAAAAAAAAA!!!!

Thursday, December 10, 2009

10 disember 1958-2009

Hari ini 10 disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 51

buat ayahanda yang tercinta

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
AMIN.

tahun depan aca bagi ayah cucu okey!!hehe

---------------------------------------------

pagi-pagi lagi saya dah wish kat ayah, sian tgh demam. dah seminggu dah. semoga ayah cepat sembuh ok. Oklah, xdapat nak tulis panjang-panjang, harini half day saja. Nak ke Klang, esok akan bertolak ke Pulau Pangkor..HOYEH!!! syiok nye..:))))

Wednesday, December 9, 2009

Kisah ditipu oleh apek tua

Ini ialah muka orang yang kena tipu oleh apek tua.



masa ni dia tengah bebel-bebel pasal apek tua yang tipu dia. aiseh, macamana gua boleh tertipu ni, tapi minat punya pasal gua belila satu nak melepaskan hajat. Saya kat sebelah tgh gelak-gelak sakan melihat suami ditipu apek tua tersebut..HAHAHAHAHA.. :P


Alkisahnya.....


Sian suami saya ditipu oleh apek yang jual yang jual durian tepi jalan berdekatan dengan A Famosa Resort, kami dalam perjalanan pulang nak balik ke Seremban, then, en suami telah terpedaya dengan lambaian apek tua tersebut dan buah-buah durian yang berlambakan tepi jalan, walaupon dah terlepas dari apek tua itu, demi perasaan cintanya terhadap rasa durian yang bagaikan rasa macam jatuh cinta dengan I dulu, dia sanggup patah balik mendapatkan apek tua tersebut. Kenapa beliau ditipu??

Inilah 2 orang apek tua yang telah menipu suami saya..HEHE, en suami telah terpedaya dengan signboard 1kg RM1 itu. Saya ckp; "mahal tu", dia balas, "murahla... nak makan durian tak?, saya balas; "sukahatilah, tp macam mahal jek", dia balas; "patah balikla, nak beli", saya balas; "OK, up to you"

Maka, dengan sukahatinya en suami saya patah balik ke apek tua ini untuk membeli 4kg durian, dalam hatinya, 4kg baru RM4, murah..murah..

Turunlah beliau mendapatkan apek tua itu, dalam 1-2minit baru saya turun dari kereta dan kelihatan beliau tersengih2 kepada saya. Bila dah turun, barulah saya tahu kenapa beliau tersengih-sengih tadi.

YOU KNOW WHAT???rupa-rupanya, disebalik board yang tertulis 1kg RM1 itu ada satu bakul yang berisi durian-durian yang telah ternganga buntunnya, seperti kerang busyuk!! dan durian buruk tulah yang berharga RM1 1kg. korang nampak tak durian yang terjojol kat board tu? HAHA....Durian yang best tu, rupa-rupanya ade kat atas lori tu, korang nampak tak? Korang nak tau berapa harga durian kat atas lori tu? ok i tell u, yang longgok belah kanan tu, RM 6/kg, yang longgok belah kiri tu, kualiti baik sikit, RM8/kg, %&*$%&*^$*....xke kena menyumpah dengan kitorg sebab penipu punya apek tua!!!

Patutla masa kitorang berhenti tadi saya nampak dia buat tanda "GOOD" dengan kedua-dua belah tangan die, rupa-rupanya kitorglah mangsa penipuan mereka yang entah keberapa ratus untuk hari tu..CAIT!!!

Tapi minat kat durian punya pasal, mahal pon mahalla, hajat nak beli 4kg tadi terbantut serta merta bila tengak harga durian tu, nak tak nak beli jugak 1biji untuk kami makan berdua. Jadiklah, lepaskan mengidam suami. HIHI...dan inilah rupanya durian tersebut, yang berharga RM18, nasib baik apek tua tu bagi diskaun RM2 untuk durian yang kualiti baik tu, sebiji ni pon dah 3kg.. tak sempat-sempat nak bawak balik rumah, durian ni dia hentam kat dalam kereta, nasib baik saya tak mabuk dah, kalo tak, mau meroyan saya dengan bau durian yang dah bau satu kereta ni.


...tengok tu dia...

Tuesday, December 8, 2009

Check up

Baru balik dari check up bulanan, pagi-pagi sampai pukul 7.10am, selesai pukul 9.00am, 2jam jugak saya kene tunggu, ingatkan bile pegi awal, boleh siap awal, but nevermind.

Result untuk check up kali ni,

Hb: 11.3 - misi dah marah sebab turun secara mendadak dari 13.5, untuk org mengandung, dia paham ape mende ni suma, mane tau ade readers yang tak pregnant, Hb stand for hemoglobin, keperluan untuk orang mengandung kenelah melebihi 11, (unit dia xtaula), kalo kurang alamatnye kene bebella dengan makcik nurse tu, mmg patutla Hb turun sebab mmg banyak kali skip makan vitamin yang nurse bagi...kadang2 lupa, kadang malas..ikut mood...HEHE....so lepas ni kene make sure hari2 makan vitamin yang dibagi, pagi makan obimin, petang makan 1set vitamin; vitamin B kompleks, asid folik, zat besi dan vit C....jenuh!!

berat badan: 48kg - naik sebanyak 3kg, kene marah jugak dgn makcik misi, aiyak!!naik salah, turun pon salah maaa....nurse pesan, jangan naik sampai 3kg, if lebih dari 3kg, saya kene buat ujian diabetis, maknenye kene minum air gula...org kate ngeri nak minum air gula ni....wooo....xnakla minum air gula...so, kene jaga jugak pemakanan ni, tak boleh nak hentam semacam je, makan nasi sehari sekali aje cukup, makan sayur n buah banyak-banyak.

air kencing - OK!!

bulan depan kena dapatkan suntikan, suntikan ape, saya pon xsure....nak jadik ibu ni banyak betul pengorbanan.
Anak ibu cepat2 besar ye, 4month to go to see you....lepas ni kehidupan akan menjadik totally berubah....4month to go, xlama dah tu. so sebelum dia hadir dalam hidup kami suami isteri nti, kami nak gunakan mase berkualiti yang ada ni secukup-cukupnya untuk kami berdua. so we decide nak pegi pangkor this week...harap2 plan ni menjadi..insyaAllah.


UPDATED:

arini saya makan lauk yang berharga RM5, mahal bonar ar kedai tu....cekik darah betul...ni pon dah try mengurangkan jumlah nasik dan membanyakkan lauk....

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ