Friday, March 18, 2011

Alkisah Part 1.

..........................
Alkisah suatu cerita















Okay, tunggu sambungan Part 2 minggu depan ye...
P/s: semua ni hasil karya EN.MOKH!!


















Thursday, March 17, 2011

Overtime!

Update lah sikit. Tengok korang laju je update, tak terkejar den nak bace. Takpe, slow-slow akan ku terjah n tinggalkan jejak. Skang dah pukul 4.58pm, selalu time ni saya dah siap-siap nak balik, tapi ade keje sikit. Lambat balik setengah jam.

Hari-hari biasa saya selalu balik ON TIME. Pukul 5 dah slide keluar n berdesup cabut dari UTM. pukul 5.15 pm dah sampai rumah. Sejak sebulan lebih lepas balik keje je memang tak amik Husna dulu. Saya balik rumah dulu, mandi siap-siap, lepas tu baru amik dia. Dalam pukul 5.40 camtulah. Saya buat camni sebab, kalau dia dah ada nanti, jangan mimpilah nak mandi, kemas-kemas semua. Silap-silap merasalah mandi pukul 1-2pagi. Sebab kalau saya amik dia terus, of courselah saya tak dapat mandi. Golek-golek dengan dia, dalam pukul 8 malam, mata dia dah ngantuk. Husna ni kalau nak tidur kene peram dulu. Kalau saya dah peram tu, dengan saya sekali terperam. Maka, bila dah terjaga 1-2 pagi baru lah kehidupan saya bermula. Basuh botol, solat Isyak, masak bubur dia. Kemas sana, kemas sini, basuh baju, lipat baju bla..bla..bla.............(kalau senarai tak penah abes, kan?)

Tapi harini terpaksa lah, angkut je dia mandi sekali macam pagi tadi. Seronok jugak. Husna berendam dalam besen. Ibu mandi jirus-jirus. Pastu Husna buat muka pelik bila nampak ibu dia gosok gigi, cuci muka. hahaha. Terkebil-kebil mata dia pandang. Then, saya explainlah apa saya buat.

"Ibu gosok gigi, Husna takde gigi lagi. Tak boleh gosok. Nanti Husna ade gigi, ibu gosok kan ye". Sambil mulut dia disumbat-sumbat dengan tiub ubat gigi. (Apa orang pegang dia nak pegang, tak bagi merengeklah!)

"Ibu cuci muka, nanti dah besar baru Husna boleh guna okeh!"

Agaknya macam paham, dia sambung kepek-kepek air dalam besen, tak pandang dah apa ibu dia buat.

Makin besar kamukan, Husna :)

Daaaa~~~

Ngomel di awal pagi

I know baby, you are not a baby anymore. Ibu nak peluk takmau. Beriya-iya menangis tak mau kene peluk. Ibu selimutkan pun taknak jugak. Tak sejuk ke Nak? Dahla stokin tercabut sebelah. Haha..At last, ibu bangun dan biarkan kamu terdampar je macam ni. Nyenyak pulak kamu tidur ye.

P/s: ibu nak nangis ni Husna, ayah dah terminated broadband ibu without my permission. Nak pinjam bahu... Boleh tak? T__T

P/s: dalam hati/kepala ni macam-macam fikir. Keje, anak, family,rumah, kehidupan, soal hidup dunia akhirat. Huh! Tapi tak baik asik nak mengeluh je, take it as challenge. Tak syok kan hidup takde challenge. *smile sikit*

Wednesday, March 16, 2011

Wordless Wednesday. :)

Monday, March 14, 2011

Gigil

Saya ni jarang betul @ tak penah kot nak sound orang direct-direct ni.Seriously, menggigil satu badan weh. Sebab baru lepas sound housemate. Tak penah-penah saya tegur secara kasar. Ayat camni " Polan, tak reti bersihkan sinki eh, penatla...berminyak-minyak." Lepas cakap terus menggigil badan beb. Hadoi.

Saya baru terjaga dari tidur ni lepas tidurkan Husna. Merengek je dia dari td. Huaaa, tu yang ringan je mulut ni sound orang. Kalau tak saya ni jenis senyap je. Kalau marah orang saya senyap je tapi muka masam ar. Memang tak senyum langsung. Cik suami pun da paham da. Kalau saya senyap sepi tu maknanya saya tgh marahla. Bila dipaksa untuk bercakap, barula saya bgtau ape yang dimarahkan.

Sebab ape? Sebab saya tak suka wujud pertelingkahan, permusuhan, masam-masam muka kang susah plak sebab dah dok serumah, sebab tu biar saya je yang buat muka masam dari 2-2 buat muka masam. Lama-lama nanti saya okay sendiri. Tapi......sampai bilakan. Rasanya baik tegur, tapi tersilap tegur pulak dah.
Betulla cakap Kak Asiah (my ofismate) orang yg lahir bulan 8 ni ske makan dalam, jenis pemendam. Simpan sendiri. Mumbling sendiri-sndiri dalam hati. Haish...susah sangat luahkan. Sampai gigil-gigil badan ko... Haha..

Next step, hantar mesej mintak maaf. Huhu. Daaaa~~

Untuk renungan bersama

Sama-samalah kita saling ingat mengingati.

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama.

Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis
riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihatcacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat
engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakanorang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib
berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. *Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.

Sunday, March 13, 2011

Babai ayah, we gonna miss you. T__T

Husna hantar ayah balik naik bas. Bila ayah nak balik, Husna melekap jela kat ayah. Erm, sedih rasa bila time-time macam ni. Tadi ayah lambai, Husna pun lambai balik kat ayah sambil senyum-senyum. Tapi ibu buat-buat senyum. Haha... Babai ayah, minggu depan datang lagi tau. Ibu n Husna gonna miss miss miss u very much!. Muahhhhh!!

P/s: Ayah, Husna nampak ibu nangis td... Thiheeee...

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ