Tuesday, February 24, 2009

P.E.L.A.N.G.I

Sekali lagi saya berasa sangat kagum dengan Pencipta alam semesta ni.SubhanAllah.
Petang semalam, balik dari kerja,sampai je rumah saya nampak 1 ciptaan Allah yang Maha Hebat. Lama jugak xnampak ciptaan Allah ni...sangat CANTIK....tetiba hati sangat kagum.Asyik.
Saya dan kak tini rase gembira melompat2 riang plak sebab nampak pelangi ni menghias ruang langit yang luas tu...

Saya terfikir nak amik pic pelangi yang sangat cantik ni...bukan 1 tau,tp 2...xcaya...meh tengok...

Align Centeryang 1 lagi tu xbrape jelas...cantikkan....





Teringat dulu masa kecik2, org tua kate jangan tunjuk pada pelangi,nti tangan kudung..
HAHA...(sila gelak guling2)..mane dapat ntah teori ni pon saya xtau...punyela takut nak tunjuk takut tangan kudung...kelakar jek...

ok, meh kite gain knowledge sket pasal pembentukan pelangi ni...

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.


ok..terhibur jugak hati petang tu..... =)

Thank u Allah....


0 actions:

Post a Comment

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ