Friday, December 10, 2010

Inilah yang dikatakan CINTA


Dari kecil ibu menjaga anaknya,
Sayang dekat anak tanpa sempadan dengan harapan apabila besar,
anak yang dibesarkan dapat mendoakan kesejahteraan ibu bapa.

Sayang anak kepada ibu....Saksikanlah...

" Mak, meh makan..."
sambil menarik tangan maknya supaya dekat dengan pinggan.


Dibasuh tangan mak.


Menemani ibunya makan dengan sabar.



Ini dia anak kepada moyang saya. Nenek saudara saya. Diala yang jaga moyang saya.
Walaupun diri sendiri tak larat, tapi masih setia menjaga ibu yang dah makin tua. Sangat kagum dengan dia. Adik beradik yang lain taknak jaga. Dia yang sanggup jaga. Tengok gambar pertama, macam tulah dia. Bongkok tiga orang kata.

Harap-harap kalau umur panjang nanti, anak yang kita sayang bagai menatang minyak yang penuh sanggup jaga kita kan. Walaupun tak mengharapkan kemewahan, tapi masih dapat menerima kita seadaanya. Yelah, dah tua-tua camni, mesti banyak kerenahnya.

Honestly, bila saya tengok cara dia jaga moyang saya ni, kagumla..
Kagum sangat! Dalam keadaan yang terbongkok-bongkok, boleh ceduk nasi, basuh baju, etc..etc.


Macam manalah nasib kita di hari tua kan.

[THINK]

Husna, be a good girl okay sayang, :)

10 comments:

  1. wuwuwuwuuw....sodih plak baca entri ni....

    ReplyDelete
  2. tsk tsk...insap kejap..

    adoi Husna..kamu sungguh bam2..kuat ke nenek nk angkat tue?? kui kui...

    ReplyDelete
  3. sgt2 terharu baca entry ni..harap2 saya dpt memberikan yg terbaik untuk ibu saya..walaupun saya xsempat untuk berbakti pd ayah saya..semasa saya sedang berjuang utk SPM..

    ReplyDelete
  4. saya doa bila dah tua akan jaga saya mcm ni dan saya harap bila dah tua tak menyusahkan anak2.
    fasya saya tag awak join giveaway

    ReplyDelete
  5. kan..kan
    camne la nasib kita nanti. harap2 kasih sayang yg kita bagi ni tak dibalas dengan derita oleh anak2
    sama2 lah kita didik anak2
    jgn smpai lupa org tua

    ReplyDelete
  6. sebab tu lah ada pepatah...'sorang ibu mampu jaga 10 orang anak.tp 10 orang anak belum tentu sanggup menjaga seorang ibu'
    huhuuu...

    ReplyDelete
  7. ya.. sayu. moga kasih pada anak n pada ibubapa akan berpanjangan.. mudah2an selalu dapat buat y terbaik utk mereka

    ReplyDelete
  8. saya terharu baca entry ini. Kebetulan semalam asben pergi ziarah nenek dia & asben mms gambar nenek. Nenek nampak uzur. Asben sedih rasa nak nangis tgk nenek kesayangan dia. Bila tgk moyang husna ni nampak kuat lagi.

    Semoga mereka semua sihat sejahtera hendaknya.

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ