Walaupun mood masih suam-suam kuku, menulis blog harus diteruskan. Lagipun dah lama biarkan blog ni bersawang.
Dah lama nak update pasal babymoon ni, jomla layankan aje..
Planning nak ke pangkor ni sumenya last minit punye rancangan. Suami lah yang bagi idea nak ke pangkor, lagipun dia bercuti pada hari Jumaat sempena hari keputeraan sultan Selangor. Dia jarang dapat cuti lama-lama camtu, so kami amik kesempatan lah cuti yang ada untuk pergi berjalan-jalan seperti yang dihajatkan mak yong ni. Hari selasa hubby cetuskan idea, hari jumaat nak pegi, bayangkan dalam masa 3hari je kami nak memikirkan segala hal dari penginapan, duit dan semua planning nak bercuti lah. Start survey-survey resort kat sana, call agen, tp diorg ckp resort banyak yang dah full, almaklumlah cuti sekolah. Resort yang kosong mahal pulak harganya. Akhirnya, kami fikir kita ke Cameron Highland sajalah. Lagipun kat sana ada makcik saya. tak payah nak fikir pasal tempat penginapan.
Tapi nak dijadikan cerita, hari khamis, hari yang saya nak pegi ke Klang, tengahari tu, hubby call bgtau dia dah dapat resort. Mmg ditakdirkanlah kami akan ke sana. So baju-baju sejuk yang saya dah packing siap-siap tu kene tukar dengan baju nak ke pantai.
11 Dis: Bertolak dari Klang ke Lumut pada pukul 5am, sampai jeti Lumut pukul 8 am.
Sampai aje kat pulau pangkor pada pukul 10.00am, kami terus sewa motor, supaya senanglah nak round-round satu pulau. lagipon saya dah ckp kat hubby awal-awal tak nak naik van sewa tu sebab van tu bawak macam ape je. laju gile. dah la jalan kat pangkor ni agak berbukit dan berliku. sebelum kawenkan penah g sini, so saya taula cemane pemandu van kat sini bawak van. SubhanaAllah, takut.
Terus check in kat Purnama Beach Resort. Resort so-so aje tp oklah, RM95 1malam. Tapi tak de sound proof, hentakan kaki dalam bilik pon dengar sampai kat sebelah. coz, sebelah bilik kami ada satu family sewa, so kami dengarla setiap perbualan, bapak marah anak, anak main lompat-lompat turn naik katil....huh!!xde privacy pulak. Hubby ckp, jangan ckp kuat-kuat, nti org sebelah dengar.ekekeke....
Tapi ade crite lucula pulak masa nak check kat resort ni, masa nak booking bilik ni, kami kene bagi deposit dululah, so saya bank in duit pendahuluan tu n simpan resit tu, agen tu ckp nti dah sampai resort tunjuk resit pembayaran tu kat kaunter. Oklah, kami ikut ape yang disuruh. Masa org kat kaunter tu mintak ic, en suami saya ni bagilah sekali resit n kad atm maybank dia. Saya perasan, receptionist tu macam blur-blur sambil belek kad atm dan resit tu, tp saya ingatkan dia carik no rujukan ke ape ke kat resit tu, pastu saya ckp kat suami,
"kan sya yang bayar duit deposit tu, sambil hulurkan kat atm maybank saya kepada receptionist tu". Dia lagi blur, pastu agaknya en suami perasan dia ckp
"eh, td mintak ic eh", sambil amik balik kad atm tu. Saya ape lagi, gelak- gelak sakanla kat situ sambil malu-malu sebab buat ape tunjuk kat atm tu kat receptionist tu. Dia pon senyap aje tak cakap ape-apa bila kami dah hulur kad atm tu. Nasib baik tak ramai org, kalo x malu kami berdua. Saya ty kat en suami;
"berangan ke ape sampai org mintak ic b g bagi kad atm"...die sengih aje.
Rehat kejap, then kami jalan-jalan cari lunch n pusing-pusing keliling pulau dan bermandi-mandi. jom layan pic...
12 dis : Pagi-pagi lagi sudah bangun dan excited nak ke pulau naik boat, buat ape g pulau kalo setakat duduk dalam bilik aje kan..tak syioklah kan. seawal pagi lepas sarapan,
(makanan kat sini mahal sikit, mungkin susah nak dapat bahan mentahkan) kami bertolak ke pulau kecik (tak pasti ape name pulau ni) untuk snorkeling dan menghitamkan kulit...kami sewa boat yang berharga RM15/person pegi balik. Hambik kau, laki den bantai berendam dari pukul 8 pagi sampai 3petang, mau tak terbakar kulit, sampaikan org yang hantar kami ke pulau tersebut pon dah mencarik-carik kami sebab lama sangat kat sini.
kat belakang tu kawasan snorkeling, 1st time snorkeling, best jugak dapat tgk ikan kaler-kaler dan terumbu karang, masa pegi dulu tak buat snorkeling sebab takut, air dalam. ni dah ada hubby, saya berpaut aje pada dia. takut lemas. dan ada life jaket pon takut gak.Hehe..nasib baik dia pandai berenang dan tinggi..ekeke..
ini nyonya nak g jual sayur..eh, bukan-bukan, ni saya, nak g snorkeling, tak sabar dah ni nak masuk air, silap pakai baju, pakai baju lengan 3quater..bukan setakat muka aje, lengan pon habis kene sunburn.
dah penat-penat snorkeling, si dia diatas carik port nak tido pulak. HAHA..pening kepala ye sayang. sian dia. kejap je tido tu, pastu kalo dah antu air tu (haha...ckp laki sendri antu air), xcukup kat situ aje, si dia ni sambung lagi mandi-mandi kat pantai. Ni lah aksi-aksi si dia bile dah jumpe air. dari pakai baju, tak pakai baju, then pakai baju balik.
saya pulak tak banyak aksi pon, setakat terkepak-kepak dalam air boleh la, lagipon matahari dah betul-betul atas kepala, muke dah perit kene air masin. perut pon dah macam krem aje, bile dalam air, perut den ilang, kempis aje.. mana ilang baby??? selebihnya saya banyak duduk aje kat atas batu sambil baring-baring sebab dah penat sangat sambil tunggu en hubby berendam lepas gian.
time ni Allah ajelah yang tahu betapa panasnya hari....Ish...takutnya.cemanalah akhirat nti yek, panas camni pun dah tak boleh tahan. Lepas si dia dah puas berendam, kami amik kata putus nak balik aje. saya dah tak tahan kepenatan dan kepanasan, kepala asik ingat katil dan bantal aje. Muka dah kepanasan rasa terbakar. Petang tu dah tak turun pantai sebab dah rase nak muntah pulak tengok air laut..sebab dah terlalu penat, kami lepak dalam bilik, petang tu kami jalan-jalan aje pusing pulau tengok kehidupan org pulau dan shopping makanan-makanan ringan n hasil laut yang banyak dijual kat sana. Malam, just round-round teluk nipah n makan-makan.
13dis: Pagi-pagi en hubby dah menyatakan hasrat nak mandi laut lagi. What?? mmg antu air lah kan, I dah kate...hehe..mintak ampun b. Lepas bfast, saya pon dari tak nak sentuh air laut pon terjebak sekali. Air pulak jernih sangat-sangat, kami boleh tangkap ikan guna tangan, saya boleh jumpe duit RM1 dalam air. Mmg jernih gile...
Dah puas sehati berdansa kat dalam air, kami naik sebab dah kene check out pukul 12. Sampai kat Lumut, kami amik kesempatan jalan-jalan lagi area Dataran Lumut. Yang bestnya, kami dapat tunggang dolphin. Best giler, new experience!!! Free lagi. Ada 3-4 ekor dolphin yang kiut-kuit kami boleh naik. Apa lagi, amik kesempatan lah. Free. Bukan senang nak dapat pengalaman tunggang dolphin ni. En suami lagilah happy, macam-macam aksi dia buat.HAHA..let me introduce the cute dolphin.
hehe...ampun-ampun, kalian sudah tertipu dengan den. Dolphin batu aje... :p
and this ikan todak...
kesimpulannya disini, we had great time together, thanks to hubby sebab sudi bawak isteri dia yang banyak songeh ni berjalan-jalan. Walaupun sangat-sangat penat, tp bestla sangat. Nanti kite pegi bercuti lagi k, tp nti bawak baby la pulak, dalam masa terdekat ni tak de plan lagi nak pegi mana.
sori if this entri sangat banyak pic, ada lagi pic, tp tak kan nak letak semua kan...ni pon dah naik muak upload pic banyak-banyak ni.nasib baik internet ok.....