Mengamalkan Petua-Petua Yang Tidak Bercanggah Dengan Syariat.
Untuk memperolehi anak yang diidamkan, beberapa petua yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan, antaranya :-
- Doa untuk mendapatkan anak yang Soleh.
i) Surah Al-Furqan ayat 74:
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.
ii) Surah Al-Hijr ayat 17 :
Maksudnya : “Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam”.
iii) Surah Al-Baqarah ayat 128:
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”
iv) Surah Ali Imran ayat 36:
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Maksudnya : “Maka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-hurapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak soma anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanyu aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan pelharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dan: godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.
- v) Surah Ibrahim-ayat 40
- رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
Mengamalkan Membaca Surah-Surah Yang Memudahkan Bersalin laitu:
a) Surah Al-Insyiqaq ayat 4:
- Maksudnya : “Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,”
b) Surah Al-Hasyr ayat 3:
- Maksudnya : “Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ía akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak”.
Suami Hendaklah Sentiasa Berada Di Samping Isteri Terutamanya Ketika Isteri Hendak Melahirkan Anak.
Ini adalah untuk menunjukkan rasa kasih sayang, simpati dan memberi semangat serta kekuatan seolah-olah suami sendiri merasakan kesulitan ketika hendak bersalin.
Mengamalkan Zikir.
Suami dan isteri hendaklah memperbanyakkan zikir terutamanya Kalimah Asma’ul Husna iaitu ‘Ya-Latif’. Tujuannya adalah untuk :-
- Melembutkan hati.
- Taat kepada ibubapa.
ihsan:yayasan pembangunan keluarga darul takzim
wah berguna ne..hehe..nak print n hafal la..hihi
ReplyDelete