Friday, December 3, 2010

Mudahnya dengan CimbClicks

Saya merupakan pengguna tegar CimbClicks.com.my. Nak bayar hutang kereta, bayar sewa rumah, bayar bil maxis, topup untuk adik-adik, yang kalau telefon je, saya mesti dah tau dah, ni kalau tak kesempitan duit mesti nak topup. Bukan telefon nak tanya akak dia sihat ke tak...Dah, dah tak yah bebel. Macam-macam urusan saya buat dengan cimbclicks. Nak shopping online pun mudah gitu. Duduk je ngadap Pc, Ting! semua urusan pasti beres. Esok dapat parcel. Keh..keh..keh. Duduk diam-diam dalam opis pun duit lenyap jugak..

Malas betul nak beratur, nak cari parking kalau nak pegi bank Cimb kat dalam UTM ni. Dahla berbukit bukau nak naik ke Cimb bank tu, kalau tak pandai nak menyelit-nyelit memang susahla nak dapat parking dekat-dekat sikit. Nasib baik kete gua kecik.Hihi. Bab-bab menyelit ni memang terer. Kalau student takde, bank lengangla sikit, kalau dah naik sem tu memang ramailah yang mengerumun bank untuk buat macam-macam urusan. Tak suka menunggu lama-lama.

Ntah kenapalah, minggu lepas, saje bosan-bosan godek-godek web cimbclick tu, nampak Octo comel, mascot cimbclick kan sotong kurita bukan Paul tau. Comellah octo ni. Macam nak satu. Rupa-rupanya boleh beli dekat Cimb shoppe.

[Click untuk tumbesaran]

Gatal-gatal g klik kat Cimb shoppe tu, macam-macam rupanya ade dalam tu, kalau tak silap sterilizer n warmer little bean pun ade jual kat situ. Tapi niat hati nak beli octo ni, ade 5 design. Tanpa berfikir panjang terus pilih octo gegirl tu. Yang lain sume cam boboy.

Comel tak?
Harga RM15.90, kos penghantaran: FOC

Faizah, Aisya kan suka merah, bolehla beli octo ni, sebab kaler merah. Mesti Aisya suke.Hihihi.
Husna pun mesti suka sebab ade juntai-juntai tu, komfirm selamat masuk mulut dia.

Dah godek-godek cimb shoppe, pegi pulak explore mende lain. Rupe-rupenya kat web ni jugak boleh buat donation. Erm ape lagi, cepat-cepat buat pahala sikit. Duduk diam-diam pun boleh buat sedekah amal jariah sikitkan. Tak banyak pun takpe, yang penting ikhlas. :)



[Click untuk tumbesaran]

Berkisarkan sabda Rasullah, takkan miskin seseorang itu sekiranya dia bersedekah, malah ditambahkan rezeki buatnya.

Kabsyah al-Anmary berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya;

pertama, harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah.

Kedua, tidak ada seorang hamba pun yang sabar ketika dianiaya oleh orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya.

Ketiga, tidak ada seorang hamba pun yang membuat kericuhan dan onar, melainkan Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya" (HR. Ahmad).

Subhanallah, Rasulullah saw sampai bersumpah ketika berbicara masalah sedekah. Secara tidak langsung, hadis di atas menegaskan, wahai ummat manusia siapapun anda, dari mana pun anda, di mana pun anda, ketahuilah bahwa harta seseorang tidak akan pernah berkurang lantaran sedekah.

Mungkinkah Rasulullah saw menyalahi sumpahnya? Tentu tidak. Dalam surat al-An'am ayat 160, Allah berfirman:

"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya".

Dan sedekah merupakan amal yang baik. Oleh karena itu, mereka yang bersedekah RM 100, maka minimal Allah akan membalasnya dengan RM 1000. Mereka yang bersedekah USD 50, Allah akan menggantikannya dengan USD 500. Semakin besar sedekah yang dikeluarkan, semakin besar pula balasan dari Allah yang akan diperolehnya.

Ingat sekali lagi, semua itu adalah janji Allah dan RasulNya, dan tentu Allah dan RasulNya tidak akan menyalahi janjinya.
Okay kawan-kawan, sempena Hari Jumaat yang mulia ini, banyak-banyak buat amal. :)
Jangan marah-marah, jangan tension-tension. PEACE!

p/s: dah macam promote cimbclicks pulak dah.HAHA

10 comments:

  1. best kan ade online banking ni..mmg tayah kuar umah settlekan semua bills..hehe same la kite fashya..kalau internet tade ssh ati woo ;p

    ReplyDelete
  2. best gak cimb clicks nie eh? kite da xde duit dlm cimb. seme gune maybank2u. sbbnya gaji masok situ. hihi...

    best arr octo tue. tp x dapek nk beli sbb xde duit dlm cimb huk huk

    ReplyDelete
  3. inila teknologi y memudahkan kn.. tak plu nak gerak ke mana pun :) suka husna dpt octo ya..

    sedekah (^_^)

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaaaaaaaaaa....knpakah ada entri ini??haha...trus rasa nk bli...mmg nasib ler ada cimbclicks gak... nk bli jgk~ :P

    ReplyDelete
  5. xde akaun bank cimb boleh ke shya? macam maybank2u transfer boleh?

    ReplyDelete
  6. yeah fashya..aku pengguna tegar cimb clicks ngn maybank 2 u.. makanya mmg cpt lenyap duit dlm 2-2 akaun tuh..hihi

    ReplyDelete
  7. sebab tulah mr sharil tak kasi wife die nie ada internet banking.wife kaki shopping tegar.hehehee..

    zuris pun ada sotong tu.tp dpt free time hubby buka current acc dulu.comey kan?

    ReplyDelete
  8. Anda di tag..sila jengah link ni ok

    http://mylifeonlymyworld.blogspot.com/2010/12/bloglarian.html

    ReplyDelete
  9. sori nk tanya..xpernah bayar kreta dgn cimbclick..
    camne procedure die ek??
    kena tekan katne?

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ