Thursday, March 10, 2011

FlashBack: Zaman bertunang




Saja nak flashback balik zaman-zaman anak dara dulu. *gara-gara tengok pic Puan Reen dekat Fb. Woo, baru tau dia rugged zaman muda belia dulu. Comel aje okeh*. Gambar atas masa alam bertunang. Herm. Pic ni ambik dekat MAHA 2008. Baju kebaya ni dah let go dekat adik yang berumur 13tahun. Tak muat dekat dada. HAHA...

This also zaman bertunang.
Bila hubby datang Jb masa tu tak tau nak g mana, kitorang pun tawafla Hutan Bandar Mutiara Rini tuh. Tengahari sanggup berpanas. Bila ingat balik, aje keje gila. LOL.

Yeah, sweet memori. Masa hadir kenduri Muzai n YuzaI tahun 2008.
This baju also tergantung aje dalam almari. Baju tunang ni weh. Tak muat tang dada jugak...:p

Semasa hadiri kenduri kawen ofismate. Baju ni juga entah kemana tak tau. Tak boleh pakai sebab baju ni jenis melekap atas badan, nanti nampak perut muncit. Kihkihkih.

Mood nak kawen masa ni kan. Harusla amik pic dekat pelamin.
Tahun 2009.
Baju kurung moden ni boleh pakai. Nasib baik!


P/s: motip=tak tau. Takde idea nak update blog. Nasib baik Reen bagi idea.
Kahkahkah...

Monday, March 7, 2011

Main suka-suka. Suka main-main.

Just layan video ajelah arini.

Husna ni suka sangat main. Kalau ade geng, ibu pun dia bleh lupa. Dalam video ni dia main dengan pakcik dia. Sepupu hubby usia 5tahun. Boy pulak tu. Blasah jela Nak ek. Boy pun boy lah. Dahla main pistol, Husna layankan saja. Enjoy betul tengok dia main. HAHAHA...



Friday, March 4, 2011

Happy 10month baby...

Entri untuk Anakku Husna.

OH! My intan payung hari ini sudah masuk 10 bulan
Gambar ni fresh di ambil pagi tadi masa nak hantar dia pegi rumah BS.


Oh Husna anakku sayang!
Mari sini ibu nak ceritakan suatu cerita realiti tentang hidup kita. Moga suatu hari nanti bolehlah anak ibu ni jadikan panduan dan pedoman dalam hidup kelak.

Sepanjang mengandungkan kamu, sewaktu melahirkan kamu, sepanjang mendidik kamu, ibu benar-benar kenal apa itu PENGORBANAN. Pengorbanan seorang ibu tidak akan dapat kamu balas walaupun dengan duit, emas setinggi langit. Tidak ternilai bagimu sayang.

Setiap apa yang dilakukan oleh seorang ibu untuk anaknya adalah IKHLAS semata-mata. Sungguh ibu tak tipu.

Ibu tak mintak untuk dibalas semua jasa ibu sejak anak ibu dibentuk dari dalam rahim lagi. Kini, lagi 2bulan kamu akan menginjak ke angka 1 tahun. Cepat betul masa berlalu. Ibu masih teringat waktu ibu disahkan mengandung. Tak sangka betul begitu cepat Allah bagi ibu dan ayah rezeki. Seawal 3minggu usia perkahwinan ibu dan ayah, kamu telah wujud dalam rahim ibu. Cepatkan? Terima kasih Allah.

Nanti ibu cerita detail masa kamu 1 tahun nanti ye.

Ade pulak selingan, konon nak amik mood syahdu syahdan, tapi wait dulu.....Masa setahun nanti ibu tulis lagi. Bagi refreshment.

Skarang ibu nak bagi tau satu perkara yang perlu Husna tahu, IBU & AYAH SAYANG 10juta kali millon trillion zillion anak ibu ni. Nampak tak macam mana ibu describe sayangnya ibu kat anak ibu ni. Sungguh sayang. Gila kalau sapa tak sayang anak. Walaupun ibu selalu marah Husna tapi tak bermakna ibu tak sayang tau. Kadang-kadang ibu sangat tension, ibu ter'kejam' sikit dengan kamu. Husna kena tahu, hingga saat ini ibu masih keseorangan menjaga kamu. InsyaAllah, kalau Allah izinkan tak lama lagi kita akan duduk satu bumbung dengan ayah. Sama-samalah kita doa ye nak. Husna pandai doa tak? Kalau tak pandai masa ibu solat tu Husna kena la behave, bagi ibu khusyuk solat. Bila ibu dah siap solat, masa ibu letak atas pangku ibu, Husna dengarla ibu berzikir, lepastu kita tadah tangan sama-sama mintak dengan Allah semua permintaan kita. Mintak sungguh-sungguh tau dengan Allah. Nanti Allah tahu kita betul-betul nak ayah duduk sama-sama dengan kita. Kan Husna. Semoga Allah kabulkan permintaan kita. Amin. Lagi satu Husna, Husna kena tau, kita ade auntie-auntie yang super baik kat sini. Diorang semua pun aminkan doa kita tu :)

Meh ibu cerita pulak apa pencapaian terbaik anak ibu dalam masa 9 ke 10 bulan ni.
First dalam usia ni of course Husna dah pandai meniarap, menyusur kedepan, duduk dengan stabil, merangkak dengan laju dan semalam ibu terkejut dengan pencapaian terbaru kamu. You can stand by your own. Terkejut jugak ibu. Bila masa kamu pandai ni nak? Ibu tak tau pun! Mak tau tak? Ish, tak best kalau mak tau dulu. Tapi kamu macam tak sedar kamu tengah berdiri. Bila kamu sedar kamu jatuh. HAHA. Ibu bersorak-sorak kegembiraan tengok kamu tau. Alhamdulillah, kamu dah capai dari level ke level. Tak lama lagi dapatlah kaki tu. Fengsanlah ibu kejar kamu pulak. Hihi. Tak sabar pun ada ni. Teruja lah!

Dan...dan...dan... kamu sekarang sangat-sangat notty, suka tau kacau ibu siap-siap nak g keje. Suka kacau ibu nak tidur, kalau ibu tinggalkan awak, awak nangis, tapi kamu tinggalkan ibu takpe eh. Ibu elok je baring dekat tilam, tapi kamu pegi bersiar-siar kat dapur, kat ruang tamu. Kalau bersiar-siar saja takpe, ibu tak kisah, tapi yang tak tahan kamu suka mengutip. Kutip dan masuk mulut. Sampai tak larat dah ibu nak melarang. Kadang-kadang ibu biar kan aje. HAHAHA. Sambil berfikir, Ah! anak orang asli elok je hidup walaupun makan tak tentu hala, (erm, tapi orang asli sekarang dah maju tau). Cube kalau ibu sibuk nak buat keje, time tulah awak nak ajak ibu main.

You are still lucky bebeh, Allah masih bagi awak rezeki untuk menikmati kelazatan susu ibu walaupun bila ibu perah dekat opis tak lah semeriah mana, tapi cukupkan untuk awak minum disiang hari. Ibu harap ibu akan dapat PhD dalam Breastfeeding. InsyaAllah. Ibu suka sangat reaksi awak bila ibu nak bagi Cik B kat awak, suara mengada-ngada keluar, Ya Allah, rasa nak gigit je pipi tu. Macam tak sabar-sabar nak nenen. This moment is always be my best moment bila dengan awak, bila awak dah start hisap, ibu akan dekatkan lagi badan awak dengan badan ibu. Sambil usap-usap rambut awak. Geram tau! Kalau bab makan pulak, awak memang sangat-sangat suka makan. Pantang nampak makanan, mata awak bersilau-silau je. Ibu nampak keterujaan awak tu kalau ibu tengah menyuap. Kesian tengok muka macam kucing dalam movie Shrek tu, ibu pun bagila mane yang awak boleh makan. Ei, kalau dah dapat suka sangat lah. That's why ibu terpaksa merajinkan diri buat bubur 2hari sekali sebab nak bekalkan ke rumah BS. Hari-hari awak makan carrot, ikan @ daging, celeri, brokoli sampai naik muak ibu nak masak. Hari-hari lauk sama. Agak-agak awak bosan ke tak eh? Ibu pun dah takde idea nak pelbagaikan lauk awak. Nantilah, kalau gigi awak dah tak segan nak keluar ibu bagila makanan lain pulak ye. Cepat-cepatla tumbuh gigi tu.

Panjang pulak entri 10bulan ni kan. Kalau tak ibu macam takde idea nak tulis apa. Okaylah anakku, sampai sini sajelah kot. Tak sabar nak celebrate birthday awak yang pertama. Erm, kejap je masa berlalu. Kan?

Ni gambar penutup buat ayah;














Thursday, March 3, 2011

Terharu: Ikhlas dari hati

YA Allah, saya sangat speechless dengan komen-komen yang saya baca dari entri lepas. Sesungguhnya entri yang saya taip semalam adalah luahan dari hati yang saya tak fikir pun untuk dapat perhatian atau pujian. Teusik hati saya, mengalir jugak air mata ni.

Sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur, dikurniakan sahabat-sahabat yang hebat di alam maya ni, walaupun ada yang saya pernah berjumpa.

Allah saja yang Maha Mengetahui.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Terima kasih atas nasihat, doa dan pandangan yang korang bagi. Sangat-sangat appreciate!

Saya nak bagi kamu, kamu dan kamu
a very BIG HUG!
Ikhlas dari Hati. :)
Terima kasih sahabat. U make my day today.
*smile*

Wednesday, March 2, 2011

Maafkan ibu

Entri ini dicipta bukan untuk mengeluh dengan ketentuan hidup yang telah ditakdirkan, jauh sekali nak menagih simpati sesiapa. Sekadar ingin meluahkan apa yang bersarang dalam hati sekarang. Saya tahu Allah dah tentukan yang terbaik buat saya tapi sebagai manusia yang tak sempurna ciptaannya pasti merasa perasaan sebegini.

Dari semalam lagi saya asik berfikir. Ikutkan memang saya malas sangat nak amik tau. Tapi macam ada benda yang terlalu mendesak untuk saya berfikir.

Sebenarnya hidup PJJ sangat-sangat-sangat perit lebih-lebih lagi bila ada si kecik datang dalam hidup. Saya rasa saya taklah terdesak sangat kalau saya sorang je. Tapi bila fikirkan anak, serius jiwa saya terus kacau bilau.

Boleh tak imagine seorang anak berusia 9bulan yang tak mengerti apa-apa yang inginkan perhatian dari seseorang, terutama ayah atau ibu tapi si ibu tak dapat layan kehendak anak, sebab perlu usaikan sesuatu perkara yang lebih mustahak contohnya solat. Takkan nak tinggal solat sewenang-wenangnya. Selalu jadik waktu maghrib @ subuh. Sanggup ke dengar anak yang meraung-raung mintak didukung, dibelai, ditatang, sementara si ibu solat dalam keadaan yang sangat tertekan. Mana datang khusyuknya. Mungkin ada cara tapi saya tak jumpa jalannya. Sekurang-kurangnya bila ada ayah, boleh jugak ayah take over jaga kan.

Saya tau ramai yang lalui pengalaman macam ni, saya bukan mintak simpati. Cuma macam kesian dekat anak yang baru nak kenal hidup kena marah dengan ibu yang dah tak boleh tahan untuk tinggikan suara. Saya boleh cakap, Husna banyak kali kena marah sebab saya rasa sangat tertekan dengan kehendak dia yang entah hendak apa saya tak tahu. Kadang-kadang bila dah tak makan pujuk, saya letak dia atas tilam, biarkan dia menangis sorang-sorang, saya teruskan buat apa yang saya nak buat. Bila dah terasa macam Ah! Kejamnya aku dengan anak sendiri, barulah saya datang pujuk dan peluk sambil mintak maaf dekat Husna. Ya, saya mintak maaf sebab buat macam tu dekat anak kecil ni. Apalah yang dia tau kan?

Yang paling teruk sekali bila saya tension dengan orang yang ada disekeliling saya, saya lepaskan dekat anak kecil yang tak mengerti apa-apa ni. Kadang-kadang balik kerja tengok rumah, bilik, dapur dalam keadaan yang semak biji mata nak pandang terpaksalah rabunkan kejap sementara nak tgu anak tidur baru boleh settlekan. Kadang-kadang terpaksa bangun 1-2pagi nak siapkan semua sebab dah ikut anak tido sekali, badan letih weh balik keje. Serius, macam bibik pulak rasa. Tolongla faham saya ada anak, apalah salahnya kite bekerjasama. Lain orang lain kepalanya. Ke saya yang terlalu cerewet sangat dlm kebersihan. Entahlah. Tapi sanggup ke duduk dalam sampah? Anak aku kuat mengutip lah!

Masih terngiang-ngiang lagi dalam kepala ni mengingati perihal yang kami suami isteri bincang masa saya mula-mula jaga Husna sorang-sorang dulu. 3bulan usia Husna. Masa tu masih tak dapat terima lagi keadaan ni.

Isteri: B, sya tak bolehla hidup macamni. Jaga anak sorang-sorang. Hidup dengan orang bujang. Macam tak masuk akal.

Suami: Sabarla, boleh tak bagi b 6bulan dari sekarang?

Isteri: 6bulan? Kalau 6bulan masa tu Husna dah 9bulan. Ntah2 dah pandai jalan. (masa tu 6bulan terasa macam laaama sangat- dan sekarang its already 7month!)

Memang masa berlalu sangat pantas, saya sendiri tak percaya saya ada seorang anak perempuan yang comel berusia 10bulan bernama Khalisya Husna dan saya berjaya jaga dia seorang diri! Bagaimana saya ingat saya harungi waktu-waktu sukar dulu. Oh! Memang tak terjangkau dek akal. Kadang-kadang rasa kagum dengan diri sendiri sebab mampu lakukan semua ni walaupun ada masa saya rasa sangat down. Very down macam sekarang. Mungkin ada yang sinis cakap Eleh! Apalah sangat dengan apa yang kau dah lalui fashya, ada orang lagi dashyat dugaannya. Tak kecoh pun. Takpela, sekiranya ada yang berkata sedemikian, mungkin kalau kena kat batang hidung sendiri baru tau kecoh ke tak kecoh kan.

Ye, Allah itu Maha Mengetahui, Dia menguji saya sebegini sebab dia tahu saya mampu buat. Saya sentiasa berharap saya sentiasa dibekalkan dengan kesabaran setinggi Everest, seluas lautan. InsyaAllah. Semoga saya terus dapat bersabar nak menghadap kerenah Husna yang makin lama makin cerdik akalnya. Semoga saya mampu mendidik Husna menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Amin. Di hujung solat ibu panjatkan rasa syukur sebab ada Husna dalam hidup ibu. Semoga ayah dapat jalani hidup dengan kita.

P/s: Entri ni saya buat dari hp sambil Husna atas dada ketiduran lepas disusukan. Huh, bila dah abes mengarang baru terasa aduh! senaknya dada. Erk! Syahdu je tgk muka anak tido.

Ibu bosan

Ibu bosanla Husna. Jiwa kacau. Mehla main dengan ibu....

Mari Menolong IBU

Hai auntie-auntie sume, harinikan Husna rajin sangat tolong ibu kemas wardrobe. Sian ibu tak cukup kaki tangan nak buat suma. Nak kemas rumah, nak basuh pinggan, nak basuh botol-botol susu saya, nak mop lantai, nak masak bubur saya, nak macam-macam la. Tadi Husna nampak ibu kemas almari baju ibu. Huh! bersepah betul almari ibu. Kih Kih Kih. Syhhhh....Jangan bagitau ibu saya cakap almari ibu bersepah tau. Abes la saya nanti...Ni secret tau.

Mula-mula ibu kemas wardrobe dia, masa tu saya macam tak berminat sangat. Lepas ibu dah siap, ibu bukak pulak wardrobe saya. Hahaha, sama jugak bersepahnya. Saya pun ape lagi, terus je meluru ke arah Ibu. Oh, sian ibu nak kemas semua kan. Baiklah saya bagi pertolongan dekat ibu. Dapat jugak pahala kan. Nama pun anak dara. Kenalah rajin.

Mula-mula;

Kena bukak dulu pintu kuning ni


Okay, bukak luas-luas sikit. Senang sikit nak kemaskan


Keluarkan semua baju-baju yang messy tuh ye. Boleh lipat.


Kalau penat duduk, kita boleh buat secara meniarap pulak


Keluarkan lagi ye.


Dah siap, boleh tutup semula pintu tu.


Pastu kite bukak pintu biru pulak. Kemas baju dalam tu pulak ye.
(Tak kemane kemas pun. Hahaha, tengokla bersepah lagi lah)

Haaa...auntie suma, rajin tak saya tolong ibu? Boleh jadik calon menantu tak nih? Auntie-auntie yang ade anak bujang tu ehem..ehem.....rajin tak saya?

*****hahahahaha****

Gelak sendiri tengok gelagat anak ni. Merapu je lebih saya tengah-tengah pagi buta ni. Tidolah!

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ