Friday, December 17, 2010

Saya nak bercerita...

Yo, it's me! Husna.
Hai Auntie-auntie sume.

Ini ibu saya, Fashya.

Nak tau tak ape ibu saya masak untuk saya harini? Jom kite tengok ....

Bubur carrot, brokoli, sawi, cerry tomato n ikan bilis.
I LOOOOve it.

Look at shinning-shinning carrot n tomato, green-green brokoli.
Great rite?

Sebenarnya saya nak cerita pasal kebaikan makan sayur ni.. Its good for ur health tau. Saya suka betul kalau ibu buatkan bubur yang ade banyak sayur dalam tu. Saya boleh makan sampai 3-4 sudu besar. Saya ni kuat makan tau. Ibu saya suke betul bila suapkan saya makan. Jom tengok ape kebaikan sayur-sayur yang saya makan hari ni:


TOMATO

Tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.[more info]


BROKOLI

Saya suke sangat brokoli ni, sebab rasa dia manis-manis. :)

Brokoli bermanfaat untuk mengatasi sembelit. Dari masalah yang paling ringan. Brokoli mengandung nutrisi, fivonoid, dan serat. Seperti kita tahu bahwa serat dibutuhkan oleh tubuh untuk memperlancar proses pencernaan. Dan serat pada brokoli dapat mencegah timbulnya konstipasi atau yang lebih dikenal dengan sebutan sembelit.

brokoli kaya akan provitamin A atau karotenoid, vitamin E, asam folat dan vitamin C. Menurut beberapa pakar kecantikan, vitamin A pada brokoli mengandung antioksidan yang lebih baik dibandingkan antioksidan yang dimiliki oleh vitamin C.[more info]


CARROT

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan . [more info]

IKAN BILIS

Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.[more info]
SAWI

Sawi Hijau diketahui banyak mengandung serat, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, kalium, fosfor, tembaga, magnesium, zat besi, dan protein. Dengan kandungannya tersebut, Sawi Hijau berkhasiat untuk mencegah kanker, hipertensi, dan penyakit jantung; membantu kesehatan sistem pencernaan; mencegah dan mengobati penyakit pelagra; serta menghindarkan ibu hamil dari anemia.[more info]

Mesti boringkan entri ni sebab banyak sangat fakta-fakta. Tapi bagus juga kalau kite tau ape yang terkandung dalam sayur-sayur yang kita ambil. Tapi rasanya sume sayur bagus. So, sapa-sapa yang tak suka makan sayur, jomla makan sayur. Best!


Look at me, makan pegaga..HAHAHA.
Pahit tapi sodap!

Thursday, December 16, 2010

Wajah baru

Alhamdulillah....process renovation blog ni dah hampir lulus. 90%.. Lagi 10% tinggal post tu je yang berdouble-double.. Saya tak reti nak korek-korek coding kat html tu. Apsal ntah jadik camtu.. Saya pun tak paham. Thanks pada Miera, Wiwit n Fasya yang tolong bagi advice cemane nak betulkan blog ni..Hihi...


So far,saya puas hati dengan layout sekarang yang nampak macam ade identiti sikit. Yang penting header tu I like..like..like very much! Jeles dengan kecantikan header Cik Puan Miera(CPM) kite tu, lantas saya terus menempah satu header yang ade muka sendiri...huhu. To guys yang nak ade header camni, sila lah berhubung dengan adik Myravea yang baik hati lagi comel yang buatkan header saya yang buta photoshop ni..Hihi.. Macam CPM ckp, Myra sabar melayan customer-customer dia ye. Saya tak banyak songeh, Myra tunjuk je header tu terus saya jatuh chenta. Suka sangat!! Cepat-cepat, sila tempah ya.


Pada sape-sape yang tanya knape saya private kan blog bukan sebab sombong tau @ tak mau bagi org lain bace dah. Cume saya serabut tgk blog yang tgh renovate ni, senget bengetla, bercampur adukla..Huh!Serabut sangat, sebab tula saya private kan kejap. Jangan kecik ati yep...Huhu. En hubby pun mintak password nak bace blog saya.Hihi..

Harap-harap lepas ni rajinla daku update blog ye...janji ni janji. Pastu earning nuffnang silalah naik ye. Hehehe...

Okay........daaaaa

Merapu

2.20am, saya baru saja tersedar dari tidur lepas tidurkan Husna. Sedang menikmati milo oat panas cicah biskut Hup Seng. (makanan dlm pantang ni, saya terbawak-bawak sampai sekarang. Hehe)

Lepas usai solat isyak, saya sedar saya belum makan apa-apa lagi untuk dinner. Patutla perut rasa lapar semacam je nih, pergi dapur angkat penutup rice cooker tgk nasi da yilek, lauk pun tinggal sipi-sipi jep. Erm, my adiks tak tinggalkan lauk untuk akak dia ni ha.... Xpelah, pagi-pagi buta ni mcm tak sesuaila pulak nak makan nasi, jom bancuh milo panazzzz cicah beskot kering. Sodap jugak. Makan-makan sambil update blog.


Anak daraku tengah tido, dah nyenyak da kot, dari pukul 9 saya tidurkan dia, asik resah tak tentu pasal, pusing-pusing aje keje nya. Kali ni saya berhati-hati sket. Kang tak pasal-pasal jatuh katil lagi. Naya je! Arini die lambat sket tidur dari biasa. Pelik anak dara i tu, kepala berpeluh-peluh, tapi kaki tangan punye la sejuk. Anak-anak korang macam tu ke eh? Serba salah dibuatnya nak bukak kipas kuat ke slow. Die sejuk ke panas sebenarnye? Huhu....


Alahai saya tgk blog ni, still tak berkemas, bersepah-sepah je. Pening ah kepala tgk. Xpa..xpa, buat slow-slow na. So u guys jangan pening plak tgk blog camnih. Gatai gelenya g tukar layout siang tadi tapi tak nyempat-nyempat nak ubahsuai. Plak tu saya dah macam tak reti nak alih-alih nak susun-susun gune templete ni? Bile pegi kat home, mane ntah pegi 'dashboard, signout' yang slalu ade kat tmpt paling atas blog tu. sapa pakar sila jawap eh. Hehe.. saya budak baru belajar. Tak reti nak godek lebih-lebih.


Niat hati nak buat layout yang very the simple n sedap mata memandang. Ku tgk blog hanis zalikha layout kosong je, tapi readers dia beribu riban. Hebat seh dio tuh. Gue takdela nak jadik cam dio, gue tak mampu deh nak jadik cam dia. Tak usah berangan yep. Update blog pun ikut suka hati je. Tak usah berangan.


------ade selingan jap tadi..yang atas ni saya tulis guna hp,pastu my adiks dah tutup laptop n now me time la pulak nak guna broadband nih. Memang kene conquer kaw-kaw la broadband ni oleh my adiks. Takde can langsung kakak die ni nak guna. Takpe, bagi cannnnnnnnn...

Apalagi yang saya nak merapu pagi-pagi ni yo? Milo dgn biskut dah abes... Sambung tido jela. Ok, jom sambung tido....Sian anak ibu tido sorang-sorang.



Wednesday, December 15, 2010

private jap

Tengah gedik ni nak renovate blog...
hai serabut aku tengok blog ni kejap...japla...nak private jap eh...
tumpang lalu.....Gatai aku ni!!

My bad (^^')

Husna jatuh katil! Sedihnye... :(
Bibir die bengkak sikit. Siannye anak ibu.

Anak daraku yang sorang kalau nak tido puasla die pusing-pusing badan dia nak cari posisi yang best kot. Ke kiri salah, ke kanan salah, pastu tak best telentang dia meniarap pulak, pusing kiri pusing kanan. Salah jugak, sampaila dia tertido sendiri. Puas jugak die cari posisi best nk tido.

Biasanya kalau dia tido saya tido skali, tapi harini dia tido awal pulak, sebelum pukul 8 masa tengah tengok tv, saya usap-usap kepala dia, dia tertido atas dada saya.

Lepas da siap semua, saya angkat dia masuk bilik n salinkan diapers. Masa nak salin diaper dia sedar n susah pulak nak tido balik. Saya yang mengantuk sangat da, tertidola (tak ingt dunia plak tu) sementara dia still lg carik best posisi. Terpusing-pusing sampai GEDEGANG!! muka da tersembam ke bawah. Saya ape lagi, trus tersedar tgk husna da tertonggeng kat bawah.... Ya allah, Kesiannya husna da jatuh n bibir die bengkak!My bad.. My bad.. :( *ketuk ketampi 100x*

Menangis teruk-teruk sebab sakitlah. Sori sayang, ibu tertidola.... But luckily, dia still boleh hisap susu.. saya hug dia sekuat hati. OMG, ibu akan pastikan ini takkan berlaku lagi...

Moral of the story: jangan tidur slagi anak tak tidur lagi.... My bad, i hate this feeling :(

Friday, December 10, 2010

Inilah yang dikatakan CINTA


Dari kecil ibu menjaga anaknya,
Sayang dekat anak tanpa sempadan dengan harapan apabila besar,
anak yang dibesarkan dapat mendoakan kesejahteraan ibu bapa.

Sayang anak kepada ibu....Saksikanlah...

" Mak, meh makan..."
sambil menarik tangan maknya supaya dekat dengan pinggan.


Dibasuh tangan mak.


Menemani ibunya makan dengan sabar.



Ini dia anak kepada moyang saya. Nenek saudara saya. Diala yang jaga moyang saya.
Walaupun diri sendiri tak larat, tapi masih setia menjaga ibu yang dah makin tua. Sangat kagum dengan dia. Adik beradik yang lain taknak jaga. Dia yang sanggup jaga. Tengok gambar pertama, macam tulah dia. Bongkok tiga orang kata.

Harap-harap kalau umur panjang nanti, anak yang kita sayang bagai menatang minyak yang penuh sanggup jaga kita kan. Walaupun tak mengharapkan kemewahan, tapi masih dapat menerima kita seadaanya. Yelah, dah tua-tua camni, mesti banyak kerenahnya.

Honestly, bila saya tengok cara dia jaga moyang saya ni, kagumla..
Kagum sangat! Dalam keadaan yang terbongkok-bongkok, boleh ceduk nasi, basuh baju, etc..etc.


Macam manalah nasib kita di hari tua kan.

[THINK]

Husna, be a good girl okay sayang, :)

5G: Generasi ke 5


Minggu lepas, saya attend wedding my cousin dekat Tampoi.
(budget nak cakap omputih tapi rojak)
Actually bukan sepupulah, dua pupu kot, sebab mak dia dgn ayah saya dah sepupu, maka kami jadikla dua pupu, husna jumpe dengan tiga pupu bukan kupu-kupu. Dah brapa banyak pupulah. bercabang-cabang sudah. Walaupun kami dah berkupu-kupu, berkepak-kepas, tapi kami rapat.

Dan ini adalah pengantinnya,
.
.
.

haha. takdelah..
Haip! kecik-kecik mane boleh tawen lagilah.

Husna dan tiga pupunya, Chacha.
Chacha ni minat sangat dengan Husna, mana-mana Husna pegi dia follow.
Husna tido die tolong enjutkan, Chacha, mehla sini duduk dgn makngah nak tak?
Tolong enjut Husna, takyah beli buaian elektrik tu..

Apa yang 5G nya?
Ini lah generasi ke5.

Ini moyang saya dan oneng-oneng Husna.
Betul ke oneng-oneng? Ntahla, main belasah jela. Lepas moyang panggil ape ye?
Umur dia, ntah tak tau, yang pasti dah 100 lebih.

Gambar diedit agar nampak retro sket. Barula ade feel. Macam zaman 60-an gitu.
Husna look at her oneng-oneng. (Ah! Blasah jela. Hihi)

Tengok Chacha, dimana ade Husna disitu ade dia. I told u.

Satu-satu nya moyang saya yang masih hidup. Tua sangat dia. Dah tak nampak sangat, dengar pun tak dengar sangat da, kalau cakap dengan dia memang kene pekik sikit.

Kalau nampak kelibat sapa-sapa depan mata dia, dia mesti tanya.
"Agak ni sapa depan aku ni" sambil raba-raba orang tersebut.
Pastu sibuk la tanya macam -macam.

"kau dari mana?"
"kau duduk kat mana?'
"kau taknak bawak aku balik rumah ke?"

Macam-macamlah pertanyaan dia. Sampai malas nak layan.
Sebab kalau borak-borak dgn dia pun dia bukan dengar pun. Hihi...

Panjang umur dia..Alhamdulillah, merasa pegang piut, lepas cicit piut kan..kan.kan..??
HAHA. Apa-apa lah


ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ