Thursday, June 24, 2010

Masih Enggan

Saya angin tetiba bile baby sitter Husna suruh beli susu tin untuk Husna...ape kes??? Alhamdulillah, rezeki husna banyak, susu aku dah cukup untuk dia minum.sekali pump saya boleh dapat 5-6oz. Knape nak bagi dia susu tin...ni lah masalah bile berhadapan dengan baby sitter yang tak faham kebaikan susu ibu.. Malas ke ape nak panaskan susu tu...same jugakla nak buat susu tin, kene amik masa jugak...

Cuma masalah besar yang menimpa saya skrang bila Husna tak mau minum guna susu botol.. Runsing fikiran bile memikirkan masalah si Husna ni...saya risau betul kalau tetibe badan dia susut. Elok2 pipi labuh n double chin muncul, tibe2 hilang...risaunya saya..nti org kata saya tak pandai jaga anak...n kalo yang tak support langsung breastfeeding ni mesti ckp, "tak cukup susu ibu tu, anak tak kenyang"...Ish, memangla baby kalo minum susu ibu cepat lapar sebab penyerapan susu dalam usus tu sangat baik berbanding susu lembu.

Memang banyak dugaan bile kita nak buat baik ni kan..betul cakap dayu. Da macam-macam puting saya try. Semalam saya amik keputusan bercuti 1 hari..baru naik keje 2hari dah tak tahan bile dengar Husna menangis seharian tak nak minum susu botol. Pagi-pagi sebelum Husna bangun n get ready nak menyusu saya dah siap2 panaskan susu, saya susun 4 jenis puting atas meja dan sua-suakan kat mulut dia.

Mula-mula saya bagi 2 puting biasa jenama BEBE n puting yang sedia ade dalam botol susu baby kiko...puting baby kiko tu saya masuk dalam mulut dia dan hisap sikit, tp lepas tu dia luah semula. Saya try puting BEBE tu, sebab puting tu yang dia guna masa pantang dulu, dia nak jugak hisap masa tu, tp still tak nak. Saya alih ke botol MAM pulak..makin kuat pulak dia nangis sebab dah tak brapa nak mamai da time ni.. Botol ke4 guna puting Pigeon, still tak mau...HUHU...give upnya saya. Dia makin menangis macam ape. Saya sebagai ibu pastila tak sampai hati tgk dia lapar dan menangis trus sumbat B, bersungguh-sungguh dia hisap. Rase nak nangis tgk dia hisap dengan bersungguh-sungguh. Dah banyak air mata keluar disebabkan Husna ni since pregnant lagi. Huwa...Rapuhnya hati saya ni.



Bila sue suggest guna botol The First Year, hari tu jugak saya pegi carik kat Jusco Tebrau City. Seawal pagi dah siap-siap nak keluar, hujan pulak, si Husna syok tido lepas dah minum susu. Tunggu hujan berhenti dah nak tghari. Lagipun saya memang sangat mamai sebab semalaman saya tak tidur menjaga Husna yang meragam tak nak tido. Si Husna still syok tido, bile sampai je Jusco, die terbangun dan of course dia lapar. Bagila kejap bf sebelum masuk jusco, ingatkan dia dah kenyang. tp masuk je Jusco dia terus menangis nak susu lagi. 2 kali saya berhenti susukan die dihadapan public. Berserah jela. Org yang pandang pun tak de yang sok sek sok sek..Alhamdulillah..agak mencabar bawak si kecik ni berjalan-jalan. Terus ke Mum's Care, cari botol dan trus bayar. Xde dah nak merawang-rawang tak tentu hala dgn si kecik yang sibuk nak menangis tu.

Masuk Jusco kejap beli net buaian dia dan trus meluru ke kereta. Bg dia bf kejap, trus terdiam dalam dakapan makcik dia.. Takde dah masa nak menyinggah sana, menyinggah sini. tp dalam hati ni Ya Allah meronta-ronta nak belek-belek baju comel si kecik tu. Dah lama gak Husna takde baju baru..huhu..ni lah nasib bila suami takde nak tolong monitor si kecik..betul ckp-ckp org, baby menangis, si ibu pun menangis sekali kalo takde suami tolong jaga, tapi saya pasti semua yang berlaku pasti ada hikmah, saya perlu kuatkan semangat, cekalkan hati nak membesarkan anak saya. Ibu akan buat ape saja untuk Husna.

Time management skang saya kene susun betul-betul, bila masa nak mandi, bila masa nak bangun tido, bila masa nak beli barang-barang dapur, bila masa nak makan, tak boleh tangguh-tangguh dah.almaklumla saya ni agak kalut gak org nya, bawak kereta abes bumper tinggi pun saya langgar bila dah kalut.

Hari pertama adik saya jaga bile saya g keje, saya jadi org paling kalut skali, call adik, dgr Husna tgh nangis, saya pun nangis sekali. tak keruan tak tentu pasal. lunch hour saya balik bf dia... tp hari ni saya cekalkan hati taknak balik sebab kalau dimanjakan sangat, sampai bila si husna taknak minum guna susu botol. Terpaksala jadik kejam sikit dengan anak. Huaaaaa...padahal hati sangat tak sanggup. Husna sanggup berlapar..tidur dalam keadaan lapar. Cuba kita yang dah besar ni, macamanala keadaannya.

Ya Allah, permudahkan urusan kami, semoga Husna jadi anak yang mudah diajar. Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Husna.

Billion thanks pada yang bagi nasihat kat saya, bagi pendapat, bagi kata-kata perangsang...sesungguhnya saya sangat appreciate sume pendapat korang. Saya sangat-sangat stress lately, kadang-kadang tahap kestressan dah tak boleh nak kawal. dgn semangat-semangat korg nila bagi semangat sket.

5 comments:

  1. sabar yer fasha..dugaan nak membesarkan anak.hrp2 besar nnt dia taat dgn mak bapak dia..
    tp takut plak bl berdepan masalh yg sma ni..nnt nk tingglkn bby kat bby sitter tkut jd cam bby husna..

    ReplyDelete
  2. huhu sabar ye... hopefully husna cepat2 minum guna bottle...

    ReplyDelete
  3. alahai sedih plk bc luahan hati fashya ni..xper..jgn putus asa..keep on practising husna ngn botol..mungkin die juga perlukan masa..pasl pengasuh tu, belikan jer la warmer..dh mmg malas agknya tu..

    ReplyDelete
  4. wah sangat tabah menjaga anak seorang diri.kalau aku sedangkan kat kg,suami kat kl pun dah rasa macam ibu tunggal padahal ada mak dan adik2.emm aku rasa lama2 anak ko nak la botol cuma ko xleh ada,kalo ko ada dia nak B jugak.usaha dan doa bebanyak

    ReplyDelete
  5. insya allah, husna nak NUK tu..
    kalau latex lembut skit..tak pun fshya, rendam dulu puting2 tu dlm air panas. bagi lembut skit..
    baby dha biasa ngan puting kita kan, lembut je.. sekali kena puting plastik harus dia meronta2 tak nak..
    even NUK latex tu pun kita rendam gak dulu...
    try je fashya..
    insya Allah, smua dipermudahkan..and be strong k, jgn sedih2..

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ