Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Monday, March 11, 2013

"Trust me, I'm A blogger...."

:P

Aim aku sekarang untuk blog adalah satu bulan satu entri. HAHA. Exaggerate sangat bunyinya. Alasan pun ia jugak. Meh tiup-tiup sikit sawang kat blog ni. Fuh! Fuh! (What a cliche~ Blergh HAHA :p) Okay, dah tiup kasi bersih, ambik penyapu pulak kasi habuk hilang ye tak? Okay, dah cukup-cukup!

Okay, terus pada topik ape aku nak tulis untuk bulan ni. Aku dah macam ketandusan idea sungguh nak mengarang kat blog ni. Banyak draft tapi kebanyakkan nya semua jadi pekasam sekerat jalan je aku tulis lepas tu aku malas nak sambung. Buzy la wei, awal-awal tahun ni biasalah, banyak sangat kerjanya. Aku pulak jenis nak tulis blog bukan boleh sekali harung nak tulis, mesti nak fikir, korek sana, korek sini. Last-last terbengkalai macam tu je.

Zaman dah berubah kot bukan macam dulu.

Semalam aku pakailah baju yang beli kat UB tu. "Trust me, I'm A blogger". Macam nak gelak sendiri pun ada bila mengenangkan blog yang makin terabai ni. Maka, dengan itu, harini aku kasik masa sikit itu mu wahai blog. Sian ko.

Skang nikan, rutin harian aku adalah hampir sama setiap hari. Meh nak cerita, pegi kerja as usual bangun pagi aku tak pernah nak awal. Paling tidak, pukul 6.15 am paling awal aku bangun. Pasal ape? Pasal ada budak kecik suka menyelit bawah ketiak ibu dia, kadang-kadang baring atas lengan ibu dia. Alahai, ibu dia pulak macam tak sampai hati nak alih kepala budak kecik tu. Tengah nyenyak tidur, kena alih, aku risau dia terjaga. Bila dah 6.30am jadi 6.45am, nak tak nak aku terpaksa bangun untuk solat Subuh dll. Hari-hari masuk kerja slide in lambat. Kalau awal aku siap pun, sekali lagi perasaan tak sampai hati menyelubung nak kacau anak tidur nak angkat masuk kereta seorang demi seorang. Kalau diorang sambung tidur, okaylah. Sian pulak kacau diorang nak tidur kan.

Pergi kerja. Bla Bla Blas......

Balik kerja kadang-kadang aku straight balik rumah, mandi dulu, kemas lebih kurang, baru amik diorang kat umah BS, kalau macam ni mmg lambat ah diorang balik, tapi yang best aku tak payah susah nak fikir bila nak mandi kemas-kemas rumah ke. So, attention kat diorang banyakla sikit. Tapi bila dah keluar dari opis lambat sebab dah datang pun lambatkan. (nak cukupkan 8jam bekerja tu kononnya), maka keluar je dari pagar UTM terus menerpa ke rumah BS amik anak-anak. Selalunya time-time macamni agak mencabarla kan. Nak mandi, nak solat. Kadang-kadang bila si kecik okay, si kakak tak okay, kadang-kadang vice versa. Sampai tahap jadi mak tarzan tak usah nak cakap. Aku rasa jiran aku pun dah kenal suara mak tarzan ni. Bukan aku saja-saja nak jadi mak tarzan okay. Ce duk umah ko sorang dengan 2 anak yang banyak ragam memang menduga jiwa raga, mental fizikal semua sekali. Yelah, anak aku dua. Belum tiga, empat dan lima dan enam.

Al kisah minggu lepas, sepanjang minggu boleh dikatakan satu hari Husna boleh menangis meragam sampai 10kali satu malam. Anak nangis, aku pun rasa nak menangis jugak. Amat-amat mendera mental aku tau tak. Kak Long Husna datang angin kuskus dia, dia suka meragam tak tentu pasal. Hal nak pakai seluar pun dia boleh buat onar guling-guling macam kena dera okay. Satu malam tetiba nak mandi (mungkin panas) dia boleh nak request nak mandi kolam kat luar rumah. Maghrib kot time tu. Bila tak bagi dia meragam macam kena dera sekali lagi.

Aku pun berfikir sejenak. Husna ni mungkin bosan duduk rumah takde aktiviti. Lagi pun aku kesian dia asik kena marah, kena aje dengan aku. Aku ni agaknya kurang sabar kot. Bukan kot, memang ye pun. Maka, Jumaat lepas aku pegila kedai buku, beli 2 buah coloring book, pensel kaler, crayon. Dia minat Mickey Mouse sekarang ni. Memang barang-barang yang ada MM jela aku beli. Then aku beli botol susu Mickey Mouse. Ye, niat aku memang nak kasi dia hepi. Konon-konon nak tebus baliklah sebab aku asik marah dia je. Aku ni kalau nak elak marah dia, aku suka kurungkan diri. Masuk dalam bilik gelap duduk diam-diam dalam tu. Tapi dia kat luar macam apela kan meroyan suruh bukak pintu. Theeehiii. Ate, dari Syaitonirajim hasut aku suruh pukul dia, baik aku kurungkan diri macam tu. Kang bila dia dah baik aku peluk-peluk la dia. Cakap-cakap slow talk suruh dia jadi budak baik kan. Yang pelik, bila dia dah okay , automatik okay tak payah pujuk bagai dia boleh nyanyi-nyanyi macam takde ape berlaku sebelum tu. Dan yang paling kelakar, dia kuis-kuis rambut, pipi aku konon-konon nak pujuk aku. Ceh., dari muka kelat boleh senyum ibu dia ni. So, end of story. And tak payah judgemental sangat aku ni ibu yang tak berhati perut, garang macam singa, takberperikemanusiaan n whatever ye.

Okay, sambung cerita balik pasal beli buku kaler tu. Sebelum balik aku niat. Husna mesti suka, mesti baik harini. Aku taknak dengar dia menangis atau meragam pun harini. So, what I expect memang aku dapat pun. Dia langsung tak meragam malam tu. happy dapat coloring book tu. Ya Allah, seronoknya hati ini. Cewah.

Betullah seperti firman Allah:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku".

Apa yang kita sangkakan, itulah yang kita dapat. Jomlah kita sangka yang baik-baik saja. Aku selalu test, kalau nak parking kereta. Jangan cakap susahnya nak dapat parking. Just say "InsyaAllah aku mesti dapat parking". Tengokla lepas tu, 2-2 parking ko tengok kosong. Ce try lepas ni.

Gegaran. Kamera Hp cap ayam.


Mari colour laju-laju. Duck warna biru. T__T

Khusyuk

Masih khusyuk.

Langsung tak meragam, fokus mewarna sampai abis satu buku.  

Bila adik dah tidur, ibu kena join mewarna sekali. Yang cantik-cantik tu ibu la yang warna.
Lepas tu dia pulak take over. 

Kesian, ibu baru nak ajar Husna mewarna. 
Malam tu aku terpaksa overtime sebab selagi tak habis buku tu diwarna selagi tu dia nak mewarna walaupun mata dah kuyu. Sampai ibu terpaksa acah-acah tutup tv dari jauh guna remote, then cakap tv dah tidur. hahaha. So, dia kalau tv dah switch off, dia tau dia dah kena tidur, terus tutup buku dan masuk tidur. Lena sampai pagi. 

Pagi esoknya perkara pertama dia cari buku dan crayon.

Sekian tamat.

ps: Motip entri ini aku pun tak tau. Ambik mana yang baikla ye. Peace.

Thursday, January 19, 2012

#Walk Around the Block



Video Barney-Walk Around the Block yang dah merasuk diri anak aku sejak 3-4 hari ni.  Aku pun pelik, sebelum ni bila pasang video ni dia sangat tak ambil kisah langsung nak tengok dengan bersungguh-sungguh sehinggalah suatu hari Sabtu yang boring indah. Eceh!. Aku cuba pasang wiken lepas masa tengah baring-baring depan tv sebab bosan tak tau nak buat apa. Tengok anak pun bosan, aku pun pasangla video Barney ni. Nak tau ape jadik? Dari pagi bawak ke malam DVD player aku berkerja keras memainkan Cd Barney tu. 40x pasang pun takpe, dia tak bosan langsung! Sampai aku pun naik hafal semua lagu dalam video tu.

Satu pagi @ 2 am, tiba-tiba dia bangun dari tidur, tak nangis macam selalu, terus bangun dari tilam dan ajak aku pegi hall depan rumah. Aku pun pelik jugak, apa dia nak kat depan tu. Sekarang ni, apa-apa dia nak dia ajak aku sekali pegi dapatkan barang yang dia nak. Kalau nak susu/ air masak, dia ajak pegi dapur. Senang keje aku, tau apa dia nak. Sebab tak reti nak cakap lagi sangatkan.

Pegi depan tv, dia tekan-tekan tv. Aku tau dah ape dia nak tu, mesti nak tengok Barney. Aku pun pasangla... sambil tidur depan tv. Dia tak kesah pun aku tidur. Dia tengok je Barney sambil joget-joget bila Barney n friends nyanyi. Dah abes Cd, dia kejutkan aku bagitau 'da abesh...da abesh'. Dah abes, aku ajakla dia masuk tidur balik, bagi susu terus lena tak sedar sampai pagi. Pelik betul aku. Tak penah-penah dia buat perangai macamtu. Haha... Kartun-kartun kat tv sume dia tak amik kisah pun sebelum ni. Nampaknya kali ni Barney berjaya pikat hati dia nih. Heh!

Macam malam semalam pun sama jugakla dia buat perangai pelik dia tu. Tak pernah-pernah tidur lambat. Pukul 10 lebih tu dah kira lambatla tu. 4 kali Cd diulang tanpa jemu. Aku biasalah mata dah setting pukul 8 lebih dah ngantuk, tidur la dulu sambil dia layan Cd. Ajak tidur pun tak mau. Text hubby bagitau Husna taknak tidur sebab Barney. Round ke4 dah abes, dia pun dah gosok mata (agaknya dah ngantuk tahap maksimum takleh tahan dah tu) sebab dalam pukul 8 tu sebenarnya Husna dah ngantuk da tapi tahan--tahan demi Barney kesayangan tuh.

  
Ni malam tadi, sambil tgk sambil baring.
Pic gelap sikitla kan, dah malam lampu dah malap.Huhu.

Aku rasa malam ni pun aku takde can jugak kot nak tengok cerita lain kat tv. Nasib baik jugak housemate aku sume jenis tak melepak depan tv bila malam-malam. Sorang dah ade tv dalam bilik, sorang duduk bilik bace jurnal (student PhD kan-kena study smart sikit), Sorang lagi, asal matahari terbenam je, dia tak duduk rumah, bila dah pagi sikit baru dia balik. Gitu le gamaknya kami nih.

"Anney...Anney" kata Husna.

Ni pun tengah giat download cerita Barney dekat Youtube, tambah koleksi cerita. Bosan jugak asik tengok Cd yang sama je. Kadang-kadang aku pun naik ralit tgk Barney ni. He always positve n lovely too. :)


p/s: Bila aku tengok maskot Barney, Bj n Baby Bob ni ada orang ke kat dalam tu? Tengok maskot dia macam tak kaku, tak kekok n macam perfect specially kalau dia melompat, berlari n menari, tak macam maskot-maskot kartun kat Malaysia ni. Mata 3B ni nampak ke? Just wonderla kan.


Monday, October 10, 2011

Kenapa Husna kurus ye?

Ada benda yang bersarang dalam fikiran aku sekarang. Macamana nak start cerita ni eh. Hmmm...

Okay macam ni lah. Husna kan kurus, berat badan dia dah mencecah line kuning dalam buku kesihatan kanak-kanak. Bukan tak nak makan terus, makan. Husna ni jenis yang suka makan receh-receh. Tak suka makan nasi, tapi suka makan mee, spagetti, bihun, senang cerita bukan nasi. Saya tak berapa kesah sangat dia tak suka makan nasi, sebab apa yang dia suka tu pun ada sumber karbohidrat. Kentang, telur pun dia suka sangat. Sayur, ulam, buah-buah Alhamdulillah, dia senang nak telan. Quaker oat? Lagi dia suka, makan kering-kering macam tu je.

Persoalannya sekarang.....Menurut cakap-cakap orang, Kenapa Husna kurus ye?
Penat oh, dengar orang asik komplen anak kurus. Sebenarnya tak amik kisah sangat pun tapi bila dah terlalu kerap jadik sesak nafas ni. Dan ayat klise yang selalu saya dok ingat untuk sedapkan hati. Biarlah anak kurus, janji sihat walafiat. Kan..kan...

Satu, mungkin jugak metabolisma dia sangat tinggi. Asal ade makanan yang masuk dalam perut mesti nak membuang. Kadang-kadang sehari dia boleh membuang sampai 3-4 kali. Aku tak pandang benda ni sesuatu yang merisaukan sebab eloklah dia membuang bahan toksik dalam badan dia daripada dia mengalami sembelit atau sakit perut. Cuma diapers tu sehari banyak la pakai. Najis dia pun takdela keras atau cair. Nice-nice je.(Okeh! Jadik mak-mak memang sangat pelik sebab najis anak pun nak tulis dalam blog.) Hihi. Sori ye geng. :p Tapi saya notis dia kerap kembung perut.

Dua, mungkin dia saja-saja nak kuruskan badan supaya senang mak dia nak dukung, nak jaga dia sorang-sorang, nak landing atas badan ibu dia kalau tengah tidur supaya mak dia tak sengsara sangat menampung berat badan dia. Haha... Dan yang paling haru, bila singki rumah dah boleh goyang-goyang sebab Husna selalu mandi dalam singki. Dah tak sesuai agaknya mandi dalam sinki. Sinki pun bukan jenis yang canggih-canggih macam ni


Macam ni je pun

kredit to gadiscomey

Dan yang ketiga, ke sebab Ibu masak tak sedap Husna! Waaaaaaaa, sedihla macam ni... T__T. Emm, tak mungkin! Tak mungkin!

Disebabkan agak khuatir dengan keadaan badan dia yang mengeding aje tu. Mak mula la risau tak tentu arah nak cari jalan penyelesaian, macam-macam dah ibu ni dok beli supplement dia tu. Scott emulsion dia reject,  multivitamin appeton with Lysine dia reject jugak. Karihome milk goat tu pun dia dah pandai reject sebab bagi dia appeton tu masam, so sekarang ni bagi karihome tu pun dia dah reject jugak sebab dia ingat ibu bagi appeton masam tu. Padahal sebelum ni, itulah yang paling dia suka sampai kene sorok botol. 

Dapat jugak petua dari orang-orang tua, kalau kita hilang selera makan, makanlah Lempoyang. Sapa tak tau lempoyang, ni ha rupa lempoyang. Adik beradik halia, temulawak jugak ni.


Cara dia, parut lempoyang, amik air dia dan disuap pada anak secara paksa rela. 
Dengan izin Allah, selera makan akan menjadi membuak-buak. i tell u.

Bagi petua macam dah buat je kan. Belum lagi ah. lempoyang dah ade, tapi tak bagi lagi dekat Husna.

Sebenarnya ade part yang paling penting saya nak share kat sini sebenarnya. Mukadimmah punya lah panjang. Harap adelah yang setia membaca eh.

Alkisahnya, dari kes saya mintak lempoyang ni dari sorang ofismate. Dan another ofismte telah bercerita, kenapa anak ko kurus Fashya? Dia pun bercerita lah...Ada sorang makhluk Allah ni, dia ada anak yang super comel! Sampai orang nampak dia komfem orang akan cakap comelnya....comelnya.... Kiutnya....... Hinggalah, anak dia dijangkiti satu  penyakit di mana air tak berhenti keluar dari telinga. (Saya tak berapa pasti telinga atau hidung, air tu pun air apa)  Maka, parent pada anak yang comel tu pun telah minta nasihat pada seorang ustaz. Maka ustaz pun memberi buah fikirannya. Mungkin anak ini dijangkiti penyakit tu sebab orang terlalu banyak memberi pujian pada anak dia sebab comel sangat, walhal puji-pujian tu hanya untuk Allah swt. Sampai ke satu tahap, parent tu terpaksa menyorokkan anak dia dari orang. Sebab kalau orang nampak anak dia mesti orang akan puji cantik, comel semua. 

Sebenarnya, kalau kita nak puji sesuatu, kita kena mulakan dengan kalimah Allah, contohnya: SubhanaAllah, comelnya anak kau ni. Ya Allah, mancungnya hidung anak dia ni. Sebab yang layak untuk mendapat pujian hanyalah kepada Allah, Allah menciptakan makhluk itu sesempurna ciptaanNya. Dan  kita, kalau mendapat pujian, cepat-cepatla, bersyukur pada Allah. Contoh: Alhamdulillah sebab Allah jadikkan aku macam ni. Syukur. 

Ini semua dapat mengelakkan kita dari sifat takbur dan riak. 

Dan nak dikaitkan dengan cerita Husna kurus ni, my ofismate yang bercerita tu cakap Fashya kan suka upload gambar Husna dalam Fb, mane-mane orang yang puji Husna tu mungkin jadikan dia kurus. ??????

Owh, saya menerima ini sebagai suatu ingatan, dan berfikir positif jelah. Terima kasih kerana mengingatkan daku yang khilaf ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Auntie-auntie, nanti nak puji saya comel , cakap macamni eh. SubhaAllah, comelnya Husna ni"





P/s: Permata hati saya ni taklah comel mane, tapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan anak yang cukup sifat, sihat, penyejuk mata/hati ibu, racun dan penawar ibu ayah walaupun tak gemuk. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur ku kepadamu.



Any comment guys?





Tuesday, October 4, 2011

LifeLong Journey

Hi semua.
Assalamualaikum. Macam jarang jugak saya bagi salam kan kat setiap entri sebelum ni. Not good, not good. Mendoakan salam sejahtera pada orang lain adalah sunat kan? Korang pulak kena lah jawap sebab tak jawap dosa. Wajib tu jawap salam orang kan. Hurm... Arini sebenarnya saya tak berapa nak sihat sangat. Selsema dan sakit tekak. Time nilah nak mintak jasa korang mendoakan selamat sejahtera kan. Hihi.. Husna pun tak sihat sejak 2 hari lepas. Kesian betul tengok anak tak lena tidur semalam sebab tak selesa nak tidur akibat selsema/demam.

Balik dari rumah pengasuh semalam, dia mula melepak je. Masuk tidur pukul 6.30 petang, awal sangat dari biasa. Tapi disebabkan tak selesa,bangun jugakla meragam. Pukul 2-3 pagi baru dapat tidur lena. Ya Allah, sangat mencabar okay. Disebabkan aku taknak dikategorikan dikalangan 1.5 juta rakyat Malaysia yang sakit mental sebab stress tak dapat tidur dan kebuluran yang amat. Ingat Allah cepat-cepat bila rase macam dah hilang sabar tu. Kesian kat anak oi! Dia sakit tu. Sambil duduk, sambil peluk, sambil lumur air asam jawa atas kepala, sambil berzikir, sambil berdoa, tidur jugak akhirnya. Brapa banyak sambil dah kan? Tapi sepanjang-panjang malam dia tidur melintang atas badan saya ni ha. Sakit pinggang tak usah cakaplah. Sakit sangat-sangat tampung berat badan Husna yang kurus tu. Okay, kat sini saya nampak hikmahnya kenapa berat Husna 8++kg je. Kalau lebih dari tu, aku rasa terus cramp pinggang takleh bangun pagi tadi.

Plan pagi tadi memang nak MC jugaklah, dahla bangun lambat n buat subuh gajah pulak! Tapi Allah izinkan saya masuk ofis harini. Syukur. Ingatkan bangun pagi tadi Husna terus melepak akibat kurang tidur tapi sangkaan saya meleset-leset terus bila nampak dia bangun happy-happy dan main-main. terusla bawak dia mandi dan bersiap ke ofis walaupun lambat masuk setengah jam. Hujan kan pagi tadi. Alasan masuk lambatla tu......

Parenting is life long journey. Selagi hidup, selagi tu kite belajar. Dulu, masa saya anak dara, bila tengok mak sedara, pak sedara, ayah ibu didik anak masing-masing, Saya tapis satu-satu apa yang diorang buat kat anak. Dalam hati, nanti anak aku taknaklah buat camni, taknak la buat camtu. Nanti nak buat camni lah, nak ikut diorang buat camtu. Macam senang bukan? Bukan semudah dengan mulut nak buat itu ini. Selagi takde anak, selagi tu kita tak tau nak handle. Sekarang bila dah ade anak kenapa tak ikut apa yang dirancang masa anak dara dulu. Bukan mudah kan?

Anak yang gembira, mempunyai minda yang cerdas

Saya admit, saya garang kot dengan anak. Garang time dia buat onar dan garang time dah hilang sabar. Time lain saya tidak garang. Eh, garang ke tegas eh. Hihi. Suami? Erm, dia lebih cool dari saya. Tak pernah lagi dengar dia marah Husna. Mungkin dia jarang dengan Husna, that why dia tak naik angin bila Husna buat onar. Tapi tak tahu lah, kalau dia memang betul-betul cool. Sebab kami tak pernah hidup sebumbung dan dia langsung tak pernah menjaga Husna secara sepenuhnya. Sejak Husna baby lagi, ntah brapa puluh kali dia nyatakan hasrat nak jaga Husna pulak. Tapi mati-mati saya tak bagi. Sejak Husna dilahirkan, sejak saya bergelar ibu tak pernah 1 malam pun dia tiada disisi saya. Dahla mencari malam-malam, mencari ape? Mencari nan satu tu lah. Buah hati dia. Hahaha. Sekarang dah pandai, lepas dah siap breastfeed, dia cakap, 'dah-dah' sambil tutup buah hati dia dengan baju. Okay, tak payah cerita yang ini.

Ibu saya cool okay :p

Suami pun asik la dok tegur jangan garang sangat dengan anak.Yelah, yelah, bukan garang, tapi mengajar. Hihi... Tapi kadang-kadang tu terlepas jugak. Bukan nak marah sangat pun, sapa tak sayang anak. Haiwan pun sayang anak *ayat klise*.

Kalau anak buat macamni nak marah ke tak?
Okay, time ni memang saya tak marah. 
Biarkan dia dengan aktiviti membedak handbag ibu.

Doakan anak setiap hari. Ibu hari-hari doakan anak. Doakan yang baik-baik belaka. Terima kasih pada Yana, yang tak jemu-jemu bagi link hal keibubapaan untuk dikongsi bersama. Banyak benda yang kita kene belajar sebenarnya.  Meh nak quote sikit ayat dari entri tu, maybe geng UB dah bace kan artikel ni.

  • Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.

Kalau kita seboleh-bolehnya nak siapkan kerja rumah kan, lepas dah siap semua baru best nak beri perhatian sepenuh pada anak. Kalau tak siap, tak tenteram rase tengok dapur, rumah, bilik bersepah. Maybe lepas ni kene ubah sikit persepsi yang ini. Anak lebih utama dari segala kerja. Lagipun tinggalkan sebentar saja, pujuk kejap, bila dia dah okay, teruskan kerja tu. :) Mudah-mudahan.


  • Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak anda dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.


Yang ini memang saya buat, untung jugak kot tak payah nak tergesa-gesa masak sebab saya tak perlu nak masak untuk sorang. Beli saje mudah. Kalau tak, tak payah makan terus, lepas tu tengah-tengah malam merana kebuluran. Lepas amik Husna dari pengasuh, memang saya akan spend time dengan dia sampai dia tidur. Nak mandi pun saya angkut sekali masuk bilik air. Dalam bilik air, kita sambung main air pulak.


  • Ajarkan anak dengan perkataan ‘tunggu sebentar boleh’ sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.

Yang ini depend pada mood Husna, kalau dia boleh tunggu sebentar, dia akan stay saja, tak pun dia membontot tanpa keluarkan sebarang suara. Tapi kalau tak boleh tunggu sebentar, gerak sikit, melalaklah dia. Selalu jugak buat cara nak terbang ke dapur, tak pun buat lompat-lompat katak, supaya nampak dia terhibur sikitla kot dengan gelagat kita. Supaya dia ingat kita nak main dengan dia, bukan nak tinggalkan dia. Pandai je aku ajar orang. Ceh!



  • Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.

Point ini, saya menyesal bila baca sebab kadang tangan laju nak cubit, jentik manja-manja.  T_T
Taknak lah buat anak hati keras. T___________T. Nyesal. Nyesal.


The rest boleh bace dekat link atas tu ye ibu-ibu. Banyak jugak artikel berguna yang dikongsi oleh Ida Kamilia buat panduan kita semua.




I wish I can be her good friend.



ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ