Sebelum memulakan entry, saya nak ucapkan lafaz Syukur Alhamdulillah....
sebab ape? sebab ape yang saya ade sekarang, semua nikmat yang Allah bagi sekarang, Tak baik tau kufur nikmat. So kawan-kawan, sila lah bersyukur dengan ape yang ade sekarang ye.
Saya nak berkongsi pengalaman selama saya pegi outstation ke Kl minggu lepas. Alkisahnya, sepanjang saya di sana, dari hari khamis-ahad, saya berulang alik Kl-Klang naik komuter. Walaupun pihak pengurusan dah sediakan bilik hotel Seri Pacific kat sebelah Pwtc tu (event kat Pwtc), tapi disebabkan anak, saya sanggup berulang-alik selama sejam dari Kl-Klang. Tulah org kate, apa saje demi org tersayang, walaupun sanggup bergolok-gadai.
Husna di Klang dengan ayahnya, kerja saya di Kl, nasib baik dekat dengan public transport, komuter. Macam benda baru aje komuter tu bagi saya walaupun masa belajar dulu dah biasa naik komuter, dl mane ade transport sendri, nak pegi mana-mana naik public transport ajelah. Mungkin sebab sekarang perjalanan antarabandar tu dah ditambah. Nampak macam jakun pulak, nak tanya-tanya orang sebab tak biasa.
Sekarang ni KTM bagus sikit sebab dah sediakan koc untuk wanita. Koc tengah adalah koc wanita. Tagline dia; wanita sahaja sepanjang masa. Bagus dia buat camni, sebab dalam koc sume org perempuan, so rilex, terhindar dari sexual harassment..hihi, tak bestla kan kalau kene tenung-tenung, pandang-pandang dengan org lelaki. Lagi-lagi kalau waktu peak hour, berhimpit-himpit lelaki perempuan, silap-silap kene raba. Haru beb!
Tapi....ade jugak tapinya, saya kesal betul dengan sikap lelaki-lelaki yang tak menghormati privacy dan keistimewaan yang diberi kepada kaum wanita ni. Ada jugak yang saja masuk memenuhkan koc wanita tu. Semak tau tak? Nyampah pun ade. Kalau tak perasan yang dia masuk tu koc wanita tu takpelah, diorg cepat-cepat tukar koc kalau komuter tengah berhenti, ni yang buat muka sardin tu, nyampah betul tau. Lagi tersengih-sengih lagi ada. Saja nak menyempit-nyempit dengan kitorg. Koc lain bukan takde perempuan. Saya pun tak paham.
Situasi ni kerap la jadik especially hari weekend. Ramai-ramai masuk koc wanita. Si girlfriend pun sibuk heret si boyfriend masuk koc tu. Ramai foreigner yang buat camni. Bukan tak tau @ tak paham, bukan setakat Bahasa Melayu dan English je yang ditulis, bahasa Arab, Cina, Tamil pun ada. Maybe ada yang tak tau tu, bila diorg masuk koc wanita, diorg buat muka pelik, apsal perempuan aje yang naik ni, apsal aku sorg je lelaki. Hahaha.. Yang ni, cepat-cepat diorg keluar bila komuter berhenti. Haha..Lawak..
Satu lagi, bila weekdays, hari-hari kerja. Ramai sangat yang guna kemudahan ni untuk pergi dan balik kerja. Kerja kat Kl, tapi duduk kat Shah Alam. Jauh tu, almost 1 jam perjalanan. Tapi sanggupnnya diorgkan. Nak buat cemane, dah tuntutan hidup macam tu. Pengalaman macam ni buat saya bersyukur sebab tak perlu menempuh kehidupan macamni sehari-hari, tak perlu berasak-asak, tak perlu melalui jalan jam, tak perlu keluar awal dan pulang rumah lewat. Nak tunggu komuter sampai lagi.Haaaaaaaaaa...Penatnya!! Saya, keluar sahaja opis, terus dapat ke kereta, start enjin kereta, jalan, amik anak, dalam 15minit saya dah boleh sampai rumah.
Sigh!! Saya boleh nampak kepenatan kat muka masing-masing bila dah masuk komuter n dapat tempat duduk, lega agaknya bila dapat tempat duduk. Yang tak dapat tempat duduk tu terpaksala redha. Tabahkan hati berdiri sepanjang perjalanan. Yang tersengguk-sengguk tidur tu jangan cerita lah, Penat agaknya. Kesiannya saya tengok.
Kalau yang dah berusia, pregnant tu lagi kesian. Saya sempat berbual-bual dengan sorang penumpang komuter, kerja kat Jalan Duta-rumah kat Klang. Ada anak seorang berusia 3 bulan, yang best dia pun breastfeed baby dia. Saya usha dia dari kat platform lagi sebab dia bawak cooler bag. Dalam train saya duduk sebelah dia, tapi tak berborak, dia nampak penat, saya pun penat. Kami masing-masing berangan dalam train, saya perhatikan wallpaper Hp dia pic anak dia. Dalam hati konfirm beg tua ada susu badan dia. Hihi...
Kami start berborak bila kami nampak seorg perempuan yang pregnant 4-5bulan (agaknyalah) yang berdiri, dia tanya saya, agak-agak perempuan tu pregnant tak? Saya jawap, ntah, macam pregnant. Kami nak offer tempat duduk. Bila offer, perempuan tu tak nak. Pastu startla kami berborak. Dia takut nak offer tempat duduk kat perempuan yang nmpak perut sikit-sikit ni, sebab takut tak pregnant tapi perut muncit. Hehehe... Kang takut terasa hati pulak. Betul jugakkan. Erm, isu sensitif tuh. Boleh meragut emosi...HEHEHe..
So, dari situlah kami start berborak, borak ape lagi, bab breastfeed la...Haaa...galak kami berborak. Macam dah kenal lama. Sian dia, hantar anak pukul 6.30am, ambil anak pukul 7pm. 12jam lebih anak dengan BS, malam anak dah nak tidur. Huh, mencabarnya hidup... Kalau saya ada kat tempat dia macam manala yek. Tabah betul.
Sebab tu, saya patut memanjatkan rasa syukur dengan apa yang saya ada sekarang, sebab kalau kita susah, ada lagi yang lagi susah. Syukur Alhamdulillah. Bak kata Maher Zain..
setuju sgt2 dgn entry fashya nie. syukur dgn life kite skrg. if rase susah, msti ade org yg lg susah dr kite sbnrye =)
ReplyDeleteerm skrg terasa lebih selamat kalau nak jalan2 kat kl kan
ReplyDeleteoh. suami saya keje di KL.
ReplyDeletebut we all stay kat shah alam.
hari2 suami saya naik komuter.
pegi balik.
memang ambik masa dalam sejam gitu.
kekadang sampai 2 3 jam pon ade.
tapi suami saya xpenah mengeluh.
tiap kali dia smpi umah, saya tnya dia "arini berdiri ke duduk".
dia jawab dengan senyuman je "berdiri sayang. hari2 pon berdiri".
oh. suami ku.
bersyukur lah kita :(