Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Monday, March 11, 2013

"Trust me, I'm A blogger...."

:P

Aim aku sekarang untuk blog adalah satu bulan satu entri. HAHA. Exaggerate sangat bunyinya. Alasan pun ia jugak. Meh tiup-tiup sikit sawang kat blog ni. Fuh! Fuh! (What a cliche~ Blergh HAHA :p) Okay, dah tiup kasi bersih, ambik penyapu pulak kasi habuk hilang ye tak? Okay, dah cukup-cukup!

Okay, terus pada topik ape aku nak tulis untuk bulan ni. Aku dah macam ketandusan idea sungguh nak mengarang kat blog ni. Banyak draft tapi kebanyakkan nya semua jadi pekasam sekerat jalan je aku tulis lepas tu aku malas nak sambung. Buzy la wei, awal-awal tahun ni biasalah, banyak sangat kerjanya. Aku pulak jenis nak tulis blog bukan boleh sekali harung nak tulis, mesti nak fikir, korek sana, korek sini. Last-last terbengkalai macam tu je.

Zaman dah berubah kot bukan macam dulu.

Semalam aku pakailah baju yang beli kat UB tu. "Trust me, I'm A blogger". Macam nak gelak sendiri pun ada bila mengenangkan blog yang makin terabai ni. Maka, dengan itu, harini aku kasik masa sikit itu mu wahai blog. Sian ko.

Skang nikan, rutin harian aku adalah hampir sama setiap hari. Meh nak cerita, pegi kerja as usual bangun pagi aku tak pernah nak awal. Paling tidak, pukul 6.15 am paling awal aku bangun. Pasal ape? Pasal ada budak kecik suka menyelit bawah ketiak ibu dia, kadang-kadang baring atas lengan ibu dia. Alahai, ibu dia pulak macam tak sampai hati nak alih kepala budak kecik tu. Tengah nyenyak tidur, kena alih, aku risau dia terjaga. Bila dah 6.30am jadi 6.45am, nak tak nak aku terpaksa bangun untuk solat Subuh dll. Hari-hari masuk kerja slide in lambat. Kalau awal aku siap pun, sekali lagi perasaan tak sampai hati menyelubung nak kacau anak tidur nak angkat masuk kereta seorang demi seorang. Kalau diorang sambung tidur, okaylah. Sian pulak kacau diorang nak tidur kan.

Pergi kerja. Bla Bla Blas......

Balik kerja kadang-kadang aku straight balik rumah, mandi dulu, kemas lebih kurang, baru amik diorang kat umah BS, kalau macam ni mmg lambat ah diorang balik, tapi yang best aku tak payah susah nak fikir bila nak mandi kemas-kemas rumah ke. So, attention kat diorang banyakla sikit. Tapi bila dah keluar dari opis lambat sebab dah datang pun lambatkan. (nak cukupkan 8jam bekerja tu kononnya), maka keluar je dari pagar UTM terus menerpa ke rumah BS amik anak-anak. Selalunya time-time macamni agak mencabarla kan. Nak mandi, nak solat. Kadang-kadang bila si kecik okay, si kakak tak okay, kadang-kadang vice versa. Sampai tahap jadi mak tarzan tak usah nak cakap. Aku rasa jiran aku pun dah kenal suara mak tarzan ni. Bukan aku saja-saja nak jadi mak tarzan okay. Ce duk umah ko sorang dengan 2 anak yang banyak ragam memang menduga jiwa raga, mental fizikal semua sekali. Yelah, anak aku dua. Belum tiga, empat dan lima dan enam.

Al kisah minggu lepas, sepanjang minggu boleh dikatakan satu hari Husna boleh menangis meragam sampai 10kali satu malam. Anak nangis, aku pun rasa nak menangis jugak. Amat-amat mendera mental aku tau tak. Kak Long Husna datang angin kuskus dia, dia suka meragam tak tentu pasal. Hal nak pakai seluar pun dia boleh buat onar guling-guling macam kena dera okay. Satu malam tetiba nak mandi (mungkin panas) dia boleh nak request nak mandi kolam kat luar rumah. Maghrib kot time tu. Bila tak bagi dia meragam macam kena dera sekali lagi.

Aku pun berfikir sejenak. Husna ni mungkin bosan duduk rumah takde aktiviti. Lagi pun aku kesian dia asik kena marah, kena aje dengan aku. Aku ni agaknya kurang sabar kot. Bukan kot, memang ye pun. Maka, Jumaat lepas aku pegila kedai buku, beli 2 buah coloring book, pensel kaler, crayon. Dia minat Mickey Mouse sekarang ni. Memang barang-barang yang ada MM jela aku beli. Then aku beli botol susu Mickey Mouse. Ye, niat aku memang nak kasi dia hepi. Konon-konon nak tebus baliklah sebab aku asik marah dia je. Aku ni kalau nak elak marah dia, aku suka kurungkan diri. Masuk dalam bilik gelap duduk diam-diam dalam tu. Tapi dia kat luar macam apela kan meroyan suruh bukak pintu. Theeehiii. Ate, dari Syaitonirajim hasut aku suruh pukul dia, baik aku kurungkan diri macam tu. Kang bila dia dah baik aku peluk-peluk la dia. Cakap-cakap slow talk suruh dia jadi budak baik kan. Yang pelik, bila dia dah okay , automatik okay tak payah pujuk bagai dia boleh nyanyi-nyanyi macam takde ape berlaku sebelum tu. Dan yang paling kelakar, dia kuis-kuis rambut, pipi aku konon-konon nak pujuk aku. Ceh., dari muka kelat boleh senyum ibu dia ni. So, end of story. And tak payah judgemental sangat aku ni ibu yang tak berhati perut, garang macam singa, takberperikemanusiaan n whatever ye.

Okay, sambung cerita balik pasal beli buku kaler tu. Sebelum balik aku niat. Husna mesti suka, mesti baik harini. Aku taknak dengar dia menangis atau meragam pun harini. So, what I expect memang aku dapat pun. Dia langsung tak meragam malam tu. happy dapat coloring book tu. Ya Allah, seronoknya hati ini. Cewah.

Betullah seperti firman Allah:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku".

Apa yang kita sangkakan, itulah yang kita dapat. Jomlah kita sangka yang baik-baik saja. Aku selalu test, kalau nak parking kereta. Jangan cakap susahnya nak dapat parking. Just say "InsyaAllah aku mesti dapat parking". Tengokla lepas tu, 2-2 parking ko tengok kosong. Ce try lepas ni.

Gegaran. Kamera Hp cap ayam.


Mari colour laju-laju. Duck warna biru. T__T

Khusyuk

Masih khusyuk.

Langsung tak meragam, fokus mewarna sampai abis satu buku.  

Bila adik dah tidur, ibu kena join mewarna sekali. Yang cantik-cantik tu ibu la yang warna.
Lepas tu dia pulak take over. 

Kesian, ibu baru nak ajar Husna mewarna. 
Malam tu aku terpaksa overtime sebab selagi tak habis buku tu diwarna selagi tu dia nak mewarna walaupun mata dah kuyu. Sampai ibu terpaksa acah-acah tutup tv dari jauh guna remote, then cakap tv dah tidur. hahaha. So, dia kalau tv dah switch off, dia tau dia dah kena tidur, terus tutup buku dan masuk tidur. Lena sampai pagi. 

Pagi esoknya perkara pertama dia cari buku dan crayon.

Sekian tamat.

ps: Motip entri ini aku pun tak tau. Ambik mana yang baikla ye. Peace.

Monday, December 31, 2012

Rentetan 2012

Siapa sangka secepat ni tahun 2012 berlalu. Pejam celik, pejam celik, harini kite dah berada pada hari terakhir tahun 2012. Kalau dulu, 9 tahun yang lepas, asal ari terakhir setiap tahun kami adik beradik mesti akan ingat hari ni hari lahir arwah ibu. Tapi sampai sekarang pun kami masih ingat. Cume tiada apa-apa celebration atau nak call ibu nak wish Happy birthday ke apa. Cuma Al-Fatihah dipanjangkan pada arwah ibu.

Tahun 2012.............
Banyak jugak benda yang best berlaku. Antaranya:



First. Aku merasa jejak kaki ke negara orang. United Kingdom. Satu pengalaman yang memang susah saya nak lupa. Sumtimes rasa macam rindu nak jejak kaki ke sana lagi. Aku rasa kalau nak pergi sendiri memang susahla sikit. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi aku bila dioffer training ke sana. Bila sampai je sana, aku masih tak percaya aku ada kat sana. Dapat rasa suasana sejuk, salji yang memang sah-sah takde kat negara kita kan. Dahla masa tu tengah pregnant 5 bulan Syukur takde apa-apa masalah sepanjang kat sana.



Second. Family trip ke Sabah. Aku belanja suami dan Husna pegi jalan-jalan kat Sabah sempena birthday husband. First time diorang naik kapalterbang. Preciousla kan dapat jalan-jalan satu family macamni. Bukan selalu. Lagi-lagi masa tu aku tengah 7bulan, perut tengah mengembang dengan jaya. Alhamdulillah, masih boleh naik flight. Kalau tak dapat komfirm aku sedih.



Third. My little precious, Anas Hamza. Lahir pada malam Nifsu Syaaban. Overdue 9 hari. Macam-macam dugaan masa mengandungkan little khalifah ni. Alhamdulillah, usia Anas dah nak masuk 6 bulan Januari ni. Membesar dengan sihat, cergas, cerdik. Syukur. Sayang sangat-sangat. Dengan kelahiran Anas, im officially mother of two. Dah dapat sepasang.


Fourth. Dapat diserap masuk dari contract ke permanent job setelah 5 tahun menghamba diri di UTM ni. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Rezeki anak-anak. Allah tak pernah mungkir janji. 


Apa aku boleh kata, tahun 2012 adalah tahun yang agak warna warni bagi aku. Banyak perkara yang aku dah achieve. Cuma impian nak satu untuk sebumbung dengan suami masih belum ditunaikan. Mungkin ini yang terbaik buat aku, dari masa ke semasa aku semakin positif. Tapi sebagai manusia, aku tak lepas dari silap sebagai ibu (especially) nak didik anak sorang-sorang perlu banyak sangat kesabaran. Semoga Allah permudahkan segala urusan ku.

Now, setting vision board for 2013!! Semoga dipanjangkan usia. InsyaAllah.

Wednesday, December 19, 2012

Saja menyibuk.

Assalamualaikum.....

Fuh..fuh.. boleh tahan jugak malas aku nak update blog ni. Kesian rupenya. Blogwalking pun dah lama benar aku tak buat. Habis dah segala cerita korang yang aku terlepas-lepas. Takpela, mungkin satu hari nanti aku catch up balik.

Sebenarnya aku baru balik induksi. Dalam induksi tu macam-macam cakap, dok tegur pasal bukak FB, Twitter, Blog ke hape ke untuk urusan peribadi adalah dilarang sama sekali. keh keh keh. Aku ni konon-konon nak patuh arahan bila dia cakap camni,"kalau buat urusan lain selain urusan kerja di waktu kerja, rezeki yang kita dapat bagi anak-anak makan tu apa cerita". Berdesup terus menusuk kalbu gitu. Risau aku bila memikirkan. Sebab aku ni boleh dikatakan sepanjang hari on FB tu walaupun tak tengok selalu. Tapi kadang-kadang aku terlajak jugak buka FB n twitter time kerja bila dah takde kerja. Ala, make it easy jela, kalau takde kerja boleh je nak bukak sebenarnya. Lainla kalau kerja tgh melambak kerja pegi bukak benda bukan-bukan kat internet ni. Gitu dah salahla kan. Atau, dah tension dengan kerja, pastu nak release tension kejap. Tak salah kot nak cuci-cuci mata kejap. Kan kan kan.. Macam sekarang aku tengah stress tunggu student yang sibuk kata nak result URGENT tapi aku dah tercongok kat lab dari pagi tadi dia tak datang-datang lagi nih! Pastu kang kalau tak sempat siap, ko paksa-paksa aku soh siapkan. Hamboi, besar pangkat kau. Okay, aku dah mula buat rules sendiri. Macam cakap tak serupa bikin jek. Titik.


Sebenarnya bila baca last entri Aishah Rahim pasal keyword kat Nuffnang tu, aku pun rasa nak share jugak.  Bukak Nuffnang kejap. HAHA. Sibuk jekan, Nuffnang aku tu tgh ade BE lah, murah hati Nuff kasi aku BE walaupun tak aktif sangat tulis dalam blog ni. 


Haaa...silalah beranak sambil tidur. Terrer gile. Nanti sila turunkan ilmu kat saya pulak eh. Okay bai!

sori, entri tak berilmiah. 

Monday, November 5, 2012

Aku suka weekend!

Weekend, lepak-lepak kat rumah adah heaven. 


2 ketul saya. Adik nak kecek susu kakak la tew.

Ayah try to tidurkan adik, datang kakak panjat badan ayah. HAHAHA. 
Aku nampak, terus amik pic, pastu gelak gile. At last adik tak tidur pun.

Bz tengok tv. Sedapnya landing atas lengan ayah ni kan.

Ahhh, Heavennya weekend bergumpal 4 beranak. :))

Friday, October 5, 2012

4 Cerita

Cerita 1

Setiap pagi masa hantar Anas pegi rumah pengasuh, aku mesti lepak-lepak kejap, siap breakfast sekali kat rumah dia. Masa breakfast tu, memang ada jela cerita si pengasuh ni cerita kat aku. Adelah sekali tu dia cerita pasal pengasuh lain. Sedih betul aku dengar cerita ni.

Pengasuh ni ada jaga sorang baby, umur 5 bulan.  Pengasuh ni bagi anak orang makan Nestum TANPA pengetahuan si ibu. Kalau korang apa yang korang rasa bila pengasuh pandai-pandai buat keputusan untuk anak korang. Aku yang dengar ni pun kecik hati tau tak. Pengasuh tu bilang, anak dia asik menangis macam lapar je, dapat nestum terus senyap dan tidur lama. Bagi akula kan, pengasuh tu memang tak patut la buat macamtu. At least cuba berbincang dengan si ibu, bagitau yang anak dia begitu begini. Bukan sesuka hati buat keputusan sendiri. Homaiiii.... Bila si anak dah umur 6 bulan, mak dia dah excited nak bagi anak makan, siap dibekalkan bubur buat santapan si anak. Dan bila pengasuh bagitahu yang dia dah bagi anak orang tu makan since 5 bulan lagi. Apa korang rasa???? Kalau aku, silap-silap menitik kot air mata kat situ. Yelah, bagi aku mungkin aku terasa cerewet sikit bab makan anak. Lagi-lagi his first solid food. Tup..tup, bila si pengasuh yang memandai-mandai bagi nestum confess dia dah bagi anak orang tu makan selama sebulan tu. Tak ke runtun jiwa wei! Aku tak boleh hadam lah!

Mungkinla mak baby ni jenis tak kesah ke hape kan. Siap nak bagi duit kat pengasuh sebab susah-susah belikan Nestum untuk anak dia. Heh, kalau aku tak terfikir kot nak bagi duit sebab dah susah-susah belikan Nestum untuk anak aku. Thanks but No thanks.

Harap-harap pengasuh Anas/Husna ni tak akan buat macamni dah tak pernah buat macamni kat anak aku.


Cerita 2

Cerita pasal potty training Husna. Aku ada pengalaman. Dilakukan secara tidak ekstrem. Masa aku balik Klang masa cuti 1 Malaysia, kami suami isteri decide untuk potty training si Husna. Klaka pun ada. Dia ni jenis kencing kuat jugak ni. Sejam baru pakai pempes, dah kembung je pempes dia.

Siang tu, kami cube untuk pempesless kan dia, dahla tak mau pakai panty. Togel macam tu je, pakaikan dia dress labuh sikitla. Sebelum tu ajar dia sebut, "Ibu nak shiishii, ibu nak berak". Elok ajela dia sebut. Sejam pertama, ajak dia masuk bilik air suruh shiishii. Tiada hasil pun.  Tak sampai 5 minit keluar bilik air, elok je dia shiishii dekat dapur, dengan baju yang dah lencun. Adui Husna, tadi dalam bilik air tak nak pulak dia kencing.

Sejam lagi, suruh dia masuk bilik air pegi shiishii, pun tiada hasil. Lepas tu dia shiishii depan pouch kereta. T_____T. At last, nahla pakai la pempes ni. Belum masa lagi kot nak potty training atau mungkin kami belum ada persediaan nak potty training dia.


Cerita 3


 I just love this shawl by Shawlbyvsnow. Rasa nya macam boleh buat sendiri. Just wait n see. 
Ngeh ngeh ngeh.


Cerita 4.


Anas dah 3 bulan harini. 5 October 2012. Alhamdulillah. He's now very good and clever boy. 3bulan lagi untuk melengkapkan Diploma in Breastfeeding and start his first solid food. I love u much boy!

Tuesday, October 2, 2012

Tarikh Lahir


Ini tarikh-tarikh hari lahir kami sekeluarga.
Setiap tarikh saling bersangkut paut. Me terasa sangat best. HAHA. Tak tau ape motif entri ni. Saja suka-suka sebab aku suka.:p

Oooooo.. sebab ni ke dua-dua anak ibu nak overdue je kejenya. Nak cari tarikh bersesuaian yeee….
Okaylah, anak ketiga nanti ibu dah tau berapa haribulan baby keluar. (Pepandai je :p)
Percaturan Allah itu sangat hebat. :)

TATA~

Thursday, September 20, 2012

Kembali!!

Blog bersawang hampir sebulan. Banyak benda nak bercerita, tapi tahap kerajinan dalam diri takde. Bukak blog tapi tersadai macamtu jela. Hari saya cubalah gagahkan diri untuk menulis. Asik bace blog orang hebat menulis, aku pun macam down macam dah tak tau and tak reti nak mengarang ayat-ayat dalam blog ni. Nak berhenti jadi blogger macam tak sanggup pulak walaupun kadang-kadang terfikir nak kuburkan saje blog ni. Argh.. No No No. hampir 4 tahun kot menulis dalam ni, ada macam-macam cerita. Never! Biarla dia bersawang asalkan jangan dikuburkan.

Ada yang tahu, ada yang tak tahu, aku dah masuk bekerja sejak seminggu yang lepas. Anak-anak? Sorang sana sorang sini. Hmmm..Husna dengan ayah dia, Anas dengan aku. Bukan tak nak jaga dua-dua, tapi Husna sekarang dalam fasa terrible two. Serius, dia memang dalam fasa itu sekarang. Ada saje yang tak kena, kadang-kadang sampai tak tahu dia nak apa. Aku takut nanti aku tak dapat nak kawal dua-dua anak dalam satu masa. Aku jugak takut kalau aku terlebih mengganas. Biarla, dia dengan ayah dia yang lebih penyabar berbanding aku buat sementara waktu ni. InsyaAllah, kami dalam perangcangan untuk bersama sebumbung sekiranya Allah memakbulkan doa aku untuk dapat jawatan tetap di UTM nanti. InsyaAllah.


Ini Husna. 
Takut ramai yang dah tak ingat muka Husna. HAHA. Sebab mak lama tak update. :P

Dah lama tak update tentang perkembangan diri sendiri, anak-anak n so on. Husna sekarang, dah 2 tahun 4 bulan. Dah macam-macam dia pandai, cakap pun dah banyak vocab. Ada anak diusia 2 tahun ni, paham-paham jela kan. Kadang-kadang sangat mencabar kesabaran bila dia buat perangai, kadang-kadang dia macam angelic sangat bila buat baik.

Ini Anas. Muka mengantuk nak tidur.

Anas is a very good boy. Sudah masuk 2bulan 16hari. Belum pandai apa-apa selain tersenyum besar bila ibu agah dia. Peramah jugak bila kita borak dengan dia. Jarang sangat buat ibu susah hati dengan perangai dia. Cuma sekarang ni dia tak berapa sihat sebab kahak banyak dalam tekak dia, malam-malam dia resah nak tidur. Baik pulak tu tak meragam.



Kejadian berlaku masa cuti 16 September yang lepas. Aku balik ke Klang naik bas dengan Anas. Aku dalam bas dengan Anas, dia rilex je babai ibu siap senyum-senyum lagi. Aku? Dah bergenang-genang air mata tengok dia n ayah dari luar.




Tengok tu, siap senyum lagi!

Aku macam blank tetiba. Terimala entri mengambil mood ye. Tak abis. Bye!

Thursday, May 24, 2012

PayDay dan Buku

Bila dah hujung bulan, aku selalu berkira-kira bila la nak dapat gaji ni. Macam dah tak sabar da rasanya nak dapat gaji nih. Dalam kepala bila dah dapat gaji, macam-macam aku nak beli, al-maklumla, nak sambut ahli baru dalam keluarga, mesti banyak je wishlist yang perlu disettlekan. Nak tunggu orang sponsor, dalam mimpi jela kot. Hihi.. Ada sapa-sapa nak sponsor Medela FS. :p (Mmg mimpi jela kan!)

Tapi bila dah tiba payday, tengok cimbclicks, tersengihla kejap tengok angka dah berubah dari 2 angka jadi 4 angka.. Kejap je tersengih nya tu. Lepas dah tolak, bahagi, darab semua. Separuh je duit gaji siap bayar hutang piutang semua. Separuh tula nak guna untuk simpanan dan menyara hidup kami. Ecewah.

Gaji aku takdela banyak mana, tapi syukur Alhamdulillah, even setiap bulan abis tinggal sisa-sisa baki je, tapi aku takdela sampai tahap nak pinjam-pinjam orang. Mintak suami tu normallah kan. Tapi mintak pun takdela banyak mana, setakat lepas beli stok sebulan susu, diapers anak jadikla.

Dah kata aku ni jenis perempuan low maintainance je kan. Takdela nafsu aku nak membeli macam-macam untuk kehendak diri aku sesuka hati. Apa yang ada, adalah. Dah biasa hidup serba kekurangan sederhana gitu. HAHA.

Malam ni, aku nak pegi jalan-jalan dengan pengasuh Husna, bulan nikan dia last jaga Husna. Aku sedih sebenarnya nak pisahkan diorang ni. Husna pun dah sangat-sangat serasi dengan pengasuh dia ni. Tapi takpela, bukan lama pun, dalam 2-3minggu je kat pengasuh dia kat Klang tu, lepas tu aku jaga la dia sementara nak tunggu adik baby keluar. Pantang nanti pun aku jugakla yang jaga. InsyaAllah.

Heh, ape lagi ni nak cerita. Hmmm... Oh! Jap, jap. ada satu lagi aku nak cerita. Last week, ntah macamana aku boleh tersesat pegi blog kereta mayat, aku bace entri pasal ape ntah, lupa sudah. Then aku nampak kat sisip tepi blog dia, penulis blog ni ada tulis bukulah! Sebenarnya aku pernah baca blog ni before this tapi takdela hari-hari bukak. Adalah 3-4 kali. Aku pun suka la jugak cara penulisan dia dalam blog tu, ada macam-macam input.

Pasal buku tadi, En Hamka aka si penulis blog kereta mayat ni, ada tulis buku berjudul Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. As we know kan, ada buku yang bertajuk Permata Yang Hilang before this. (tak penah tengok atau memiliki buku ni pun tapi tau la buku ni pasal apa kan. Hoho...) Kepada sesiapa yang tak tahu, google jelah!.


Bila bace review about this book, ape pasal ntah, aku macam tertarik pulak. Terus click untuk membeli. Oh, buku ini pasal hal rumah tangga ye, yang belum berumah tangga dah bakal berumah tangga rasanya boleh kot nak beli, cuma yang belum berumah tangga tu, sekadar baca jelah eh sebagai panduan di masa hadapan. Tapi mostly readers blog aku ni dah berumah tangga kot kan.

Cara penyampaian dia pun sempoi dan bersahaja. Tapi ada jugakla apa yang ditulis aku tak agree. Erm baru je baca, belum khatam lagi. Ada 400 muka surat , aku baru baca 160 muka surat. Lepas baca pas kat laki aku pulak baca. Harap lepas ni harmonilah rumah tangga kami. Hahaha. Nak tau lebih lanjut click ajelah kat review pasal buku ni. Ciaw!

Ntah sejak bila la aku suka bace buku.. Huhu.. :p




Monday, May 21, 2012

Cerita takde gambar




Lagu ni best. Sambil-sambil tulis entri, sambil-sambil layan lagu OST Seindah Sakura ni.

Salam Hari Isnin yang bosan. As usually, aku takde keje arini. Yeay! Not yeay sebenarnya... Bosan.

Selamat melalui 1 lagi minggu. (Tak sabar nak bersalin ni sebenarnya asik menghitung minggu) Wiken yang tipikal, menyiapkan kerja rumah as usual, mendobi,  memasak-aku berjaya buat kuih keria tak jadi sira gulanya dan kuih cek mek molek untuk sarapan, lipat gunung kain, siapkan beg bersalin, kemas rumah 10-20 kali. Husna sangat suka menyepahkan barang-barang dia, serta pakar menumpahkan apa saja yang dipegang. Pelik. Pegangla apa saja, pasti tumpah ke lantai. Ada satu peristiwa satu malam. Aku lapar sangat tapi tak nak makan berat-berat. Aku kan diet dinner. Diet dinner?  Konon nak budget adik baby keluar nanti dalam 2.8-2.9kg je. Takmo lebih 3kg. Senang nak teran, tapi tengok berat sekarang pun dah hampir menyamai macam last mengandungkan Husna. Kita cuba sajalah yang terbaik yeh. Allah yang menentukan.

Ok, sambung cerita di suatu malam, rasa lapar, tengok dalam peti sejuk ada tinggal 2 biji telur n mayonise. Roti pun ada, maka aku pun cadangla nak buat roti mayo. Siap rebus 2 biji telur tu, si Husna pun datang mengendeng kat dapur, dah dilenyek-lenyek telur dalam mangkuk kaca, dia macam dah tak sabar nak makan, tapi aku cakap dengan dia, sabar Husna, ibu nak amik mayonise dalam peti sejuk. Masa aku nak amik mayonise dalam peti sejuk, dia pun pegang mangkuk tu dan PRANGGGGGGG!!! Pecah berderai mangkuk kaca beserta telur yang dah siap lenyek tu bersepah atas lantai. Oh anak! Ibu lapar ni anak Oi, dia pulak boleh pecahkan mangkuk macam tu je. T___________T. Sedih 40kali. Rasanya kalau ada batu belah batu bertangkup, aku dah masuk dalam tu dah rasanya. HAHAHA. Babai Husna, ibu kempunan nak makan roti telur mayonis. :((

Kena jugakla dengan aku. Sedih oi, perut tengah kebulur, telur tinggal 2 biji tu je. Apa nak makan ni? Stok makanan takde da kot. Last-last teringat ada marjerin, sapu roti dengan marjerin letak gula. Sudah! Tu jela dinner kita malam tu ye Nak. 

Dahla, malas nak buat cerita sedih-sedih. Eh sedih ke? :p

Dan lagi, semalam jugak, Husna dah dapat rambut baru. Baru je komplen-komplen pasal rambut dia minggu lepas, ayah dia kan bace blog ibu dia ni. Elok je lepas mandi dengan ayah dia semalam, tengok rambut dah kena tarah hentam keromo. Terus ibu cakap. Husnaaaaaa.......... Ibu takmau kawan Husna, dah tak comel. HAHAHA. Sanggup taknak kawan dengan anak sebab tak comel? Comel ke tak, ibu sayang la.. Ibu marah-marah pun ibu sayang tahu. Baru je plan nak pegi salon kasi potong comel-comel. At last..kena jugakla dengan ayah dia. Ayah cakap, tak yah bazir-bazir duit. Yelah. T____T. Nanti kite amik pic rambut baru dia. Tepek kat sini.

Cerita pasal tepek pic kat blog, rupanya blog aku ni dah penuh dengan pic. Tulah sesuka hati je letak pic sampai dah penuh kuota 1G. Baru 4 tahun berblog, gambar dah penuh, cane nak teruskan sampai dah tua nanti? Heh? Last entri pasal rambut Husna aku nak letak gambar tapi dia tulis camni:

Whoops! You're out of space. Purchase more storage.Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more
 
Menggagau jugakla, terus tanya kat UB. Rupa-rupanya ada kuota rupanya nak upload pic dalam blog ni. Free 1G, lepas tu kalau nak lebih-lebih kena bayar okeh. Tak kuasa aku nak bayar, penyelesaiannya, sila ke Picasa Web Album dan delete mana-mana pic yang tak berkenaan, susah jugak nak delete pic tak berkenaan, sebab suma macam berkenaan je. Once dah delete, dalam blog pun di delete jugak. Maka, harini, aku tulis entri takde gambar. Babai.



Berita semalam: Takziah buat penulis blog Nurulism, Nurul Haizum aka Chika di atas pemergian ayahanda tersayang. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


Friday, May 18, 2012

Alkisah Rambut Cik Husna

Husna dilahirkan dengan rambut yang nipis. Like this:


Bila besar sikit, nampak dah dia mempunyai rambut yang kerinting. Aku memang dah dapat agak, sebab genetik kitorang dari 2-2 belah pihak pun tak punyai rambut yang lurus. Rambut aku ikal, suami agak kerinting. Sebab tu dia suka botakkan kepala dia. Dan masa baby rambut dia tak pernah dicukur atau digunting. Cuma adalah trim sikit kat depan mata dia sebab dah cucuk-cucuk mata. Menyesal jugak tak cukur, sebab masing-masing takut, nak bawak pada yang pakar asik bertangguh-tangguh, at last Husna makin besar dah sayang pulak nak botakkan. Kalau boy takpela botak kepala. Ni girl. Ada rambut sikit pun orang dok kate boy jugak. Huhu.



Dan ini rambut dia sekarang. Bakal kakak di usia 2tahun. 
Agak berserabut bila dah berpeluh-peluh.

 Nape ntah buat muka macam tu. Huhu. Aku pun dah jarang sangat nak amik pic dia, sebab selalu sangat rambut berserabut macamni. Tak comel la Husna. Kalau ikat rambut baru kemas kan.

 Rambut Husna ade bentuk spring sebenarnya. Tapi tak sekata. Dah panjang pun iya jugak, cuma kerinting, rambut dia suma naik ke atas.
 Masa ni aku snap pic masa dia tengah borak dengan ayah dia dalam Hp.

Masa ni boleh dikatakan agak terurus.

Aku sebenarnya pening nak manage rambut dia ni. Agak serabut lagi-lagi waktu panas, dengan peluh, fuh, masam dia sedap!! Hahaha... Pulak tu jenis yang payah sangat nak ikat rambut, ikat sekejap, dia raba-raba atas kepala, lepas tu dia leraikan ikatan. Sakit...sakit, adu dia. Tak boleh buat apa dah. Dibiarkan aja macamtu, tapi ibu yang memandang ni yang rimas. Apa nak buat eh?  Kadang-kadang rasa nak bawak pegi salon kasi comeikan sikit rambut tu, atau potong je terus macam boy. Ayah dia memang dah brapa kali suruh potong tapi aku tak bagi, sayang kot. Tapi bila lama-lama, aku macam serabut tengok rambut dia tapi in da same time sayang. Hadoi. Cemane ni Husna, dia tak rimas, ibu pulak yang rimas.


Aku mengharap, mengharap lagi tu, bila Husna besar sikit, rambut dia mudah nak urus dan jadi macamni. HAHAHA...
Ini pic cucu Pak Long aku. Cilok ye dari FB. Rambut dia cantik. Lagi2 bila dah panjang.

Or like this. So suwit...


P/s:
1. Sapa perasan, baju Husna yang newborn boleh pakai sampai 2 tahun. Kan aku dah cakap, Husna pakai baju sampai hancur. Selagi tak hancur, aku pakaikan selagi muat. Huhu..

2. Jeles jugak tengok anak-anak yang mempunyai rambut lurus, like Naurah, Raina, and Medina. Comel jugak diorang dengan rambut lurus. Dah macam anak dara sangat-sangat.  :))

Monday, May 14, 2012

Membebel.


Apa aku nak membebel arini, nak update blog, tapi tak tau nak menceceh apa. Maka, terjadilah entri tak berilmiah ni. Arini macam tak busy sangat, nak buat kerja kat lab pun aku macam dah tak berdaya sangat dah rasa. Ikutkan tak sabar dah nak cuti. Mungkin aku start bercuti on 20 Jun 2012. And hopefully adik keluar after that la yeh. Cuti 3bulan dan planning after that, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Aku sendiri tak dapat nak predict apa-apa.

Mother's day semalam? No celebration apa-apa pun. Suami tak wish pun aku tak kisah jugak. Tapi dia wish jugakla. Siap suruh Husna wish kat ibu lagi. Ayat dia " terima kasih sebab jaga Husna". Aku okay je. Apsal macam takde perasaan je. HAHAHA.. Perasaan nak wish kat mak sendiri or mak mertua pun takde..:p Ate, mak sendiri dah takde, sedekah Al-fatihah jela. Nak wish kat MIL, dia tukar no phone, aku plak tak tau no phone baru dia, but I know, my MIL sekarang tengah tak sihat. Moga-moga mak cepat sembuh ye. Amin...

Semalam sehari suntuk kami dekat rumah je. Bila cek 2-2 wallet/purse kami laki bini masing-masing ada RM40 je. HAHA..Perlukan mention di sini?  :p So, takdela tergedik-gedik nak keluar pegi ukur mall or pegi mana-mana. Walhal hati ni rasa nak je keluar beli barang baby yang belum ada lagi nih, tapi sabariah jela... Badan ni pun takdela larat mana, baby asik buat keras-keras je, nak jalan pun macam siput. Lagi-lagi bila dah duduk, mak ai, malas betul nak bangun. Baju adik baby pun dah selamat didobi semalam. Lepas ni boleh prepare beg bersalin la pulak.

Aktiviti semalam hanya bergolek-golek kami anak beranak depan tv, depan laptop, Husna dengan RIO dan Barney nya. Sehari suntuk tengok pun takde hal. Siap hafal certain lagu dalam cerita ni. Cerita Rio ni memang best, tengok banyak kali pun boleh nganga lagi masing-masing. Lagi satu sebab kartun dia so colorful, manalah anak beta tak suka.




Husna sangat-sangat happy bila ibu ayah dia ada sekali. Dengan ayah manja Ya Rabbi. Yang si ayah, anak menangis merengek macammana lah pun, sabar je layan kerenah Husna, kalau aku, dah lama jugak kena tinggalkan, kalau dilayan, takut naik pulak suara. Adeh, cemane suami beta sangat bersabar gitu. Bila aku bertegas sikit, dia mulala nak back up. Takut anak pulak jadi spoilt. So ayah Husna, bila ibu bertegas sikit, jangan back up anak boleh? Aku observed, kalau  aku hukum sikit Husna, dia pegi kat ayah mengadu. Not good kot. Dia tau, bila dia kena hukum, ada orang yang nak back up dia. Cakap jugak dengan hubby, tapi dia macam tak sampai hati kot anak kene hukum. Hukum makna disini, bertegas la, bukan marah mendera.Advised anyone?

 Dah tu jela kot nak tulis untuk hari ni.

Tak lupe  nak wish congratulation pada Faizah yang telah selamat melahirkan baby girl on weekend lepas secara normal. Alhamdulillah. Sorang-sorang dah bersalin. Aih, nervous pulak rasanya ni.



Tuesday, April 17, 2012

Cakap-cakap Husna



 

Kualiti video adalah sangat poor

Di kala usia nak menjengah 2 tahun, banyak jugakla perkataan yang dia tahu, walaupun tak fasih, ayat tak panjang-panjang dan kadang-kadang tak paham butir apa dia cakap, aku layankan aje dia cakap. Aku tak reti nak cerita, tapi kasik video lagi senang. Kalau rajin boleh tengok lah. Dada~



Thursday, February 23, 2012

Taraf hidup di bumi Uk

Agak-agak kalau diberi peluang kerja kat Uk ni boleh jadi kaya tak? No? Yes? Just wonder taraf hidup kat bumi Uk ni macammana. Mungkin ada yang kata tak, mungkin sebab nilai duit UK adalah jauh lebih tinggi dari Malaysia. GBP1 bersamaan RM4.83. Buat masa sekarang ni lah. Kalau 4-5 tahun dulu mencecah RM7.++. Tapi bagi aku, Sepanjang pemerhatian aku kat sini, kalau dari segi perbelanjaan harian aku rasa lagi better dari di Malaysia. Atau jauh lebih baik kot. Kenapa aku cakap macam tu?

Okay. Lets say. Kalau kita kerja kat UK dengan gaji permulaan seorang fresh graduate adalah GBP1500/month. (Aku gamble je tanya orang UK, berapa gaji diorang. HAHA). Kalau pegi Asda, Asda tu macam Giant/Tesco/Carrefour la kalau kat Malaysia. Apa yang buat aku terkejut dengan harga kat sini adalah. Aku boleh dapat satu bungkus biskut Cadbury dengan harga 1 pound. Harga panadol 16 biji 20-45pence je! (Pence tu macam sen). Sayur-sayur, buah-buahan jangan cakap la. Sesikat pisang boleh dapat 1 pound jugak.


Ini contoh aku pegi shopping kat Asda sehari lepas aku sampai sana. All these items berharga hanya GBP5.50. Murahkan. Roti, biskut Cadbury yang aku cakap tadi, kiwi, timun, salad dan air kotak. Kat Malaysia, kalau kita pegi Giant tu, tak dapat kot RM5 dengan barang banyak macamni. Yeah, mungkin ada yang fikir kalau kita convert duit Malaysia, GBP5.50 tu dah jadi sekitar RM25 kan. Ini contoh kalau kita kerja dekat UK dan dapat gaji duit pound. Bukan gaji duit Malaysia dan pegi shopping kat UK sambil sibuk meng'convert' duit Malaysia. Kalau convert, nak rasa makan pisang pun tak lepas. Sebab fikir 1 pound pisang duit Malaysia dah RM4.83, terus cancel nak makan pisang sebab mahal. No..No..No.. Imagine jela kalau ko pegi Giant kat Malaysia, jumpe pisang sesikat seringgit, air kotak 1L tu seringgit, buah kiwi seringgit, biskut Cadbury seringgit, kentang Pringles tu seringgit setengah. Ko rasa heaven tak? 

Dan contoh ke dua. Gaji kita sekarang let say RM1500 kat Malaysia. Pastu pegi Giant nak beli barang dapur. Sesikat pisang dah RM3. Air kotak 1L dah RM4. Biskut RM3. Timun sebiji RM1. Roti gardenia kecik tu RM2.40. Kiwi RM5. Salad-salad tu suma RM5 kalau dua bungkus RM10. Total up RM28.40 kan? Fikirla sendiri kan beza nilai duit kita. Gaji sama GBP1500 dan RM1500, tapi barang-barang kita mahal berbanding harga barang dekat UK! Tak cukup seribu lima ratus tu nak survive kat Malaysia. Betul tak?

Thats why aku datang sini tengok t-shirt budak perempuan 2pound dah macam orang gila meroyan nak borong semua. Seriusly, semalam pegi Asda aku dah habiskan duit untuk beli baju je. Dan tak sampai 100pound pun. Borong baju budak-budak, serius macam orang gila amik sesuka hati baju tshirt comel-comel lagi-lagi baju budak perempuan. Korang bleh imagine tak harga sebungkus salad sama dengan sehelai tshirt budak perempuan? Sebab tu aku gila! Hahaha.. Baju mak budak takde pulak yang berkenan. Semua tak lawa. Baju baby pun sama, cantik-cantik. Untuk adik baby pun ada. Maka, dengan ini, baju-baju raya dan kasut-kasut raya Husna dan adik baby tak payah fikir dah, Semua dah settle. 

Aku rasa nak duduk sini jelah, Boleh jadik kaya.. Hahaha.. okay, aku acah. Cuma aku fikir kalau lah kat Malaysia kita boleh dapatkan harga barang semurah seringgit, alangkah bahagianya. Aku mungkin tak fikir dari segi lain yang aku sendiri tak tahu, cuma aku fikir dari akal logik aku sendiri. Nilai RM50 dengan GBP50 jauh berbeza. RM50 1 troli pun tak penuh. GBP50 penuh troli! Serius!

Thursday, January 5, 2012

Entri tak berkhasiat : Itu adalah Aku.

Canelah nak start entri yang bakal tidak berilmiah ni. Sapa nak baca, baca lah ye.

 Boleh ke aku nak claim diri sendiri bukan wanita materialistik? Aku pun tak pasti la kot. Aku sememangnya tak berani nak melabel diri sendiri sebagai apa. Tapi kalau dari pemerhatian aku sendirilah kan.....

*Aku naik kereta Kancil je, walaupun hati ni teringin sangat nak bawak kereta yang best-best sikit. Myvi, Viva @ BLM pun dah kira okay dan selesa. Kalau nak bawak mak ayah mertua naik kereta sendiri pun tak malu. Itupun kereta aku tu dah kemek sana sini, calar balar bagai. Cover rim pun dah tanggal. Orang pandang-pandang kereta aku yang tak semenggah tu pun aku buat donno je. Peduli apa aku, kereta tu dah terlalu banyak jasa dengan aku.

* Kalau dalam bab baju bajan ni pulak.

  • Aku ada sehelai je seluar jean. Jangan tak percaya, sehelai je, sepatutnya ada 2 helai, tapi sehelai tu tertinggal kat kampung, bila cari balik dah takde. Ntah sape rembat aku tak pasti. So, dengan sehelai jeans tula aku pakai kesana sini, kalau seluar tu basuh, aku pakaila seluar slack ke, skirt jeans lusuh aku tu ke. Dan yang lagi sadis tu, seluar jeans tu pun makcik aku yang bagi. Kahkahkah. Sememangnya aku susah gila nak cari seluar jeans, selagi yang satu tu selesa selagi itulah aku lenjan sampai ke hujung nyawa jeans tersebut.

  • Kalau nak keluar berjalan, aku pasti runsing. Termenung depan almari adalah satu kebiasaan. Baju apa nak pakai ni?????? Argh!! Benci aku perasaan macamni. Tapi bila dah ade dalam shopping mall, tengok baju cantik gantung-gantung takde pulak nafsu nak beli. Pujuk hati, baju aku banyak lagi dalam almari, buat apa nak bazir lagi. Tapi bila nak pakai. ____________ ??????  (Sila isi tempat kosong).

  • Tudung? Kalau boleh biar bawah RM20 je. Tengok koleksi Fareeda orang? Aku telan air liur jela. Tak mampu!

  • Baju kurung? Semeter paling mahal aku beli adalah baju batik tu. Itupun sepasang je. Teringin tengok orang cantik pakai batik ori, aku pakai kain baju corak batik je.

*Kalau bab gadget ni, aku memang mundur gila la senang cakap .Aku pakai hp Sony Ericsson paling cikai sekalilah. Walaupun orang sekarang dah up sampai Iphone 4s sekali pun, aku tetap disitu. Hp aku tu nak kate canggih? Hahaha. MMS pun takde oi! Setakat call, mesej, amik gambo, dengar lagu bolehlaaaa.. Dari takda.

*Handbag. Ada 1. Jenama Valentino Creations. Bukan Coach. Aku beli kira-kira 4 tahun yang lepas masa sale 70% dekat Sogo. Aku lenjan jugak sampai hancur.  Handbag hantaran aku baru je hancur aku pakai, so patah balik beg yang sebelum ni.

*Kasut pulak. Adalah beberapa pasang. Itu pun banyak yang dah hancur. Aku ni jenis pakai sampai hancur kot. Semua benda aku pakai sampai hancur. Samala denga bab kasut ni. Setahun sekali beli kasut.

*Barang mekap aku kirim salam la aku nak spend duit aku kat bab-bab camni. Saya tak ada eye shadow, tiada blusher, tiada gincu. tiada mascara dalam simpanan. Yang ada lip gloss, moisturizer, celak dan bedak compact. Itu pun jarang sangat pakai. Lagi-lagi tengah pregnant ni. Memang apply natural beauty gitu secara 100%. Ahaks!! Jangan muntah. :p



Kesimpulannya, aku nak beli benda aku ukur kat badan sendiri. Banyak benda aku tak mampu wei. Perempuan mana yang takde nafsu tengok benda-benda cantik. Semua perempuan suka kan. Kalau takde nafsu tu memang tak normal kot. Haha. Tapi aku sekat, aku cuba sekat nafsu aku ni. Tapi bila aku tulis entri ni janganla pulak ada yang fikir aku selekeh nak mampus. Semua benda takde. Kesian betul kat kau Fashya. Kehkehkeh.

Saya cuma ukur baju di badan sendiri. Sumpah aku cakap, aku teringin pakai kereta yang besar sikit dari Kancil, aku teringin ada wardrobe yang penuh dengan baju yang berwarna warni, supaya aku tak perlu termenung lagi depan almari, aku teringin pakai Hp canggih, boleh update Fb n Twitter on da dot, teringin pakai kasut ikut kesesuaian tempat aku nak pegi, teringin sarung Fareeda kat atas kepala ni, supaya kelihatan anggun bergaya. Bab mekap je aku tak berapa nak teringin. Tapi aku masih sedar diri...Cuba bersederhana. Aku bersyukur sebenarnya, ada lagi yang susah dari aku ni. Cuma kita jarang sangat jumpa orang yang susah.

Dan aku masih tak faham andai ada yang cakap aku suka pakai barang branded, suka berlagak, suka makan sedap-sedap dan sebagainya. Etc etc.....

Ini adalah aku. Dan aku pun tak faham kenapa terhasilnya entri tak berkhasiat ni. Entahlah~~








Tuesday, January 3, 2012

Hello 2012!!

Assalamualaikum 2012~~

How time flies kan? Azam tahun baru saya takde. Boleh? Sebab tahun lepas pun takde azam. Sangat teruk sebab macam langsung takde usaha untuk bangunkan diri sendiri. Hmmm... Actually adalah jugak, tapi biar I simpan sorang-sorang. Aku takut sebenarnya nak ada apa-apa azam ni, takut tak dapat aku frust. Aku tak suka frust, kalau tak suka frust tak payah buat apa-apa azam. Ceh. boleh gitu?

Dahla, aku malas dah nak mengarut lagi. Yang penting bila masuk tahun baru, maka, berkurang lagi umur untuk Mati. Oh, aku takut bila fikir perkara ni. Aku tak cukup amal lagi.

Aku sebenarnya nak tepek gambar anak dara den ni ha sempena entri di awal tahun... Macam-macam keletah dah dia sekarang ni. Manalah ibu ni tak berat hati je nak bagi dekat ayah tu ha... Ish, tak jadikla kot. Tunggula dah betul-betul sarat nanti, sekarang ni masih boleh sebab perut aku ni pun macam segan-segan je nak menunjukkan diri. 14weeks tapi macam takde pape. 

Anak dara den:

Makan susu. 
Kalau aku buatkan susu dia, kalau boleh, dari masukkan air panas, masukkan susu, goncang botol semua dia nak buat sendiri.

Una nak g skola nantii, kena belajar rajin-rajin, nanti boleh jadik budak bijak. :)

 Kami (Saya, Yanti, Kak Nani n Afni) warga BGWS melawat Najah jumaat lepas. Baby Najah baby yang tak banyak ragam, tidur je. Alahai, tengok Najah rindu sangat newborn Husna dulu. I like bau baby.

See, Najah tidur je. Comel! Kitorang duk henyak-henyak atas tilmn pun, dia selamba tidur. Sian Najah hari tu tau. Husna sayang betul dekat baby. Nampakla ciri-ciri bakal kakak yang penyayang gitu nanti. InsyaAllah.

Her current posing. 
Tak taulah dari mana dia belajar posing-posing tersebut bila dihulurkan kamera untuk amik gambar dia. Macam nak menari hiphop pun ada.

Makan sendiri. Tak mau kena suap dah.
(Ewah, makan dalam pinggan corelle nampak. Kihkihkih)




Tuesday, December 6, 2011

Alahai PTPTN.


Hari-hari aku bukak laman web PTPTN. Tujuan aku bukak sebab nak tau status Surat Pengesahan Baki Pinjaman yang masih tertunggak. Aku nak sangat surat tu sebab nak keluarkan duit KWSP supaya aku taknak lagi berurusan atau ada sangkut paut lagi dengan PTPTN. Aku nak bayar lumpsump. Aku dah malas nak fikir tentang hutang PTPTN aku yang ciput tu tapi nama aku jadi mangsa senarai hitam ke luar negara. 

Aku peminjam PTPTN selama 2 sem je masa belajar dekat UPM dulu. Dahla dapat separuh je. Selebihnya, aku bersyukur sebab ditawarkan biasiswa JPA. Syukur sangat-sangat. Maka, hutang aku dengan PTPTN adalah RM 3500. Bila dapat duit JPA je, aku keluarkan satu ribu untuk bayar duit PTPTN. Yang selebihnya aku tak bayar. Sebab aku masih belajar. Bila dah abes belajar, aku menganggur 8 bulan. Lama jugak. Bila dah kerja gaji aku bukan banyak pun. Cukup-cukup makan je. 

Okay, bolehla nak salahkan aku sebab tak bayar hutang sendiri. Dah pandai pinjam tapi tak reti nak bayar. Tapi masalahnya, bila masa aku nak settlekan hutang PTPTN tu, Ya Allah, punyalah banyak prosedur nak kene  buat. Isi borang sana, isi borang sini. Aku selalunya berinteksi dengan pihak PTPTN melalui e-forum yang ada dalam web PTPTN. Kat sana aku selalu follow up status aku. Surat pengesahan baki yang dijanjikan akan dipos dalam masa 7 hari dah  nak masuk 2bulan aku tunggu tak kunjung tiba. Letih oi tunggu. Bila makan bulan duit kos pentadbiran pun naik jugak. Sampai sekarang, dari RM2500 dah naik lagi RM500. Itu belum lagi dengan duit guaman lagi tu. Bayaran tersembunyi ntahpape lagi. 





Ni ha pertanyaan aku dekat eforum tersebut. Janji nak bagi surat pengesahan baki pada 17/11/2011 tapi sampai sekarang dah 6 dis surat masih tak sampai-sampai. Pos pakai kura-kura ke apa? Saja nak buat ibu mengandung ni naik angin tau. Itulah, bila orang dah nak bayar, dia pulak lambat, bila kita tak bayar mula nak claim kami peminjam INGKAR!

Bila aku tanya lagi, dia cakap masih dalam semakan. Kalau masih dalam semakan kenapa janjikan surat ni akan dipos pada tarikh-tarikh sekian-sekian. Buat aku ni tertunggu-tunggu. Kalau boleh aku memang dah taknak ada apa-apa ikatan lagi dengan PTPTN ni. 

Anak, kalau kamu belajar nanti, tak payahlah berurusan dengan diorang lagi. Hmmm.... Jom menabung dari sekarang ye nak. Mari menabung anakku. Semoga cerah masa depanmu. Cewah!
Bunyi macam pasrah habis je.





p/s: Aku bakal meninggalkan Husna n ayah Husna selama 2 minggu ke luar negara atas urusan kerja. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang. 

Thursday, December 1, 2011

Si dia yang lasak: Boy agaknya.

Hurmmmm... Disember sudah menjengah. Bulan terakhir tahun 2011. Alhamdulillah masih bernafas walaupun blog makin kurang bernafas.

Tadi baru balik dari klinik, pergi jumpa anak di dalam kandungan ni. Mengikut scan, saya baru 9 minggu mengandung. Saya rasa dah lama saya mengandung dan mabuk tapi kenapa baru 9 minggu? Hahaha... Lambatnyaaaaaaaaa rasa masa berjalan. Tulah, kalau kita dok menghitung hari je, memang lambatla masa berjalan kan.

So far, tadi saya dah nampak baby saya macam dah cukup sifat. Nampak dia golek-golek dalam perut ni. Bukan golek-golek sebenarnya, cuma dia gerak kaki tangan dia bila perut ni dikuis-kuis Dr tu. Kiut sangat. Walaupun anak ke-2. Rasa excited tu tetap ada macam tengok scan Husna dulu. Pegi check up tadi bukan dengan Dr Fatimah yang best tu, tapi dengan Dr gantian. Dr Fatimah bercuti agaknya. So, macam tak best dengar Dr tu explain sebab muka dia macam tak komfiden je bagi explaination kat aku. Tapi takpelah. Asalkan dapat jumpa baby tadi pun dah okay.

Saya kira, kandungan kali ni agak tahan lasak jugak. Kalau masa Husna dulu, bila dah disahkan mengandung, automatik saya stop semua kerja-kerja berat dan lasak. Turun naik bas ke Klang pun saya terpaksa stop buat sementara waktu sehingga kandungan betul-betul stabil. But now, jangan harap. Dalam masa 3 bulan ni je macam-macam kerja saya buat. Dengan menguruskan Husna lagi. Pergi balik Klang/Seremban ntah brapa kali saya buat. Angkut beg, dukung Husna, jalan kaki, naik jejantas. Kalau dalam bas Husna selamba ya-ya pijak perut, henyak perut sesuka hati dia je. Apa dia tau kan. Huhu.

Kronologi saya mengandung kali kedua ni:


  • 1st of coursela tak datang period sampai 2 minggu. Saya buat UPT, result adalah Negatif. Takpelah, saya biarkan dulu, mungkin period saya delay lama sangat kali ni. Period pun tak penahnya teratur sejak anak dara dulu. 

  • Seminggu lepas tu, saya pergi klinik Dr Fatimah untuk sahkan sebab period still tak menjengah pun. Hasil scan; rahim kembang tapi masih kosong. Takde apa-apa dalam rahim dan result UPT adalah positif tapi garisan double line adalah samar. Dr Fatimah explain, persenyawaan dah ada cuma belum menempel lagi dekat rahim, sebab rahim kembang dah sedia untuk proses penempelan. Dr tanya saya, samaada nak pregnant atau tak. Saya jawapla tak kisah. So, Dr kasi asid folik. Kalau saya cakap tak nak Dr nak bagi ubat gugurkan darah. Lepas diskus dengan suami, macam-macam keputusan yang dia amik, kejap nak...kejap taknak. But at last, kami terima anak ini. Rezeki dari Allah. Orang pertama saya nak bercerita dengan Aishah Rahim tapi Aishah takde masa tu. Reen pulak tegur kat Fb chatting. Apalagi terus jela cerita kat Reen. Rupanya Reen pun tgh pregnant jugak masa tu but belum reveal lagi. Huhu..

  • Seminggu saya cuti balik Klang sebab nak hantar Husna duduk dengan ayah dia sebab saya nak pergi berkursus kat Desaru tempuh hari. Saya buat lagi UPT, resultnya masih positif tapi line still samar. Macam ntah ya ntah tak. Maka, masa kat Desaru, saya selamba ya-ya buat macam-macam aktiviti. Saya naik gelongsor air kat theme park. Kuat kot air kat sana. Naik banana boat. Gilo tak? Main sukaneka; lari dalam guni, tarik tali, lari sana, lari sini. Cukup pakej aktiviti yang agak lasakla jugak.

  • Balik dari Desaru, saya terus pegi Klinik UTM buat comfirmation lagi sekali. Brapa kali da buat test untuk 2nd pregnancy ni. Husna dulu buat sekali terus SAH aku pregnant. Huhu. Ujian dekat klinik UTM, terus SAH! Aku pregnant. Puas hati. Elok je tau pregnant, dan-dan datang penyakit mabuk, mual, loya cukup pakej. Nyampah tau. Bila tak konfirm elok je. Bila dah sah, mulala datang morning sickness ni. Tu yang saya cakap semua ni mainan psikologi. Rasa menyesal jugak pegi cek kat klinik UTM aritu. Haha. Kalau tau buat tak reti je kan. Sebab dekat Desaru langsung takde rasa macam mengandung. Selera besar gajah. Makanan sedap pulak tu. Blasah semua sekali. 

  • Mabuk mengandung kali ni tak sehebat mabuk mengandungkan Husna dulu. Alhamdulillah, cuma kadang-kadang ada jugak tersasar muntah bila lepas makan especially waktu pagi. Tapi yang wajibnya, bangun pagi mesti muntah angin/kosong. Maybe pagi-pagi perut kosong. Tu yang senang nak muntah. Allah tahu, aku nak uruskan Husna lagi, so mabuk kali ni tak teruk sangat sampai tak boleh bangun. Syukur. 


Lari dalam guni

Yang ni baru lepas naik banana boat


Saya rasa macam logik jugak ikut scan sebab masa 3 minggu delay period tapi masih tiada janin dalm rahim. Mungkin ovalution lambat. Ntahla, kite tgu jela next scan. 

Okay, dada..Saya sudah lapar daaa..~~

Friday, November 4, 2011

18 bulan



4 November 2011, Husna memasuki usia 18 bulan. Sempena Husna memasuki usia 18 bulan ni, nak update sikitla tentang perkembangan dia. Macam jarang jugak aku update pasal anak dara ni.


Another 6 months nak masuk usia 2 tahun. Jeng..jeng..jeng. 

Pic pagi tadi ni, bila ibu tengah sibuk-sibuk nak bersiap pegi kerja, dia capai cekak ibu n sarung dekat kepala dia. Lepas tu capai kamera sambil sebut "....nyum..nyum". Macamni lah anak dara I, kalau nampak kamera no 1. Memula masam je, lepas tu baru nak sengih n buat pose. 

Pandai sangat immitate apa je yang kita buat. Biasalah, budak-budak baya ni, memang otak macam sponge je. Semua benda nak ikut.

Pandai jugak dengar arahan. Dia tahu, bila ibu cakap sesuatu, dia tahu apa yang perlu dia buat. Contoh, kalau ibu ajak mandi. Jom mandi Husna, dia cepat-cepat berdiri suruh bukakkan baju, amik tuala yang bersangkut dekat penyidai then terus menghala ke arah tangga nak pegi bilik air. Sebelum tu suruh ibu balut dulu badan dia dengan tuala tu, macam ibu selalu buat. Hihi..

Lagi, kalau dah nak pegi kerja. Ibu ajak dia keluar. "Jom Husna, ibu dah lambat ni", cepat-cepat dia pegi amik kasut n pergi  ke arah pintu, masuk dalam carseat @ seat depan.  

Semua budak pun pandaikan ikut arahan. Theeheiiii...

Mengembah memang all time favourite dia lah. Pantang nampak rumah/ bilik kemas, mesti nak kembah. Punggah mainan, sampai ibu give up nak nangis tengok perangai dia yang kuat mengembah tu. Penat weh asik nak menyapu, mengemop, mengelap. Tapi nak buek camno, dah anak den memang gitu perangainya.

Nyampoh betul kalau dia buat perangai kekwat kedekut dia tu. Tengok jela kat Critterland aritu, nak konker sorang-sorang sume mainan. Anak oh anak, ibu tak ajar kamu jadi kedekut gitu tau. Menjerit pun satu. Nak apa-apa sume nak jerit. Adui, pening oh anak kamu kuat menjerit. Nak apa-apa mesti nak jerit.

Words:
Paling expert: "Nak t***k!!". Yang tu je. Yang lain semua sebut satu-satu. Panggil ibu tak pandai-pandai lagi. Bu pun xde. Panggil ayah pandai pulak. Jeles tau. Kadang-kadang tu je dengar dia panggil mama.

Nyum (senyum), cicak, tatak (katak/kakak), gajah, kasut, tutup, nak, mam(mamam), ish.. (fish). Ntahla, apa lagi word yang dia pandai sebut, malas pulak aku nak recall.

Aku rase perkembangan anak usia 15-18 bulan ni macam lebih kurang sama. Setiap anak ade kelebihan masing-masing. And the best thing, bila kita suruh peluk sayang, dia mesti buat secara adorable...Suka sangat that moment. :) Kita sebagai ibu, harus mendoakan anak setiap masa. InsyaAllah, doa yang kita titipkan setiap hari anak membentuk anak seperti apa yang kita inginkan.

Okehla. Selamat berhujung minggu semua dan Salam Aidiladha... Lakukan pengorbanan yang kita buat secara ikhlas. (Ingatan buat diri aku yang sentiasa khilaf ni..)

dada~~


Thursday, November 3, 2011

Ingat aku gila ke? HAHA

Aku nak cerita ni, cerita semalam. Saja nak share.

Kalau aku tengah drive, dalam kereta aku memang letakkan Husna dekat seat belakang. (read: duduk dalam carseat). Sebelum ni aku letak carseat tu kat sebelah aku la. Sebab aku letak belakang, sebab malas setiap kali Hubby datang, mesti nak transfer car seat tu pergi belakang. Lagi satu, kalau dia mengamuk tak mau duduk dalam car seat, dia mesti dapat capai tangan aku n kacau aku nak drive.  Kereta kancil kan, senang aje nak capai dengan tangan dia tu. Kalau dia dok belakang, dia tak bolehla nak capai aku.

So far, kalau dia duduk belakang dia sangat behave je. Diam je duduk sambil tengok-tengok luar, makan sorang-sorang layan perasaan semua. Aku selalu usha dia dari cermin yang ada kat belakang sunshade tu kan.. Kadang-kadang bahaya jugak aku dok usha-usha. Nak-nak kalau teralit dengan gelagat dia kat belakang tu.

Aku bukan nak cerita bahaya ke tak. Cuma semalam, aku berhenti dekat traffic light, sebelah Kancil aku, ada lori. Masa lori tu berhenti, keluar pulak lagi rancak, aku pun joget-joget nak suruh Husna joget jugak. Goyang-goyang kepala lah ape lah, tepuk tangan suma. Sambil tu aku usha dia kat cermin sunshade tu. Mula-mula aku tak pasan mamat yang dalam lori tu pun usha aku tengah joget-joget hiburkan anak. Last-last aku perasan mamat tu soh kawan dia pulak tengok aku berjoget bagai. Hahahaha... Maunya tak malu aku. Terus cover line, pandang belakang n usap pipi Husna sambil panggil nama dia

~~~~Husna~~~~

Mesti mamat dua orang tu ingat aku kemaruk sangat dengar lagu sampai nak joget beriya-iya. Hahaha...Selalu jugak orang pandang aku pelik bila tengokk aku macam cakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang, berjoget bagai siap tepuk-tepuk tangan lagi. Padahal aku tengah cakap/hiburkan anak kat belakang.

Eh, aku tengah cakap dengan anak aku lah....Ingat aku gila ke? HAHAHA...
Korang penah alami camni tak?

Tuesday, November 1, 2011

BOS & SOP Workshop: How Husna with her ayah...

BOS stand for Blue Ocean Strategy, SOP stand for Standard Operation Procedure.

Alhamdulillah, settle sudah bengkel yang wajib dihadiri minggu lepas. Sepanjang berbengkel, kami stay dekat Lotus Desaru Beach Resort. Sesiapa yang berniat nak menghabiskan waktu bercuti dekat Desaru, saya bagi 4 bintangla kot dekat Resort ni. Resort ni sesuai bawak family ramai-ramai sebab bilik dia adalah berkonsepkan apartment. Kami stay 6 orang, 1 apartment ade 3 bilik, ruang tamu pun luas. Untuk 2 dan 1 bilik pun ada. Cuma resortnya sangat luas. Nak pegi beach / swimming pool atau tempat makan kena naik buggy yang disediakan pihak resort. Nak mandi kat swimming pool pun, disyaratkan memakai bikini. Nyampas betul. Nak cuci mata sedapla kot sebab yang perempuan kena pakai swimming suit. Kat sini pun ada water park, sesuai nak bawak anak-anak  mandi kat situ. Disebabkan kami ni pergi berkursus tak bawak anak, maka, bila waktu senggang apa lagi, jangan lepaskan peluangla nak feel macam orang bujang. Hahaha. Seronok betul, tapi kalau ada anak lagi seronok rasanya. Dan yang syok lagi satu bila berbengkel kat resort ni adalah makan sedap dan free. Balik kursus aku nak 1.5kg. Huwaaaaaaaa.... memang kuat makan.

So far, Husna dengan ayah dia sangat okay kot. Sebab setiap kali call hubby, tak dengar Husna menangis ke apa, cuma adalah sekali tengah malam call hubby, dengar Husna menangis. Mesti dia mencari tu. Sedih pulak dengar dia menangis. Tapi terpaksalah cekalkan hati. Serius rindu gila teringatkan anak. Baru 3 hari tak jumpa. Kalau dulu pergi attend seminar kira-kira setahun yang lepas, aku angkut je dak sorang tu. Masa tu dia baru 5 bulan, kecik lagi. Tak sampai hati nak tinggalkan. Dahla nipple confusing punya baby. Lagilah haru kalau tinggal. Sekarang dia dah 17bulan, dah boleh terima botol susu, maka tak teragak-agak suruh ayah dia take over je jaga anak.

Yang paling syahdu adalah, masa aku naik bas nak balik Jb seorang diri, tengok Husna dari jauh. Dia rilex je tengok ibu dia naik bas tak bawak dia. Aku je yang beriya-iya sedih. Sedih sangat!!!! Sejak dari dalam kereta lagi aku dah rasa syahdu nak tinggalkan anak. I asked Hubby, "B, macamni ke perasaan B bila nak balik Klang?" Hubby jawap, "Ntahla, tak tau nak cakap macamana.". Aku diam, terus cium Husna banyak kali.


Aku snap dari dalam bas, masa ni air mata dah laju mengalir. Uncle driver bus yang pakai baju kuning tengah borak dengan hubby dan cuba nak amik Husna tapi dia tak mau.
Uncle tu sampai perasan aku dah nangis dalam bas, then cube comfort aku. hahaha.

"Jangan risau, nanti minggu depan boleh jumpa anak",

Lebih kurang macam tu la ayat dia nak pujuk aku. Sebab dah tak boleh sorok air mata ni dok keluar laju. Uncle tu siap suruh aku turun bawah soh jumpa Husna n hubby dulu sebab bas belum nak jalan. Tapi aku refuse takut aku lagi sedih, dan takut Husna nak ikut aku pulak. Sepanjang perjalanan, aku keep text hubby tanya Husna okay ke tak. Lega setiap kali hubby cakap Husna okay. Setiap kali dapat reply hubby, setiap kali tu air mata keluar secara berjemaah. Pelik betul rasa jadik mak ni. Malam tu pun rasa pelik sebab tidur sorang-sorang dan air mata keluar lagi T________________T


Sebelum balik, aku sempat jugak bagi surat layang ni buat hubby sebagai ingatan dia. Mana tau dia lupa. Aku tampal tepi akuarium sebelah katil dia. 

Dalam masa 3 hari aku berbengkel, terpaksala aku mengepam susu sebab takut bengkak. Sebenarnya dah hampir 3 bulan aku berhenti mengepam dekat ofis. Husna pun dah campur susu FM waktu siang. Malam still Bf lagi. Susu pun lately sangat merundum. Sepanjang 3 hari, dapatla 20 oz je. But its okay, saya cuma tak nak bengkak je. Nanti sakit. 

Tak sabar nak tunggu Ahad muncul. Tapi bila dah sampai rumah, pun masih sama, tak dapat jumpa Husna terus pun, sebab hubby naik bas dengan Husna pukul 5 petang. Sepanjang nak tunggu Husna sampai, aku rasa pelik duduk sorang-sorang. Rasa pelik jugak sebab boleh goyang kaki tengok Tv.  Rasa kosong. Sebab dah biasa ada anak. Nak dijadikan cerita, bas yang diorang nak naik rosak sebelum naik bas, delay sampai pukul 6.30 petang. Then rosak lagi dekat Tangkak. Dapat bas ganti, bas ganti pulak rosak dekat Simpang Renggam. OMG! Masa tu hanya Allah sajelah tau perasaan aku ni. Geram sangat-sangat. Tak tau nak marah kat siapa. I just pity to my daughter, and also hubby lah. But terpaksa pujuk hati, mungkin ada hikmah kenapa didatangkan dugaan macamni. Pukul 1.30 pagi baru sampai, sepatutnya 10.00 malam, aku dah boleh gomol Husna dan jumpa hubby. 

Saya tahu, Husna pasti tak selesa masa bas berhenti dan pasti dia menangis. But what to do, terpaksalah hadap. Bas sampai je, aku terus tunggu depan pintu dan dapatkan Husna yang memang nyenyak tidur tak sedar diri. Kesian tengok dia. Aku cium banyak kali. Hubby pulak terpaksa balik semula ke Klang sebab esoknya kerja, tak boleh cuti. The next bas sampai pukul 2 .30 pagi, tapi aku tak dapat nak tunggu lama dengan dia sebab dah pagi sangat. Semuanya terpaksa. Aku tinggalkan dia tunggu bas sorang. 

Bawak balik Husna n susukan dia. Ya Allah, aku dapat balik nikmat tu. Syukur tak jadi apa-apa yang lebih dasyat dari tu. Syukur jugak sebab dapat jumpa Husna semula. Kesian jugak dekat hubby sebab terpaksa buat macam tu.

Eh, aku bukan mintak simpati. Aku cume bercerita. Inilah pengorbanan dan kehidupan yang terpaksa kami tempuh. Yeah, pasti ada ganjaran atas semua ini. Mudah-mudahan InsyaAllah. 

Piccas sepanjang kat Desaru: (nak jugak tepek kan...)

In front of LDBR. Scenery cantik. SubhanAllah.

Conteng-conteng je tu.

@ beach. 
5 orang perempuan ni je yang beriya mandi manda. Yang lain rilex. 

Tak cukup tidur. Terpaksa dengar ceramah.

Sessi ceramah

Sessi free & easy.

IBD group. 

Makcik nak balik da....Yuhuuuuu...

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ