Tuesday, December 22, 2009

Aku rase tak tahan, blog lah tempat aku mengadu

ARGGHHH!!!!

Rase down sangat harini....(tak baik untuk kesihatan).
Rasa sudah bosan dengan jarak jauh. bila agaknya kami nak tinggal bersama.


Jumpa seminggu sekali, bila nak balik, masing-masing kene ikut haluan sendri. seorg ke utara sorang ke selatan. ERM....


Kadang-kadang dah rasa sangat-sangat give up, sangat-sangat bosan dgn kehidupan sehari-harian, tp tak bolehlah macam ni, nak tak nak aku kene kuatkan semangat dan sekarang aku cube untuk mengagahkan semangat ni. Tambah-tambah lagi dengan keadaan perut yang makin lama makin membesar ni, aku kene tabah demi anak ini. Semoga dia pun akan menjadik seorg yang tabah juga bila dah besar, dan akan melalui kehidupan dia kelak.


Seriusly, i need sumbody rite now, agak-agak kalau tak kuat iman, tak kuat semangat, aku dah menangis saat ni. Yup, saya rasa sangat-sangat down. Hubby, saya ada hantar mesej bgtau saya sangat down hari ni, tp agaknya dia sibuk....mesej tu dia balas 2-3 kerat aje. then dibiarkan....its ok, saya cuba memahami, mmg time ofis hour ni dia bz lah kan, just think positive, tak boleh dilayankan sangat perasaan ni.


Kadang-kadang terfikir, aku ni anak yang baik ke? isteri yang solehah ke? bakal ibu yang penyayang ke? Jawapan untuk semua persoalan diatas aku rasakan TIDAK. Aku macam tak boleh nak jadik sebagus seperti yang diharapkan walaupon aku dah cuba.


Bila difikir-fikirkan balik, apa yang dah aku lalui sekarang, betul ke aku bersedia untuk pikul semua tanggungjawab tu semua. Sebagai isteri, ape yang aku dah aku buat untuk suami? Aku rasa apa yang si dia harapkan, tak ada pada aku. Aku tak tau nak buat macammana dan aku rasa aku macam tak berusaha pon nak lakukan apa yang diharapkan oleh si dia. But i'll try my best. Kadang-kadang bila kami berselisih faham sedikit (biasalah suami isteri), dia yang akan redakan keadaan, n dia minta maaf sebab pening memikirkan penyelesaian untuk kami tinggal bersama. Dia mencuba....Aku??? teruk nya aku...

Anak yang dikandungkan ni, dah 2-3 hari aku tak rase dia bergerak-gerak aktif. Knapa agaknya, sentiasa ada perasaan ingin tahu keadaan anak dalam rahim aku ni. Aku akui aku mmg jarang bercakap, bercerita, berbual dengan anak ni, seakan janggal. Cakap sorang-sorang, dulu macam excited nak dapat anak. Tapi bila memikirkan persoalan-persoalan yang masih belum terjawap, aku seakan malas nak fikir. Aku biarkan.............Vitamin-vitamin pun dah 2-3 hari aku skip, lupa. Badan-badan sekarang diserang gatal-gatal, habis merah-merah kaki tangan aku dibuatnya. Mungkin pembawakan. Tak ada aktiviti yang menarik ingin aku lakukan buat masa sekarang, nak pegi scan baby pun, tak nak, keseronokan melihat baby yang bergerak-gerak dalam perut ni tak dapat aku kongsikan dengan sesiapa. Even hubby. Cuma kadang-kadang bila jumpa seminggu sekali, aku bagi dia rasa baby gerak dengan meletakkan tangan dia kat perut aku. Jarang dia dapat rasa, sebab time hubby letak tangan baby tak nak gerak.

Bila org-org bertanya;

"Nak bersalin kat mane?"
"Nti nak berpantang kat mane?"
"Nti sape jaga masa dalam pantang?"
"Dah ada baby nti cemane duduk jauh-jauh dengan suami?"

Please la stop asking that question sebab aku tak tahu nak jawap ape. Setiap kali org bertanya, setiap kali tulah fikiran aku bercelaru, kalau ikutkan hati nak menangis aje depan org yang bertanya tu. Sumtimes nak bawak diri carik ketenangan, tapi tak tau nak pegi mana, tak tau nak mengadu kat siapa. Nasib baik ada blog.


Kadang-kadang terasa bosan dengan kehidupan aku ni, tapi tak baikkan macam tu, sepatutnya aku kena sentiasa bersyukur. Apapun, aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Ada ramai lagi hamba Allah yang banyak diuji oleh Allah.


Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini, sihatkan dan sempurnakanlah anak yang berada dalam kandungan ini. Kau sejahterakanlah suamiku, Mohd Mokhtar bin Kassim. Rukunkanlah rumahtangga kami.Amin......

6 comments:

  1. saba fashya...sume yg terjadi pasti ada hikmah...sy pn baru je dpt dok skali dgn hubby setelah selama ni berjauhan juge...tp pas dpt dok sama, laen pulak ujian mendatang...n menambahkan lg tekanan...pendek kata ujian ni xpnh nk abes...pas satu, satu ujian...mcm2 bentuk n keadaan... ingat pas dpt stay skali, bleh hepi2 tp skali menda laen lak dtg menguji yg nyatanya lebih menguji keimanan...sabar ye fashya...ingat bebi dlm kandungan...nti attitude dia mewariskan attitude kita masa pregnant...sy nasihatkan diri sndiri jugak sbb sy suka sgt emo n nanges time pregnant...huhuhuhuh...

    ReplyDelete
  2. Sya,semua itu dugaan.Sya perlu tabahkan hati dalam mengharungi kehidupan seharian.Setiap dugaan itu ada kenikmatannya.Bila kenikmatannya,Kita tidak tahu.Yang pastinya sentiasa berdoa dan mengingatiNya.Setiap kali ada masalah,tempatNya kita mengadu.Orang bercakap memang mudah tapi bagi kita yang menanggungnya hanya Allah sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  3. sabar eh...jiha pon selalu rasa camtu...huhu

    byk kan bersabar je la..and senyum2 slalu

    ReplyDelete
  4. berat mata memandang berat lg yg pikulnya...sian fasha..kuatkan semangat ek, banyk2kan berdoa dipermudah segala urusan..Allah Maha Mendengar

    ReplyDelete
  5. hi fashya...tenang'n fikiran ye..jgn byk pk sgt. nnt fashya stress cian lak kat baby. biasala hidup berumah tangga ni. ada je dugaan. Allah nak uji sejauh mana keimanan & kesabaran kita. Allah juga takkan trnkan ujian sebegini jika Dia xserta'n kekuatan buat kita. lagi, setiap org ada bahagian die masing2. mungkin fashya diduga sebegini, sy juga diduga. tp dugaan yg lain pulak. sabarla syg. byk2 berdoa & jgn berhenti mencari ikhtiar yg terbaik utk sekeluarga. wink!

    ReplyDelete
  6. faizah: ye faizah, setiap org ade dugaan masing2, cume kene pandai macamana nak handlekan...

    kak wati: thanks kak wati atas nasihat tu. InsyaAllah, akan dikuatkan semangat ni

    jiha: kita serupaaaaaaa

    kak yana: erm...tgh bersabarllah ni

    fana:terima kasih fana, take care of urself n baby k...bestnye dah xlama lagi nak ada bby..:)

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ