Monday, January 17, 2011

Takdapat pegi MV, pegi CS jadiklah

Menjeles weh tengok gambar-gambar korang g gathering kat MV tuh. Awatla takde pintu doraemon. Kalo tak harus ku ikut. Hari ahad lepas, pikiran ni takde pikir lain dah. Kalau la saya boleh join skali. Tengok jam dah pukul 8 pagi, saya pikir, diorg yang nak g MV mesti dah siap-siap planning nak keluar rumah, saya kat sini dok golek-golek lagi dgn husna tak mandi lagi. Pukul 9am, dalam hati, mesti diorg dah gerak nak ke MV, saya masih kat rumah, buai husna nak tido, pukul 10 pagi, Arggghhh, mesti diorang dah berkumpul kat MV. Aku? masih lagi buai anak nak tido. Arghhh!!! Kronik tak aku?

HAhahahahahhaa... Lantakla nak kata saya kronik ke tak. Bukan selalu boleh jumpa. Takpelah.
Kalo kat Kl ade MV, kat Jb ade CS. Ape kate pegi CS bawak husna jalan-jalan. CS tu City Square. Hihihi. Kronik-kronik. Planning dengan makteh yang duduk dekat Singapore, nak jumpalah. Husna nak jumpe Nek teh dia.

Husna tak mau ngan makteh dia. Memulakan, harusla malu-malu dulu. Lagipun dia tgh badmood. Sampai-sampai je CS masa nak carik parking, dia dah mula buat onar. Meracau jugak ibu dia ni. Nak tak nak terpaksa letak dia atas pangku dan carik parking. Serius gelabah weh. Masa on da way dia okaylah. Sebab kene sogok dengan macam-macam benda yang boleh buat dia ralit. Semua ade, toy, USB Hp, getah rambut, sume bagi kat dia main. Jenuh.

Oooo, makteh ai tu memang vogue gitu. Umur 44 tahun, not married yet. Hihhuhihu....Husna call her Nekteh lah kan.

Masuk dalam CS, saya plan no need stroller. Dia komfirm tak nak dok dalam tu, so dukung jela dia sepanjang dalam CS tu and today saya mengalami sakit dan lenguh tangan yang kronik! Saya rasa saya kene beli baby sling. Nak satu nanti. Tak kira!


Okay, posing!



Chinese New Year kan? Harusla ade tarian singa. Bergema satu bangunan CS dengan bunyi gendang bagai. Nasib baik Husna tak terperanjat pastu nangis. Muka dah nebes je dengar bunyi bising-bising tu. Bagi die tengok tarian naga tu. She enjoy. Bagus tak takut.


Masuk FOS, dia dah mula menguap-nguap. Nak tidur, tapi still enjoy n join nek teh n ibu g shopping. Sebelum dia mula mengamuk, baik beta breastfeed dia dulu. Mintak ijin dengan adik lelaki muda belia yang dok jaga fitting room kat dalam FOS tu, "dik, boleh tak nak tompang breastfeed anak kejap". Selamba kodok jela gua mintak. Nak tau adik tu buat muka pelik sambil cakap " haaa...bolehla", macam terpinga-pinga pun ye. Pastu pandang-pandang kawan dia. Awat? Pelik sangat kah? Keluar dari fitting room, my makteh cakap, diorg dok sengih-sengih sesama sendiri lepas ai mintak ijin tu. Gilo ko apo?Kan dah kene!

Jalan, jalan dan jalan lagi. Kali ni dia memang mula buat onar lagi. Tambah-tambah nek teh dia g gigit kaki sebab geram. Hahaha...lagi la dia nangis sekuat hati. 1 FOS dengar. Dahla husna, jom kita balik jela. Ai bagi susu kat dia dalam kereta, sekejap je dia dah lena, masuk dalam car seat pun tak sedar, sampaila balik rumah.

Penat sangat tu.

sampai rumah je mata celik. Terus ligat bergerak kesana kesini. Ceh! eksen je tu nangis2 kat CS, cakapla nak ajak ibu balik. Nak main panjat-panjat.

panjat jangan tak panjat

kopek tikar tu, ntah ape dia kopek ntah

Cheesssse!!!

10 comments:

  1. lebey kurang jek entry kite
    hahahah dah la jauh xdpt join,
    kuar berduaan ngn anak cari deting kat luar sane..
    hahaha tp na xumpe tarian singa lak..
    frust betul..pdhl kuar nk carik mnde tu r..
    huhu

    ReplyDelete
  2. ooo g berjalan juge yerrr...tak ajak pon..hehehe..

    husna mmg pandai berlakon. lg best main panjat2 kt rumah dr ikot ibu g shopping complex kan?? =p

    nti klu balik johor nk roger2 fashya lah. kite jumpekan naurah & husna nak? tgk sape buli sape...hahaha..

    ReplyDelete
  3. owh mintak izin nak guna fitting room FOS nak breastfeed husna,sgt tak terfikir olehku,huhuhu.(boleh tiru ni)

    ReplyDelete
  4. husna ni....nape tomei sgt ni...geram ni..bape byk ni la...
    kalo jmp mst kena gigit jgk...kuikui

    ReplyDelete
  5. hahahaha ramai btul menjelskan diri..termasuk gue..walaupun blogger yg xglemer tp teringin jugk bersosial..hihihih

    kakak husna dh boleh panjat2..adik husna lambat lg

    ReplyDelete
  6. betul tu kalau ada pintu doremon masuk je pi MV kan ? hehe

    ReplyDelete
  7. husna dah nampak susut badan dia...nie mesti melasak sgt....

    ReplyDelete
  8. aahla na, tak perasan entri jeles kita ni lebih kurang je...ahahahha..

    sha: tulah, kalo balik jb rogerla fasya, bleh jumpe gelak2 tampo2..hahahha...

    pidah:
    tiru jangan tak tiru.

    ummi:
    abesla kaki die kene gigit nanti..hihii

    kak yana:
    sabar kak yana, tgu la die pandai memanjat nanti. penat gile nak kontrol.. tulah, blog tak glemer mane, tp teringin gak nak jumpe diorg kan?

    nurul:
    tulah, kalo ade, konfirm lagi ramai yang join.lagi meriah gitu

    kyrul:
    makan kuat tapi badan susut eh...makin melasak tu

    ReplyDelete
  9. huhuhu saya ia2 nak gi ke gathering tuh.. tapi sampai lambat.. marissa bangkit lambat..org pun dah balik.. jumpa lah sorang blogger mama.. oklah tuh...

    next time kita join yer..

    ReplyDelete
  10. bagus la husna...

    dh leh memapah memanjat....
    cepat husna nye pergerakan

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ