Showing posts with label adik baby. Show all posts
Showing posts with label adik baby. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Cara hilangkan kesunyian.

Hujung minggu aku kali ni sangat-sangat berbeza dengan hujung-hujung minggu sebelumnya. Sebab aku duduk sorang-sorang dekat rumah. Bosan, sedih, jangan cakap, awal-awal pagi dah bangun, aku rasa kosong je weh. Tapi dalam otak kepala ada macam-macam benda yang aku fikir dan nak buat. Antaranya, menyiapkan bantal dan tilam kekabu untuk adik dan buat framewall dari bahan terbuang yang ada dalam rumah ni. Sebelum ni, jangan harap aku nak menjahit dengan Husna, kang dia yang lagi sibuk dari aku. Aku bukan apa, nak hilangkan rasa sedih, rindu aku ni, terpaksala aku sibukkan diri dengan apa yang aku minat.

Erm, harini dah masuk seminggu lebih aku tak jumpa Husna. Rindunya tak usah cakap, korang pun paham kan kalau dah berjauhan dengan anak lama-lama, dengar suara dari corong telefon ajela, itu pun tak puas. Rindunya..T_______T. Minggu ni hubby dan Husna memang tak datang, sebab aku dah nak start cuti Rabu ni, so, tahan sikitla rasa rindu ni sebab nanti aku dah start cuti lama.

So, untuk hilangkan rasa rindu dan sunyi ni, pagi-pagi lagi lepas sarapan, aku dah start pegang kain, mesin jahit, gunting, benang, jarum semua siapkan apa yang patut. Ni lah hasilnya setelah 2-3 hari mengadap mesin jahit sejak hari isnin lepas. Takdela terrer pun weh, aku main buat je nih.

Tilam dan bantal kekabu.

Aku dapat beli kekabu dekat area Pasir Gudang kalau tak silap aku dengan bantuan ofismate, dia tolong belikan. Murah. RM20/kg. Aku beli setengah kilo je, dapatla set ni. Setengah kg harga dia RM12. Kain pulak aku beli je kat kedai kain yang ada kat Skudai ni. Semeter RM15. Kain cotton sedap, lerang 60 kot, aku beli semeter setengah, maka dapatlah set tilam dan bantal kekabu ni. Cubalah kira berapa harga modal yang aku keluarkan. Tak sampai RM50. Senyum puas hati aku bila dah siap untuk adik baby ni. Tak payah keluarkan duit banyak-banyak untuk benda yang aku mampu buat sendiri walaupun takdela secantik benda yang ditempah. Tetiba teringat masa siapkan bantak untuk Husna dulu. :) 
Tilam tu sebenarnya tilam Husna yang lama hasil moyang dia yang buatkan. Untuk adik ni aku upgrade sikit, tambah kekabu kasik kembung sikit dan buat sarung dia.


Dan ini, wall frame dari kain-kain baldu perca yang aku pernah buat 3D framewall dulu. Ada banyak lagi kain perca ni, aku pun sampai tak tahu nak buat apa. Any idea? Kain-kain ni aku cantumkan aje ikut kreativiti sendiri guna gam UHU dan lekatkan kat frame kayu. Haha, kreatif la sangat setakat susun-susun kain dan cantum. :p Tutorial pun aku cilok dari entri Dayu dulu(How to: Fabric Frame/Panel Wall Art)
Ternyata sangat mudah nak buat framewall ni. Modalnya? Hanya RM10 untuk 2 frame ni. Sebab aku tak beli kain, aku cume beli kayu frame dan paku sahaja. Kat rumah takde tukul nak pakukan frame, maka anak lesung batu jadi mangsa aku. haha.

Dalam pada aku siap-siapkan benda ni aku lupa nak makan, maka sabtu aku menjadi pitam, badan menggigil-gigil. Haa kau, penangan tak ingat nak makan, masak pun belum, maka aku terpaksa gigihkan badan pegi masak kat dapur dengan keadaan badan yang menggigil. Masak pun lebih kurang, lepas masak, makan aku pengsan.

Ahad, cara mengurangkan kesunyian, aku ajak Kak Nani jalan-jalan ukur shopping mall walaupun larat tak larat sangat ni ha... Dari pukul 11 am sampai 6 petang tak reti-reti balik rumah. Hasilnya, hari ni aku sakit badan. Padan muka aku! HAHA

Friday, May 11, 2012

Wishlist...wishlist...untuk Si adik

Macam Fad, aku pun ada wishlist untuk adik baby. Adik baby pun nak jugak barang baru kan, takkan semua nak pakai kakak punya. So far, bab-bab baju rasanya dah agak complete dah kot, kat UK aritu memang aku dah borong baju baby abis-abisan, cuma topup sikit-sikit jela, sebab kebanyakan baju yang aku beli kat UK kain jenis agak tebal, sesuai dengan cuaca sana, aku plak lupa kat Malaysia takde salji. LOL. Bengong betul mak kau. Campur dengan Husna punya sikit. Baju Husna pun tak banyak sangat, dia pakai baju sampai hancur. Yang ada pun dalam 2-3 pasang je untuk adik boy. Yang lain baju-baju girl.

Antara wishlist aku yang ntah berkesampaian ke tak adalah:

1. Medala FS, but aku pasti yang ini ntah bila akan berkesampaiannya (ayat apakah?). Ini mungkin wishlist jangkapanjang kot. Teringin sangat nak tapi sapa nak belanja? Hihi... Tapi yang paling dekat dalam fikiran aku ni, aku nak Avent Manual Breastpump sebenarnya. Yes, aku ada Spectra 3 dan masih elok berfungsi, cuma nak buat back up manual breastpump je. Dulu ada Medela Harmony tapi macam tak masuk ah dengan jiwa aku, (ceh jiwa konon) kenapa ntah. Pakai beberapa kali terus let go.


Harap-harap kalau dapat yang ni, kena lah dengan jiwa I okeh. :P


2.  Botol susu Pura Kiki

Jatuh cinta pulak dengan botol susu ni sebab dia cute dan yang penting tahan lama, orang kata worth it for money value kan. Pakai sampai pecah? No. Pakai sampai kuning? No. Pakai sampai hilang kaler? No. Pakai sampai ape ye? Haaa...kan tahan lama tu. Berbaloi kot nak guna. Planning asal nak ajar baby guna puting botol murah-murah Pigeon, Anakku je, bila dapat review from other bloggers, Fad n Mas, eh, terus aku jatuh chenta gitu. Harap-harap kali ni adik baby senang nak addapt dengan botol susu tau. Tak mau sejarah berulang kembali bila teringat Husna sangat payah nak terima botol susu. Nak nangis bila ingatkan.

 3. Set tilam from Needle Craft ni. Super duper cute sangat! Nak satu! Antara design yang aku berkenaan untuk baby boy.

 1. Birdie...birdie...

2. Tutubang....tutubang

 3. ABC......Z

Syomel sangat kan. Aku suka design-design ni antara sebab boleh ajar Husna Abc, Husna jugak suka dengan kapal terbang and animal. Eh, ini untuk adik baby ke Husna? Huhu...

4. Baby cot. Biasalah ni, kang kalau dah 4 orang atas 1 tilam cemane pulak la kan, tapi ntahla kan, cemane eh, kang susah pulak nak breastfeed baby, ke Husna ni nak kena belikan katil single untuk dia je. Nanti-nantila fikirkan. Tengok keadaan. Hmmm....

Cukupla kot wishlist ni, ni pun kalau beli selepuk ni mau lebih 1k kan. eh yeke? Tak sampai kot, tapi still kena beli berdikit-dikit, aku bukan orang kayo. Bab stroller rasanya aku tak brapa nak menggila-gila sangat beli stroller, Husna punya dulu pun tak pakai sangat. Bab carseat tu pun Husna punya okay lagi, cuma bila dah baca entri from Dina ni, kena cek balikla life time carseat Husna dulu, kalau tak kena fikirkan balik la samaada nak beli atau tak. Aku harap wishlist aku ni dapatla aku kongsi sekali dengan suami beta.. Kohhkofff (Ena, tiru sikit gelak mu.:P)



ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ