Wednesday, December 30, 2009

setahun sudah

Bismillahirahmanirahim...

Sedar tak sedar dah setahun saya dalam dunia blog ni, macam mane ek mula-mula libatkan diri dalam penulisan blog ni, rasenya mula-mula menulis ni dalam blog kat friendster, tp ala-ala saje, tak sekerap lepas ade blogspot ni, lepas tu, mula sign up blogspot masa sibuk-sibuk carik hal-hal perkahwinan dulu kot...google-google hal-hal perkahwinan, masuk blog org, bace-bace, rase macam best ada blog sndri. Konon-konon macam diari, tp istilah diari tu macam privacy, org lain dilarang membaca, kalau bace dah dikira berdosa lah kan. Tp blog ni, sume org boleh bace, seronok sebenarnya ada blog ni, setiap idea, setiap pendapat, setiap pengalaman, setiap persoalan kita dapat kongsi sama-sama dengan readers lain.

Bermula dari cerita-cerita anak dara, lepas tu cerita-cerita hal pertunangan/perkahwinan, dah kawen, pregnant pulak dan tak lama lagi nak jadik ibu. Macam-macam dah saya lalui, semua tulis dalam blog, bila diimbas-imbas balik, seronok pulak baca. tp kadang-kadang macam kelakar pun ada.

Mula-mula tulis blog macam syok sendiri, takde networking, tulis sendri, bace sendri, agak-agak yang tersesat dalam blog saya ni, dah kira oklah kan...HIHI....lepas tu, mula bina networking dengan bride-to-be...dari situ mulalah bercambah sikit demi sikit networking saya. Berkenalan dengan blogger-blogger, boleh jadik kawan-kawan dah....skang ni ramai dah bride to be yang saya kenal dulu dah memegang status PUAN like me....dan yang cepat rezekinya tu, bakal menimang cahayamata like me jugak.

Lepas tu jumpe pulak blog kawan-kawan lama, dapat jugak saya update cerita diorg sume..Best sebenarnya ada blog ni, dah baru-baru ni pulak, saya dapat trace, sedara-mara, kawan-kawan opis dah tau kewujudan blog ni..HAHAHA, kadang-kadang rasa malu pulak dengan diorg. Tp xpelah, blog saya ni sekadar hiburan sahaja. Takde membincangkan hal-hal dan isu-isu yang berat-berat dan saya tak berminat pun.

InsyaAllah, selagi mempunyai masa, kudrat, kekuatan, memori, saya akan terus menulis blog ni...

1 comment:

  1. mmg bez pun ader blog..mcm2 blh buat, mcm2 contest blh join..mcm2 ilmu blh dapat..pendek kata mmg bes la

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ