Thursday, December 9, 2010

teringin nak.................

Berinai....
Salah satu kepingin saya waktu mengandung dulu tapi tak dapat. Demand taknak inai tiub. Nak inai mekah. Sapela ade inai mekah time-time bukan musim haji. Maka, hajat nak pakai inai tak dapek la..Nasib baik anak tak mngences.

Tapi lepas dah beranak, anak dah 7bulan ni pun masih lagi teringin nak pakai inai. Sibuk la dok tanya-tanya orang kalau-kalau ade inai mekah. Baki-baki lama ke.. maka adelah student master kat opis saya ni baik hati nak bagi inai Mekah baki-baki lama. Hurayyy, bestnya dapat pakai inai. Semalam tryla pakai. Dah lama dah dapat tapi baru semalam berkesempatan nak pakai, mane idoknya, anak tido mak tido skali sampai subuh..

Siap bungkus-bungkus bagai. Takut bertepek kat muka Husna pulak nanti. Pakai 3 ketul je belah kiri, belah kanan pakai seketul je kat jari kelingking. Excited dah ni, tak sabar nak tgu esok...bestnya jari dah merah...yeay!


Tapiiiiii......tgkla hasil dia...warna coklat plak dah...ala, terus rasa cam nak nangis da, semangat-semangat bangun awal sebab nak tengok hasil tapi jadik camni...ala...tak bestnya...Jari jadik kecut-kecut plak tu. Tulah, nak sangat baki-baki, warna pun memang baki-baki jelah. Skang ni tengok jari pun macam tak pakai inai pun. Hampa :(


Rindunya zaman ni.

.
.
.
.
.

ini,

dan ini,
Lepas kawen, inai merah meletups gitu. Inai mekah. Cantik. Tahan sampai 2-3 bulan.
Best betul zaman-zaman ni (macam dah lama sangat guna 'zaman'),
jalan-jalan dengan husband orang pandang-pandang; " Oh, pengantin barula"
LOL

Still remember, seminggu lepas kawen, terpaksa berpisah dengan suami, saya balik Jb naik bas, orang dalam bas sume usha i tau. Malu pun ade..
Shy..shy cat lah.

Sapa baru balik Mekah eh, nak inai mekah sikit..Boleh?
Hehehe...



Wednesday, December 8, 2010

BERhijrah


Sempena Maal Hijrah, blog pun mahu berhijrah jugak.

Niat hati nak tukar templete ni.
Bosan dah nengok. Cam serabut.
Nak carik yang sedap mata memandang dan senang dibukak.
Tak mo lah serabut-serabut.
Macam dah jumpe.....
....tapi risau jugak hilang link-link kat sebelah ni.

Sabar jela.

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Friday, December 3, 2010

Mudahnya dengan CimbClicks

Saya merupakan pengguna tegar CimbClicks.com.my. Nak bayar hutang kereta, bayar sewa rumah, bayar bil maxis, topup untuk adik-adik, yang kalau telefon je, saya mesti dah tau dah, ni kalau tak kesempitan duit mesti nak topup. Bukan telefon nak tanya akak dia sihat ke tak...Dah, dah tak yah bebel. Macam-macam urusan saya buat dengan cimbclicks. Nak shopping online pun mudah gitu. Duduk je ngadap Pc, Ting! semua urusan pasti beres. Esok dapat parcel. Keh..keh..keh. Duduk diam-diam dalam opis pun duit lenyap jugak..

Malas betul nak beratur, nak cari parking kalau nak pegi bank Cimb kat dalam UTM ni. Dahla berbukit bukau nak naik ke Cimb bank tu, kalau tak pandai nak menyelit-nyelit memang susahla nak dapat parking dekat-dekat sikit. Nasib baik kete gua kecik.Hihi. Bab-bab menyelit ni memang terer. Kalau student takde, bank lengangla sikit, kalau dah naik sem tu memang ramailah yang mengerumun bank untuk buat macam-macam urusan. Tak suka menunggu lama-lama.

Ntah kenapalah, minggu lepas, saje bosan-bosan godek-godek web cimbclick tu, nampak Octo comel, mascot cimbclick kan sotong kurita bukan Paul tau. Comellah octo ni. Macam nak satu. Rupa-rupanya boleh beli dekat Cimb shoppe.

[Click untuk tumbesaran]

Gatal-gatal g klik kat Cimb shoppe tu, macam-macam rupanya ade dalam tu, kalau tak silap sterilizer n warmer little bean pun ade jual kat situ. Tapi niat hati nak beli octo ni, ade 5 design. Tanpa berfikir panjang terus pilih octo gegirl tu. Yang lain sume cam boboy.

Comel tak?
Harga RM15.90, kos penghantaran: FOC

Faizah, Aisya kan suka merah, bolehla beli octo ni, sebab kaler merah. Mesti Aisya suke.Hihihi.
Husna pun mesti suka sebab ade juntai-juntai tu, komfirm selamat masuk mulut dia.

Dah godek-godek cimb shoppe, pegi pulak explore mende lain. Rupe-rupenya kat web ni jugak boleh buat donation. Erm ape lagi, cepat-cepat buat pahala sikit. Duduk diam-diam pun boleh buat sedekah amal jariah sikitkan. Tak banyak pun takpe, yang penting ikhlas. :)



[Click untuk tumbesaran]

Berkisarkan sabda Rasullah, takkan miskin seseorang itu sekiranya dia bersedekah, malah ditambahkan rezeki buatnya.

Kabsyah al-Anmary berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya;

pertama, harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah.

Kedua, tidak ada seorang hamba pun yang sabar ketika dianiaya oleh orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya.

Ketiga, tidak ada seorang hamba pun yang membuat kericuhan dan onar, melainkan Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya" (HR. Ahmad).

Subhanallah, Rasulullah saw sampai bersumpah ketika berbicara masalah sedekah. Secara tidak langsung, hadis di atas menegaskan, wahai ummat manusia siapapun anda, dari mana pun anda, di mana pun anda, ketahuilah bahwa harta seseorang tidak akan pernah berkurang lantaran sedekah.

Mungkinkah Rasulullah saw menyalahi sumpahnya? Tentu tidak. Dalam surat al-An'am ayat 160, Allah berfirman:

"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya".

Dan sedekah merupakan amal yang baik. Oleh karena itu, mereka yang bersedekah RM 100, maka minimal Allah akan membalasnya dengan RM 1000. Mereka yang bersedekah USD 50, Allah akan menggantikannya dengan USD 500. Semakin besar sedekah yang dikeluarkan, semakin besar pula balasan dari Allah yang akan diperolehnya.

Ingat sekali lagi, semua itu adalah janji Allah dan RasulNya, dan tentu Allah dan RasulNya tidak akan menyalahi janjinya.
Okay kawan-kawan, sempena Hari Jumaat yang mulia ini, banyak-banyak buat amal. :)
Jangan marah-marah, jangan tension-tension. PEACE!

p/s: dah macam promote cimbclicks pulak dah.HAHA

Thursday, December 2, 2010

Siapa taknak yang terbaik..Cuba cakap?


Sedih pulak tiba-tiba.

Hurm...take a deep breath!!!

Baik lepaskan...

Saya tak pernah nak memperlekehkan ibu-ibu yang tak menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. TAK PERNAH! Itu kehendak mereka, biar mereka yang decide. Kalau berminat dengan penyusuan ekslusif untuk bayi mereka lagi saya suka. If taknak takpe, takkan saya nak memperlekehkan. Nak assume orang tu macam-macam @ nak paksa or whatever. Itu kehendak masing-masing.UP to U.. Siapa yang mahu, sila buat.Kuatkan semangat. Dugaan banyak untuk breastfeeding. If rasa tak mampu, takpela..Nak buat macamana, dah kehendak Allah takde rezeki untuk anak, nak buat macamana. Setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak. Huh**

Al-kisah, one of my ofismate, baru melahirkan cahayamata. Seronok. Baru naik berpantang.
As a mother, saya sangat excited cerita pasal perkembangan anak dan berkongsi pengalaman. Dan termasuk juga isu pengisian perut anak iaitu susu. She's not breastfeed her son. So, saya tanya-tanya la pasal susu ape bg anak minum, brape harga susu. And takde pun nampak cam underestimed dia y she didnt breastfeed her son. So, oklah camtu je.

And hari ni, saya nampak status dia dalam FB and saya macam terasa lah. Walaupun tak bgtau ape yang die bengang sangat kan. Tapi saya nak terasa jugaklah. Mana tau kan dia marah saya ke. Coz saya taklah riak dgn dia pun."oooo i breastfeed my baby, its good. My baby kuat, rilex je tak demam, sebab susu ibu ade antibodi" Nooo..noo.. not like that. Itukan semua kerja Allah. Waaaa...If i mistaken sebab nak terasa-terasa dengan status FB die tu. Takpela...tak kira. Tapi saya nak bagitau saya tak akan memandang rendah pada ibu yang tak mampu nak breastfeed anak dia. Coz parenting is sensitive isue.

Even my sister in law yang bercita-cita nak breastfeed anak dia pun tak kesampaian jugak, coz breastfeed memang tuntut kesabaran. Walaupun saya dah bagi semangat kat dia, dah bagi pinjam manual breastpump kat dia, bagitau ilmu sikit yang saya ada ni pasal penyusuan kat dia. So, peranan saya kat situ untuk support dia dah ada, tapi dia still bagi FM jugak walaupun pada awalnya bersemangat nak BF anak dia. You have your choice. Takkan saya nak paksa.

Manusia tak kan berhenti bercakap. Kalau kita breastfeed anak, cakap knapa tak bagi susu formula, nanti anak tak puas etc..etc..bla..bla..bla..Tapi bila kita tak breastfeed anak, knapa tak bagi anak susu badan, susu badan bagus. Ada ni, ade tu..bla..bla..bla.. See, manusia tak kan berhenti bercakap. So, saya cuba nak bersikap neutral. Coz masing-masing ada pilihan. :D


And this, susu formula pertama yang saya beli semalam sejak kelahiran Husna ke dunia. Saya pun tak tau kenapa saya beli. I dont know. Maybe sebab tertekan lately susu macam tak banyak. Bila pump dapat 3 oz, sumtimes 3kali pump, dapat 9 oz, paling banyak 11 oz. And Husna taknak EBM yang dah beku. Die tolak mentah-mentah. Dia nak yang fresh. Kadang-kadang macam tertekan tengok hasil susu yang macamni. Maka ini lah yang saya dapat bila balik dari kedai semalam. Nasib baiklah dia dah start makan solid food. Susu ni dah jadik pelengkap diet dia saja. 6bulan pertama saya dah bagi die secukupnya susu ibu. Alhamdulillah, rezeki saya.

Saya tanya harga susu kat dia sebab saya tak pernah amik tau harga susu sebelum ni. Bila saya melangkah kaki dekat rak-rak susu semalam. OMG!! Saya memang terkejut dengan harga susu. Mahal belaka. Yang saya beli ni RM10.10 untuk 350g. Yang paling murah rasanya. Dumex Dulac. Yang lain saya takut nak sentuh. nak mencecah harga seratus pun ada. Lama jugak saya tenung susu semalam.

Nak dijadikan cerita semalam, cik B memang macam kempis semacam, macam takde susu. Time tu Husna nak tido. Selalunya bila dia nak tido memang kene kepam dulula. Tapi malam tadi dia menangis beiya-iya. Sebab tak puas ke apentah taktau la, hisap-hisap susu sikit je keluar. Saya bawak keliling rumah nak pujuk dia. Hilang arah sekejap. Tak tau nak buat ape. Saya try bancuh 2 oz susu formula, suakan kat mulut dia. Lagi kuat dia menangis adelah. Nak tak nak, kuatkan semangat saya bagi jugak dia hisap cik B, sambil-sambil tu berdoa berzikir. Dalam hati asik cakap "let down...let down...". Rasa dah bergenang airmata, tinggal tak menitis je lagi. Tengok Husna dah teresak-esak hisap susu. Sedih betul tengok dia. Sapa jadik mak mesti merasai apa yang saya rasa.

Alhamdulillah, dalam 2-3minit dapatla let down, susu ada keluar jugak. Husna memang dah mengantuk sangat masa ni, so dapat susu terus dia tido. Until 4.30 am bangun sebab mimpi nak peluk suami tapi tak dapat,LOL, tengok dia nyenyak tido terus sua cik B lagi.

Breastfeeding perlukan banyak KESABARAN. Banyak sangat. Tu tak masuk lagi bab campur tangan orang luar, tak caya tanya Nani. Lagi, anak yang taknak puting botol susu, invest kat puting botol banyak giler dah. Susu kurang tu satu hal lah. Macam-macam petua pantang orang cakap je, terus cari nak cuba supaya dapat tambah susu. Bab breastpump. Bab breast besar sebelah, tak sama besar. haaa...ape lagi? Macam-macam hal lah. Apa pun, saya harus bersyukur, kerana Allah masih memberi izin dan rezeki kepada saya dan Husna untuk meneruskan niat saya ni. Bulan ni dah nak masuk 7 bulan dah buah hati saya.
Always keep positive minded. Ape pun cara kita beri pada anak pasti nak yang terbaik. Takde ibu bapa nak anak dia tak dapat yang terbaik. Trust me.

Entri ni ditulis dengan sedikit emosi sedih. Saya tak suka sebenarnya buat entri macam meroyan -meroyan ni. Uh! tetiba sakit kepala... :(

Alassssan.... Malassssan

Macamanalah saya nak konsisten update blog. Susah betul bila ade penyakit malas ni. Sampai anak da komplen da, siap updatekan blog ibu die lagi.LOL.

Kadang-kadang menjeles tengok blog-blog orang yang mengupdate je sokmo, cam Puan Dayu, Puan Sharena, Puan Faizah. (sorila ye, memang mak-mak je yang saya senarai kat sini, dah geng dengan mak-mak kan.) Pastu dapat komen bertalu-talu..HAHAHA. Jeles tgk orang, tapi sendiri takde effort. Ape da..

Okayla, mehla tanam azam bulan Disember nak update hari-hari. Padahal takdela bizi memanjang sangat pun kat opis ni, boleh aje nak mengupdate, tapi kan saya dah kate penyakit M tu bermaharajalela. Salah satu sebab macam tak best nak update blog kat opis kadang-kadang student datang ke jengah tempat duduk ni tgk tgh buat pe tu? Nampak macam bizi je menaip-menaip.Aah, bizi> bizi update blog rupenya..HAHAHA...Tak bestla, takde privacy n sumtimes idea tengah mencurah-curah tiba-tiba hilang bila dah kene kacau. Nak update kat rumah pulak.Herm...macam susah sikitla kan, bila laptop satu, berokband satu, yang nak guna sampai 3 orang. Tak boleh nak buat ape da...Lgipun kat rumah adalah masa nak bergolek-golek dengan anak, dahla hampir 9jam mengadap Pc, kat rumah pun nak mengadap Pc jugak? Sian tengok anak main sorang-sorang, tergolek-golek, pandang sana pandang sini. Kosong.

"Ibu...ibu...what are u doing ibu? Tak nak main dengan Husna ke?"

Bila tengok mata anak, terus tinggalkan laptop n join anak main. Terasa terbersalah pulak.

Kejap lagi dah nak tidokan anak? Anak tido, ibu joinla sekali. Bila dah dapat lelap, alamatnya segala-gala kerja adalah delay. Bangun awal-awal pagi barulah terkedek-kedak nak solat Isyak, nak basuh botol susu, alang-alang dah pagi tu buat bubur anak siap-siap.

Sekarang ni macam rilex sikit tak payah nak terkocoh-kocoh pagi-pagi nak siapkan anak, sebab adik saya aka makde Husna ade kat rumah. Tak payah dah nak hantar g rumah Bs, saya bagi Bs Husna rehat sebulan.

versi Makde


versi Ibu

Versi mane lagi best??
KAHKAHKAH

(Venue sama: RnR Machap, masa and hari lain-lain)

Okay semula.

Versi Makcik Jiha

Versi Ibu.
Mane lagi best??LOL lagi.

Okay, mestilah versi ibu paling best. Ni lah 2 orang makcik-makcik Husna yang saya hire jadik nanny Husna sekarang dan yang suke rebut-rebut laptop nak main FB.(thanks dayu). Ada kat rumah I sekarang, sorang cuti sem Uitm, sorang cuti sekolah. Makcik Jiha ni baru je dapat flying colour masa UPSR haritu, so bagi can jalan-jalan kat Jb, beriya-iya tak mau balik rumah sebab boring dok rumah. Okay, bagi can..bagi can. Best jugak ade diorang ni kat rumah, ringan jugak beban kerja rumah.Hihi..Sila amik kesempatan ye. Suruh diorg basuh botol, suruh tengokkan Husna. Yes! Yes!. Ibu suka Husna..Yeay! Tengahari tak yah dah sibuk-sibuk nak beli makanan, balik rumahla, da siap masak da. Suka lagi. Yeay!

Bila diorang jaga Husna kat rumah ni, bolehla tau Husna tengah buat ape, nak minum susu ke tak, nangis ke tak, makan bubur banyak ke tak. Saya boleh pantau dengan senang. Kalau kat rumah Bs takkan nak tanya banyak-banyak. Ye tak? Kang muak pulak orang.

**Baru dapat ym from my sis, she said: " anak ko da start da". Nak mgamukla tu. Hahaha... sabar nak, ibu balik tengahari kang, update laju-laju cepat!

Semalam my sis capture video dia mengamuk, Mak ai!! dasyat betul..Husna ni kalo menangis memang bergempitala seluruh rumah, takdenye nak nangis sikit-sikit. Kalau gelak pun macam tu jugak. Nasib baik seimbang.

Dahla, penat pulak menaip ni. Babai...

Nah pic versi ibu yang best..(Bagi ibu best)
Pic ni baru balik dari Wedding kawan kat Muar, berhenti kat RnR Machap.


abes kene edit..LOL

@ 5am

*Kuterasa ingin memelukmu........
*Kuterasa kehangatan badanmu...
*Sebagai galang ganti ku peluk anakmu sajalah....
(Cewah, berjiwang pulak dlm blog. Jangan geli tau)

Puisi ntahpape n ketot untuk sang suami....Arghhhh! Bencinya PJJ..

P/s: Buat entri pukul 5am, sebab terjaga dari mimpi nak peluk suami tp macam tak sampai walaupun dah ade depan mata.Hmmmm....knape ye?

Wednesday, December 1, 2010

Ibu malas, biar saya yang update ye.. :D



Assalamualaikum auntie-auntie, Ahlan wasahlan..Lama betul ibu saya ni tak update blog yep. Ibu saya malasla. Kalau ibu saya malas, macam ni la jadiknya blog ni. Berhabuk-habuk.
Nak tepek gambo saya pun payah la ibu ni..

Amacam, comel tak saya pakai tudung? Hihi.
Bestla pakai tudung, saya tak usik pun tudung ni, kalau headband tu saya tak suka sangat. Rimas je rasa, kalau ibu letak tudung, saya okay je. Ibu baru beli tudung ni semalam, pastu terus saya melaram.

Ape? Tak comel? Ala, merajukla macam ni.
Auntie-auntie cakapla saya comel.
Hahaha..paksa auntie-auntie cakap comel pulak. Apela saya ni.


Hahaha, ibu saya kate saya comel.
Yela, sume ibu mesti kate anak dia comel. Betul tak?


Oklah, malu la pulak rasa. Saya nak babai dululah, nanti saya update blog ibu lagi.
Ibu saya tengah malas tu. Walaupun ibu dah ade broadband, kat rumahkan, makcik-makcik saya yang conquer, sian ibu. Malam-malam kalau nak tidokan saya, die mesti tido sekali dgn saya. Sian ibu penat kot. Sebab tula dia takpat nak conquer broadband tu.
Kat opis pulak ibu kate macam tak best nak update.
Okay auntie-auntie. Babai
Assalamualaikum..




ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ