Thursday, December 2, 2010

Siapa taknak yang terbaik..Cuba cakap?


Sedih pulak tiba-tiba.

Hurm...take a deep breath!!!

Baik lepaskan...

Saya tak pernah nak memperlekehkan ibu-ibu yang tak menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. TAK PERNAH! Itu kehendak mereka, biar mereka yang decide. Kalau berminat dengan penyusuan ekslusif untuk bayi mereka lagi saya suka. If taknak takpe, takkan saya nak memperlekehkan. Nak assume orang tu macam-macam @ nak paksa or whatever. Itu kehendak masing-masing.UP to U.. Siapa yang mahu, sila buat.Kuatkan semangat. Dugaan banyak untuk breastfeeding. If rasa tak mampu, takpela..Nak buat macamana, dah kehendak Allah takde rezeki untuk anak, nak buat macamana. Setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak. Huh**

Al-kisah, one of my ofismate, baru melahirkan cahayamata. Seronok. Baru naik berpantang.
As a mother, saya sangat excited cerita pasal perkembangan anak dan berkongsi pengalaman. Dan termasuk juga isu pengisian perut anak iaitu susu. She's not breastfeed her son. So, saya tanya-tanya la pasal susu ape bg anak minum, brape harga susu. And takde pun nampak cam underestimed dia y she didnt breastfeed her son. So, oklah camtu je.

And hari ni, saya nampak status dia dalam FB and saya macam terasa lah. Walaupun tak bgtau ape yang die bengang sangat kan. Tapi saya nak terasa jugaklah. Mana tau kan dia marah saya ke. Coz saya taklah riak dgn dia pun."oooo i breastfeed my baby, its good. My baby kuat, rilex je tak demam, sebab susu ibu ade antibodi" Nooo..noo.. not like that. Itukan semua kerja Allah. Waaaa...If i mistaken sebab nak terasa-terasa dengan status FB die tu. Takpela...tak kira. Tapi saya nak bagitau saya tak akan memandang rendah pada ibu yang tak mampu nak breastfeed anak dia. Coz parenting is sensitive isue.

Even my sister in law yang bercita-cita nak breastfeed anak dia pun tak kesampaian jugak, coz breastfeed memang tuntut kesabaran. Walaupun saya dah bagi semangat kat dia, dah bagi pinjam manual breastpump kat dia, bagitau ilmu sikit yang saya ada ni pasal penyusuan kat dia. So, peranan saya kat situ untuk support dia dah ada, tapi dia still bagi FM jugak walaupun pada awalnya bersemangat nak BF anak dia. You have your choice. Takkan saya nak paksa.

Manusia tak kan berhenti bercakap. Kalau kita breastfeed anak, cakap knapa tak bagi susu formula, nanti anak tak puas etc..etc..bla..bla..bla..Tapi bila kita tak breastfeed anak, knapa tak bagi anak susu badan, susu badan bagus. Ada ni, ade tu..bla..bla..bla.. See, manusia tak kan berhenti bercakap. So, saya cuba nak bersikap neutral. Coz masing-masing ada pilihan. :D


And this, susu formula pertama yang saya beli semalam sejak kelahiran Husna ke dunia. Saya pun tak tau kenapa saya beli. I dont know. Maybe sebab tertekan lately susu macam tak banyak. Bila pump dapat 3 oz, sumtimes 3kali pump, dapat 9 oz, paling banyak 11 oz. And Husna taknak EBM yang dah beku. Die tolak mentah-mentah. Dia nak yang fresh. Kadang-kadang macam tertekan tengok hasil susu yang macamni. Maka ini lah yang saya dapat bila balik dari kedai semalam. Nasib baiklah dia dah start makan solid food. Susu ni dah jadik pelengkap diet dia saja. 6bulan pertama saya dah bagi die secukupnya susu ibu. Alhamdulillah, rezeki saya.

Saya tanya harga susu kat dia sebab saya tak pernah amik tau harga susu sebelum ni. Bila saya melangkah kaki dekat rak-rak susu semalam. OMG!! Saya memang terkejut dengan harga susu. Mahal belaka. Yang saya beli ni RM10.10 untuk 350g. Yang paling murah rasanya. Dumex Dulac. Yang lain saya takut nak sentuh. nak mencecah harga seratus pun ada. Lama jugak saya tenung susu semalam.

Nak dijadikan cerita semalam, cik B memang macam kempis semacam, macam takde susu. Time tu Husna nak tido. Selalunya bila dia nak tido memang kene kepam dulula. Tapi malam tadi dia menangis beiya-iya. Sebab tak puas ke apentah taktau la, hisap-hisap susu sikit je keluar. Saya bawak keliling rumah nak pujuk dia. Hilang arah sekejap. Tak tau nak buat ape. Saya try bancuh 2 oz susu formula, suakan kat mulut dia. Lagi kuat dia menangis adelah. Nak tak nak, kuatkan semangat saya bagi jugak dia hisap cik B, sambil-sambil tu berdoa berzikir. Dalam hati asik cakap "let down...let down...". Rasa dah bergenang airmata, tinggal tak menitis je lagi. Tengok Husna dah teresak-esak hisap susu. Sedih betul tengok dia. Sapa jadik mak mesti merasai apa yang saya rasa.

Alhamdulillah, dalam 2-3minit dapatla let down, susu ada keluar jugak. Husna memang dah mengantuk sangat masa ni, so dapat susu terus dia tido. Until 4.30 am bangun sebab mimpi nak peluk suami tapi tak dapat,LOL, tengok dia nyenyak tido terus sua cik B lagi.

Breastfeeding perlukan banyak KESABARAN. Banyak sangat. Tu tak masuk lagi bab campur tangan orang luar, tak caya tanya Nani. Lagi, anak yang taknak puting botol susu, invest kat puting botol banyak giler dah. Susu kurang tu satu hal lah. Macam-macam petua pantang orang cakap je, terus cari nak cuba supaya dapat tambah susu. Bab breastpump. Bab breast besar sebelah, tak sama besar. haaa...ape lagi? Macam-macam hal lah. Apa pun, saya harus bersyukur, kerana Allah masih memberi izin dan rezeki kepada saya dan Husna untuk meneruskan niat saya ni. Bulan ni dah nak masuk 7 bulan dah buah hati saya.
Always keep positive minded. Ape pun cara kita beri pada anak pasti nak yang terbaik. Takde ibu bapa nak anak dia tak dapat yang terbaik. Trust me.

Entri ni ditulis dengan sedikit emosi sedih. Saya tak suka sebenarnya buat entri macam meroyan -meroyan ni. Uh! tetiba sakit kepala... :(

16 comments:

  1. Fasha..serius aku jeles dgn ko dpt bf anak ko secara ekslusif..my case pulak susu memang tak banyak smpikan ank aku menangis susu tak mo keluar...suka tak suka kena juga bagi FM..tapi momantaila..itu kehendak masing2...bagi aku asalkan anak aku kenyang dan puas dah ok dah...cuma masa awal2 tu bile susu sikit memang rasa down giler...bayangkan sejam pam baru dapat 2 oz...sejak 2 hari lepas anak aku dah takmo breast lagi..haahah takpelah aku anggap setakat tu jela rezeki die untuk susu ibu...

    ReplyDelete
  2. yup
    tak penah nak condemn org yg tak bf anak derang. they have their own reason
    dan kita juga ada sebab kena kita nak susukan anak kita ngan susu badan.
    tapi orang adakalanya salah sangka
    biasalah

    samalah kita fashya
    beli yg murah je susu, sebab tu sebagai bahan sampingan je
    sebagai tambahan
    tak nak belikan yg mahal
    tak mahu dia rasa susu tepung tu mcm lagi sedap

    ReplyDelete
  3. siapa xnk terbaik utk anak...cuma isu ni kdg2 xle ckp lelebih,nnt ade terasa ati...hny org tertentu je mas akan cter,if ditanya,if not,diam je...

    fashya..ke cik B cam2 nk datang red karpet?mas baru kena,kempis je cik B ni..cuak nih...da la si kecit tu xnk makan lg,sumber dia susu saje..hoooooooooo

    ReplyDelete
  4. haishh adelah sedikit sebak bile bc entry ni..
    huhu
    btw, congrats fasha..
    teruskan usaha murni anda..
    hehe

    ReplyDelete
  5. parenting issues nie mmg sensitif sket
    kite pon suke share cara kite didik Naurah
    tp tuelah, x semua org setuju dgn cara kita
    lain org lain caranya kan?
    but 1 thing for sure, kite takkan condemn cara org lain
    itu hak masing2 kan? anak anda, andalah tentukan.
    org lain xde hak nk ckp lebih2

    ttg susu ibu, alhamdulillah. naurah dah 9 months+, eventho by pumping only, masih lg Naurah dibekalkan ebm semasa ke nursery.
    cuma waktu mlm jelah kena campur dgn FM. utk memastikan bekalan emb utk waktu siang cukup, itulah yg terpaksa kite lakukan. waktu mlm paling sesuai sbb Naurah mamai. so dia x kesah sgt rasa susu tue. yg penting dia kenyang. tp klu siang, Naurah mmg memilih sket. thats y kene pastikan ebm cukup.

    apa2 pn kite dh usaha yg terbaik. so xdelah rasa terkilan sgt. syukur =)

    ReplyDelete
  6. haish...isu yg sgt sensitif...sy adalah antara org yg plg meroyan bab bf ni...mmg sgt100x memerlukan KESABARAN yg tinggi... sy skrg pn da 100% pumper n da campur fm jgk.. sy masih gigih stimulate susu kasi ada jgk2... walaupun aisya da kena paksa rela telan fm...n sy pn da xlarat nanges... dia mmg xmo dah direk..apakan daya...sy xcukup kuat utk hnya jd pumper tp sy xstop trus...sy tetap trus berusaha... trus dan trus...allah swt tidak melihat hasilnya tapi pada segigih mana USAHA kita :) sama2 kita berusaha...chaiyok2...

    ReplyDelete
  7. erm masing2 punya pendapat & punya sebab. semua mahukan y terbaik. apapun, setiap satu y blaku pasti ada sebabnya.. hati kdg2 kena kebal :)

    ReplyDelete
  8. eh fashya...truskan kasi husna susu badan tau...kalu dia xnak fm its ok... berusaha gigih...cuba increase pumping...insya allah ok kot...fashya da period ke? mebi sbb perubahan hormon agaknya...apa2 pn byk2 bertenang :)

    ReplyDelete
  9. dear, mcm mane ni janji kita..kalo aku blh teruskan mesti ko pun blh fashya..

    sedih beb bace entri ko..mmg kita banyak kene bersabar kan..actually bkn salah ko..maybe kawan ko tu tersensitif sikit..biasalah kadang2..jgn bawa sgt hal tu dalam fikiran ko..nanti laaaaagi stress..bawak2 makan kurma banyak2..insyaAllah ada susu..nanti da ade ngn husna selalu..lagi byk susu..ye? ye?

    kwn2..fashya ni laa yang banyak bantu saya dlm bf things..all the things lah..saya banyak terhutang budi dgn dia..

    ko jgn patah semangat..sbb semangat aku bergantung pada semangat ko jugak..

    go fashya go!!

    ReplyDelete
  10. actually aku pon xpaham ngan org2 cenggitu.
    bukan kite ni riak ke ape ke kan?
    adoi. xnak la membebel. nnt la buat entr kat belog sendiri. baru puas ati.

    papepon, pls bersaba ye dear.
    sedey nengok kawan2 sedey cenggini :(

    ReplyDelete
  11. husna fahsya same ngn husna yana..nk tido mesti kene kepam dlu..huhuhu..try test ngn susu btol pun habis susu xtido2 tp bila sua cik b trus lelap..risau jugk nk tinggl bilakeje nnt, buatnya die mengamuk..huhuhu..erm cakap pasal bf ni mmg sensitif isu ni..pernah terkena..serik dh..lpas ni xnk cerita melainkan ada yg tnya..

    ReplyDelete
  12. ye betul..breastfeed ni nampak senang..tp sukar sebenarnye..tapi saya yakin setiap ibu pasti dah usaha yg terbaik dan inignkan yang terbaik utk anak mereka.. sabar ye fasya... buatla pwer pumping..rileks..byk2kan istigfar.. take care dear

    ReplyDelete
  13. terima kasih pada semua yang bagi komen n nasihat, yelah, kadang-kadang kite nak kongsi ilmu, tapi orang dah salah ertikan. Sedihla sikitkan bile org ingat kite riak. Mane adelah....
    tak baik riak sebab semua tu datang dari Allah, tetibe Allah nak tarik, bila-bila masa je...betul tak?

    fashya belum period lagi, masa malam tu memang terfikir aku nak period ke susu ciput macamni...huhu.tapi takde pun..maybe sebab stress kot

    ReplyDelete
  14. menitik air mata ni baca..huhuhu sy mmg cenggeng. sabar yer fasha. rezeki kat tgn Allah. Bykkan berdoa dlm sujud.

    ReplyDelete
  15. saya silent reader fashya..anak saya baru 2 bulan lebih.saya boleh bf dia seminggu je..sebenarnya kalau boleh memang nak bf sepenuhnya tapi ada problem dengan cik b..orang yang tak dapat bf anak lagi stress dari orang yang bf anak.lepas bersalin setiap orang akan tanya kenapa x bf anak.sedih yang amat sangat..terpaksa cerita benda yang sama berulang kali.sampai saya luahkan kesedihan saya pada hubby..kenapa ye bila tengok baby perlu tanya susukan baby dengan susu badan ke tak.bila dah jawab bagi susu formula,mereka akan tanya lagi kenapa tak bagi susu badan.saya rasa soalan-soalan seperti tu terlalu sensitif bagi orang yang tak boleh bf anak.memang betul tak ada orang yang tak nak yang terbaik untuk anak dia.bila bagi susu formula lagi banyak dugaannya..saya dah 3x tukar susu kerana inginkan yang terbaik untuk anak.harga susu bukan jadi ukuran..murah or mahal tak ada makna apa2 bagi saya sebab yang penting susu tu serasi dengan anak.sama ada bagi susu badan or formula,itu hak masing-masing.sama-sama ada cabarannya..dengan sembelit,najis warna ijau,mata merah,muntah..tu semua sebab tak serasi dengan susu formula.saya sangat sokong dengan ibu2 yang bf tapi pada masa yang sama saya harap sangat kalau la boleh siapa-siapa pun dapat faham keadaan ibu-ibu yang tak bf anak mereka.ada sebab kenapa mereka buat begitu..kita tak boleh menilai seseorang hanya kerana orang itu tak bf anak mereka.huhuhu..teremosi plak.apa-apa pun tahniah fashya sebab dapat bf husna.teruskan bf husna..memang susu ibu yang terbaik.cuba selagi termampu ye..

    ReplyDelete
  16. terima kasih cik anon bagi komen, yup...mungkin sebab kekangan macam tulah ibu2 tak dapat nak bagi anak dia fully bf. Anak yang diberi susu Fm pun ade jugak masalah dia. Sebab tu kite jgn sewenang-wenangnya nak judge ibu yang bagi anak dia Fm. pasti selagi boleh nak bagi susu ibu kan. Apa-apa pun, jadik ibu n ayah, pasti banyak dugaan dia nak membesarkan anak. Hope kita-kita semua sabar dengan dugaan ni...

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ