Wednesday, January 12, 2011

Entri bergambar: Banyaknya akal dia.

Semalam saya cuti umum sempena Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Seronoknya cuti. I like. Boleh jaga anak. Setiap kali cuti saya mesti rasa lega. Tak yah anta anak g umah BS. Boleh bangun lambat. Hari-hari kerja saya tak suka sebab kene plan...Planning baik-baik punya untuk siap-siapkan semua kerja dengan si kecik yang dah panjang akal ni. Letih den. Kalau hari kerja, seawal 5.30 am kene bangun, tapi selalunya saya sangat malas nak bangun. Badan sakit, mata berat. Kalau boleh nak tidur, baring aje. Tapi kang susah pulak kalau dia dah bangun nanti, susah saya nak tinggalkan husna g mandi, solat n buat kerja-kerja lain. Tapi kalau dah lepas mandi dah lega dah..

Macam pagi tadi, selamat dah botol sos cili n botol sos tomato pecah berkecai di kerjakan. Masukkan dalam walker, jalan-jalan, sampai rak letak-letak barang. Prangggggggg...abes jatuh bakul sos-sos sume, pecah botol-botol dengan isi-isi dia sekali terburai. Terpaksa la ibu die yang tengah dok terkejar-kejar blender bubur dia g bersihkan. Dia sengih-sengih jela dapat pecahkan botol dan buat bunyi best tu.

Semalam saya rasa sangat letih, duduk jaga budak panjang akal ni. Bangun seawal 6 pagi. Tidur balik pukul 10pagi, bangun pukul 11pagi. Sammmmmmmmmpai pukul 8.30 malam baru tido sampai pagi esoknya. Bayangkan. Brapa jam die tahan mata, bukan tak mengantuk, mulut tu ntah brapa kali nguap, mata dah sepet, tapi nafsu nak bermain tu bermaharajalela. Maka, dilupakan waktu tidur, waktu rehat dia.

Ibu dia yang longlai semacam ni sangatla letih. Tengahari saya terlelap sekejap, bila bukak mata, tengok dia takde dalam bilik. Rupa-rupanya dia dah ade kat ruang tamu. Ya Allah, Husna ibu mengantuk sangat kenapala tak reti nak tidur nih. Nasib baik housemate saya ade tengah tengok tv. Ambik dia bagi susu, agaknya dapatla selelap kejap. Kejap je pun. Dia aktif balik, lupakan lah hasrat nak tidur tu. Sekarang ni saya memang tak dapat buat apa-apa selagi dia tak tidur.

Tengokla gambar-gambar ni ye. Petang g jalan-jalan umah opismate. Masa on da way g rumah kawan tu, dia dah terlelap dalam car seat. Ingat kan konfirm balik rumah terus nak tidur, tapi sangkaan ku meleset sama sekali. Masa ni lepas maghrib. Lepas solat saya dah tak terlarat nak layan dia. Sambil-sambil baring saya perhatikan dia je. Tengok je ape dia buat.

Sekarang ni memang sangat mencabar jaga Husna. Tak boleh lepa sikit. Mesti ade je keje yang dia buat.

(abaikan bilik gue yang macam gua..bersepah..kihkih..tak sempat nak kemas)

husna, buat ape tu?

buat dek lagi ibu dia panggil, ntah ape yang dia ralit sangat tu

baru nak pandang sambil tersengih-sengih.

datang kat ibu sambil pejam-pejam mata, gelak-gelak.
Geram betul!

Dah sampai. Panjat tilam.

Menyusu jap lah... Peh, ingat masa ni dah nak tidur dah.
Tapi...

Turun tilam balik, Haaaaa..nak g mane lah tu,...
Lets seeeee...mane dia nak tuju...

Hmmm..kumbah plastik-plastik ngan mesin jahit ibu pulak dah... Abes sume diturunkan.
Nak memanjat la tu. Terus saya ambik dia, malas nak control dia, kang jatuh naya je.
Naik atas tilam balik, ibu want to teach u sumthing...

Tara...cara-cara nak main getah rambut.. Kehkehkeh
takde idea nak ajar ape, ape yang ade kat tangan masa tu, tunjuk jela..

Nampak macam berminat. Best tak bu???
tengokla mata dia...dah sepet plus dah kecik! dah berlapis-lapis kelopak mata tu. Tapi dok tahan lagi mata tu dari nak tidur


Aahla bu..bestla main getah ni...Khusyuk dia main, sampailahhhhhh...
mengantuk yang amat, dah gesel-gesel mata dah.

Amik getah tu, bagi susu..maka...
Berakhirla masa bermain bagi husna semalam

Good nite sayang.
ZzzzzzZZZZzzz.....

Ibu die dapatla tidur dengan tak aman sebab tak solat isyak, bubur tak masak lagi, bekal susu untuk esok belum cairkan lagi, tapi letih punya pasal tidurlah dulu. Bangun pukul 1 pagi berketangketung dekat dapur.

Hai, mencabar!


12 comments:

  1. serius na pun kalau time tdo dia lari,
    dia rilek je kan main2,
    tp kite ni plak yg stress..
    xtao la knape,
    biase time tdo hero na tu,
    bgn kol 7 pg
    tdo kol 10pg
    bgn kol 12tghari
    tdo kol 3
    bgn kol 5
    tdo magrib
    bgn kol 9
    tdo kol 11
    hehehe
    tp klu ade skip mane2 time tdo ni..serius mmg an stresss...
    tp kdang2 mil ade ckp..jgn stress,
    budak dah bsr,
    xley samakan lg ms tdo dia ngn yg dlu..
    lg xtive dia lg kurang ms tdo lg baek..
    adehhhhh

    ReplyDelete
  2. fuh inilah yg bakalku alami 3~4 bulan lg
    sib baik fashya da buat entry ni, boleh stanby kuatkan mental dan fizikal

    ReplyDelete
  3. mmg susah fashya bile diorang dah start melasak nie. xleh rehat kite dibuatnye. mcm fashya sorang2 lagi la terok. simpati. huk huk

    ReplyDelete
  4. cara kasi tido yg terbaru ek?hehee..
    kysha pun sama lah.susah btol nak bg tido skrg.jenuhlah berperang2.

    ReplyDelete
  5. hehe husna dah bz skrg ya. byk keja nak study la tu.. apapun ttu ibu happy kn? ;)

    ReplyDelete
  6. bila anak dah lasak mcm ni lah fashya. husna pun main getah rambut gak ke? mcm raina jugak tu suka jugak main getah rambut.

    ReplyDelete
  7. bila anak dah lasak mcm ni lah fashya. husna pun main getah rambut gak ke? mcm raina jugak tu suka jugak main getah rambut.

    ReplyDelete
  8. betol kate kate sumimie..entry ni sgt membantu dlm menguatkan fizikal dan mental. hehe. harap2 ade kekuatan nak melalui sume ni nanti..mesti penat kan bebel2 ngn dak tecik ni..tp die buat tak reti je..gelak pulak tu..nak marah pun tak sampai hati..marah-marah sayang..hehe..kite takut die yang tergolek, kan sebab tak reti dok dendiam..

    ReplyDelete
  9. sebab tu, nnt husna besar pon jadi wanita yang tabah mcm mak dia... :)

    dah panjang akal husna...sama naik dgn rijal...rijal tu tah bape kali jatuh sbb melasak...hohohoo...nangis,pastu buat balik...

    ReplyDelete
  10. sama la mya pon suka sgt main wayar2 yg attached ngan plug tuh.hishhh mencabar sungguh

    ReplyDelete
  11. sumer ibu pun begitu agaknya yer... kalau dah letih sgt tuh, memang tido je dulu.. tinggalkan jer keje yg belum beres tuh.. tapi awal pagi tatkala sumer org tido, time tu lah kita dok berkelentang kelentung kat dapur...

    ReplyDelete
  12. fashya, btul la fashya,,zara ni kan da xleh duk diam..aku alpa kejap je dah tergolek tah smpai mane..risau aku tau..smpai kaki buai die gigit, tikar pun die jilat2..ya Allah..aku pun xleh wat keje skerang..aku xleh byg kalo dia pandai merangkak..habislaaa...

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ